Canang
Apabila diamati, ramai pula orang yang mengulas
keceluparan Pengerusi DAP Perak di dalam twitternya berkenaan “pembaziran masa
dan tenaga umat Islam”. Nasihat saya, pemimpin yang berkenaan “jangan jadi
kaduk naik junjung”. Kelak rakyat sendiri akan mengadili perbuatan "kurang bijak lagi tak bertempat" anda.
Apapun, hati saya sebenarnya lebih tertarik untuk memberikan
komen terhadap sebuah artikel yang disiarkan di akhbar online, the Malaysian Insider hari ini, bertajuk
"PAS yakin tawan
Perlis kerana perpecahan UMNO".
(google images)
Tertariknya saya adalah kerana (1) selain dakwaan
berlakunya perpecahan di dalam UMNO Perlis, yang dilihat bakal mengalih
sokongan para pengundi kepada PAS Perlis, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Hashim
Jasin juga; (2) mendakwa pembangkang telah mendapat sokongan besar dari
kalangan kaum Tionghua, situasi yang beliau sifatkan lebih baik berbanding
ketika PRU yang lepas.
Feel good factor?
Pada pendapat saya, apa yang dicanangkan oleh Ustaz
Hashim itu, sebahagian besarnya merupakan ulasan yang bersifat SUBJEKTIF.
Dengan erti kata lain, pernyataannya telah dibuat tanpa disokong oleh data
kajian mahupun melalui bukti yang kukuh, sama ada dakwaan wujudnya perpecahan
dalam kalangan pemimpin UMNO negeri, mahupun sokongan yang sebenarnya diterima
PAS negeri daripada pengundi kaum Cina.
Sebagaimana pernyataan beliau yang disiarkan oleh the
Malaysian Insider:
“Perubahannya
sangat menarik di Perlis ini. Masyarakat Cina cenderung kepada Pakatan
sekarang. Misalnya di Sanglang, kawasan saya bertanding sebelum ini. Dulu
masa PRU 12, saya dapat 30 undi sahaja dari 800 pengundi Cina yang
ada. Sekarang ini, saya
rasa BN akan dapat 30 undi itu dan selebihnya calon PAS akan
dapat. Saya kira antara
70 hingga 80 peratus dari mereka menyokong Pakatan dalam pilihan raya akan
datang ini. Dan yang menariknya, ini kali pertama fenomena ini berlaku di
negeri ini.” (SUMBER)
Benar, adalah mudah bagi seseorang pemimpin itu menzahirkan
perasaan yakin dirinya melalui pernyataan berbentuk “saya rasa" ataupun "saya
kira", dan sebagainya. Namun begitu, tanpa adanya bukti dan data sebagai
menyokong dakwaan-dakwaan tersebut, ianya tidak lebih (saya anggap) sekadar
ingin mencipta “feel good factor”
terutama terhadap kumpulan pemimpin dan pendokong PAS di Perlis.
Ini merupakan observation saya dan maaf seandainya
anda yang membaca merasa saya nyata tersilap terhadap observation (tinjauan terhadap pendapat) saya ini.
Saya juga khuatir sekiranya luahan “feel good factor”
ini akan segera diyakini dan “didakap kuat” oleh pimpinan serta para pekerja
parti sehingga mereka juga merasa cukup yakin bahawa “kelebihan” ini (perpecahan
UMNO) bakal membawa mereka mengambilalih teraju pemerintahan kerajaan
negeri.
Sekali lagi, apa jua pendapat anda, ianya merupakan hak
anda dan terpulang untuk membuat penilaian dan keputusan masing-masing. Tetapi
sebelum itu, di sini juga suka saya kongsikan observation saya terhadap fenomena yang “seakan sama” yang dialami
oleh PAS Terengganu pada PRU ke-12. Barangkali ada pengajaran tertentu yang releven
untuk direnung dan difikirkan bersama oleh kita semua.
"Keunikan" Terengganu
Jika tidak silap saya, waktu hampir dengan PRU-12 yang
lalu, bertiup kencang juga perkhabaran mengenai perpecahan dalaman yang berlaku dalam UMNO Terengganu. Ramai
pemerhati dan penganalisis politik “tidak rasmi” yang muncul waktu itu (di blog
politik) melabelkan ianya adalah pertembungan di antara 2 kem iaitu Idris Jusoh
(kem Besut) dan Mat Said (kem Kemaman).
Dan kemuncak kepada manifestasi “perpecahan” ini juga
telah mempopularkan suatu ungkapan yang semua kita tahu mengenainya hari ini iaitu
“Kami nok Derih Natang!”. Anda masih
ingat?
Menurut rumusan para pemerhati dan penganalisa politik
Terengganu, waktu itu, pendek kata keadaan digambarkan begitu meruncing dalam UMNO Terengganu dan
itulah peluang terbaik bagi parti PAS untuk kembali bertapak di Terengganu -
setelah “terpukul dengan teruknya” pada pemilihan sebelumnya.
Sebagai anak Terengganu, isu ini tentunya menarik
perhatian saya kerana adalah menjadi hasrat peribadi untuk melihat berlakunya
pertukaran kerajaan yang ada sebagai tanda rakyat berani untuk menentukan dan memilih
mana-mana parti yang dirasakan mereka boleh menjamin kesejahteraan rakyat. Dan juga sebagai simbol sesungguhnya masih ada masa depan terhadap amalan “sistem 2 parti”.
Malangnya, di sebalik “perpecahan” (dalam UMNO) yang dicanangkan
oleh pemimpin pembangkang dan para penyokong mereka di Terengganu, keputusan
yang terhasil adalah meleset jauh daripada apa yang dicita-citakan. UMNO menang besar.
Tidak dapat disangkal bahawa itulah ketentuan dan kuasa Allah Taala. Begitupun, sebagai insan yang diberikan tanggungjawab serta akal fikiran oleh Allah, kita tidak dapat mengelak daripada memiliki perasaan ingin tahu.
Mengapa hal ini berlaku? Atau lebih tepat lagi, mengapakah “perpecahan” dalam UMNO (yang giat dicanangkan) masih gagal memberi kemenangan buat PAS Terengganu?
Tidak dapat disangkal bahawa itulah ketentuan dan kuasa Allah Taala. Begitupun, sebagai insan yang diberikan tanggungjawab serta akal fikiran oleh Allah, kita tidak dapat mengelak daripada memiliki perasaan ingin tahu.
Mengapa hal ini berlaku? Atau lebih tepat lagi, mengapakah “perpecahan” dalam UMNO (yang giat dicanangkan) masih gagal memberi kemenangan buat PAS Terengganu?
Di samping faktor takdir dan ketentuan ilahi, observation
saya yang dhaif ini menemui 2 perkara iaitu:
(1) Walaupun UMNO
dilihat bergesel di peringkat atasan (dikatakan wujud hubungan yang keruh lagi
dingin bak salju di kalangan ADUN, EXCO dan Pemimpin Negeri), secara umumnya rakyat
Terengganu masih lagi bersatu menyokong UMNO. Bererti, alasan perpecahan di peringkat atas tidak sesekali mempengaruhi
sokongan atau minat rakyat di bawah, sehingga ke tahap mahu menukar kerajaan
yang ada.
(2) Terengganu ini unik
kerana di negeri ini tidak menerimapakai
istilah “beri wang ambik, tapi undi orang lain”. Di kebanyakan kes, termasuklah
di Hulu Terengganu pun, siapa yang memberi wang, pihak itulah yang akan
dipangkah. Siapa yang berbudi (dengan wang bantuan), kepada merekalah sokongan
akan dibalas. Saya tiada idea sama ada pemikiran rakyat Terengganu mampu
“dimerdekakan” ataupun akan ia berterusan dan disuburkan sehingga ke suatu
tahap boleh “diwariskan” pula kepada generasi yang terkemudian. Jujurnya saya
tidak tahu.
Pengundi Cina & Faktor Ekonomi
Baiklah. Berbalik kepada pernyataan Ustaz Hashim mengenai
sokongan kaum Cina kepada pembangkang, PAS Perlis juga perlu melihat dan
membuat “survey of Chinese communities” untuk melihat trend, keperluan sebenar serta
aspirasi mereka terhadap politik dan
corak pentadbiran negeri.
Dengan cara ini, PAS negeri akan mendapat
serba-sedikit idea terutama berkaitan “kekuatan sokongan” terhadap parti –
iaitu apakah ianya (sokongan itu) disebabkan keupayaan PAS menampilkan sesuatu yang mereka inginkan, atau mereka
sebenarnya sekadar bermain “tarik-tali” dengan UMNO negeri supaya memberikan
perhatian terhadap permasalahan dan tuntutan mereka sebelum PRU ke-13 nanti,
jika UMNO mahu mengekalkan sokongan kaum Cina.
Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa bangsa
Cina majoritinya adalah golongan peniaga. Justeru, selagi UMNO berupaya menjamin dan mengekalkan persekitaran perniagaan
yang baik buat mereka (seperti yang dibuat Mahathir selepas krisis kewangan
1997), rasanya UMNO tiada masalah untuk meraih kembali sokongan padu kaum
peniaga ini.
Malah, sebagai kaum peniaga, orang Cina saya lihat
memiliki financial independent yang jauh lebih kuat berbanding orang
Melayu (termasuklah Melayu yang tinggal di Hulu Terengganu).
Justeru, istilah “terima wang kena sokong” tentulah
tidak terpakai ke atas mereka. Dengan financial stability (less dependency)
yang kuat, kaum Cina juga berupaya mewujudkan strong society dan
seterusnya meningkatkan bargaining power komuniti mereka terhadap
sebarang tuntutan mahupun permintaan terhadap sesebuah parti politik (yang
sedang terdesak).
Penutup
Di akhirnya, saya mensarankan agar pihak-pihak yang
terlibat agar menilai dan memikirkan semula dengan serius:
(1) Apakah rakyat
Perlis juga secara majoritinya berkongsi “feel good factor” sebagaimana
dirasakan oleh Ustaz Hashim?
(2) Apakah wujud isu
besar selain perpecahan parti lawan (di peringkat atasan di dalam UMNO negeri),
sehingga mampu “menggoyahkan kepercayaan dan keyakinan” pengundi terhadap
kerajaan negeri sekarang?
Jika tidak dinilai dan difikirkan kedua-dua perkara
tersebut (disamping banyak lagi perkara yang anda sendiri boleh senaraikan),
saya khuatir ianya akan tinggal sebagai “feel good factor” pemimpin PAS. Bahkan,
saya juga khuatir PAS Perlis tidak akan mendapat sokongan yang cukup kuat
sehingga dapat membenarkan berlakunya peralihan tampuk pemerintahan kerajaan negeri
Perlis.
(sumber foto: FB Tuan Loyar)
Rakyat Perlis sendiri rasanya masih ada rasa sayang kepada UMNO.
No comments:
Post a Comment