Sunday 23 September 2012

Inovasi - Sekolah "Kontena" di Afrika (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius (dengan sedikit pengubahsuaian)

Kerana pendidikan itu penting


Di Cape TownAfrika Selatan, beberapa buah sekolah telah dibina dengan menggunakan kontena kargo. Bangunan sekolah ini dibina untuk komuniti miskin yang memerlukan sekolah. Bangunan sekolah ini mampu menampung seramai 25 anak murid pada satu-satu masa dan diharap dapat memberikan peluang pendidikan kepada kanak-kanak miskin. 

Usaha yang murni. Mungkin di Malaysia inovasi sebegini boleh diguna pakai. Saya dengar ada kanak-kanak di Sabah dan Sarawak terpaksa berjalan kaki sejauh 15 kilometer sehari semata-mata untuk ke sekolah disebabkan tiada sekolah yang berdekatan desa/tempat mereka tinggal. Kalaulah konsep "mini school" macam ini dapat diwujudkan, tidak perlulah mereka ini berjalan jauh dan mungkin lebih rajin untuk ke sekolah dan menimba ilmu.






laporan asal ArchDaily

No comments: