Tempat berlaku: Berlin, Jerman
Tarikh berlaku: 9 November 1989
Tembok Berlin merupakan monumen bersejarah yang mengingatkan warga dunia terhadap pembahagian di antara ideologi Komunism dan Kapitalism "secara fizikal" yang telah turut memecah-belahkan Eropah selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2.
Kekalahan Hitler
telah membawa Jerman ke kancah perpecahan dengan negara tersebut
terpisah kepada Timur (Jerman Timur) dan Barat. Manakala, bandar Berlin
yang terletak di Jerman Timur yang baru terbentuk
telah turut terpecah untuk dibahagi-bahagikan di antara Amerika,
Britain, Peranchis dan Kesatuan Soviet mengikut zon-zon pentadbiran yang
berasingan.
Sepertimana Jerman, Berlin juga terbahagi kepada Berlin Timur dan Barat.
Sepertimana Jerman, Berlin juga terbahagi kepada Berlin Timur dan Barat.
Maka terbinalah tembok yang sepanjang 28 batu ini pada tahun 1961 semasa pemerintahan Walter Ulbricht, pemimpin utama German Democratic Republic (GDR), yang menjadi simbol (fizikal) yang memisahkan Komunism dan Kapitalism.
Tembok tersebut juga berjaya menghalang pergerakan pelarian dari Timur ke Barat yang dianggarkan berjumlah seramai 2.5 juta orang sejak tahun 1949.
Sekalipun terhalang, desakan hidup waktu itu memaksa penduduk Timur bertaruh nyawa untuk cuba melepasi tembok berkenaan. Menurut rekod, di antara tahun 1962 hingga 1989, kira-kira 5,000 orang berjaya menyeberang, namun tidak kurang 100 nyawa telah melayang.
Sumber foto: google image (Berlin wall)

Setahun sebelum tembok tersebut diruntuhkan pada tahun 1989, pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev
mengumumkan kesediaan negara kuasa besar itu mengurangkan kuasa
ketenteraannya di wilayah Timur Eropah - dengan pengurangan setengah
juta askar dan 10,000 buah kereta kebal.
Manakala, setahun sebelumnya, Presiden US, Ronald Reegan di dalam satu ucapan penuh semangat di pintu Brandenberg telah turut menggesa 'musuhnya' Russia agar "tear down this wall".
Demonstrasi
jalanan besar-besaran telah mengambil tempat di Jerman Timur, di mana
kemuncaknya membawa kepada pengunduran dan perletakan jawatan Erich Honeker. Kerajaan yang lemah waktu itu telah mempercepatkan lagi proses runtuhnya Tembok Berlin.
Pada 9 November, pemimpin GDR, Egon Krentz telah membuka pintu-pintu utama di sempadan. Apa yang dilihat sebelum ini sebagai tembok yang menghalang telah bertukar kepada tapak penduduk berpesta terutama apabila keluarga-keluarga yang selama ini terpisah telah bertindak menyerbu tembok yang sedang runtuh itu.
Pada 9 November, pemimpin GDR, Egon Krentz telah membuka pintu-pintu utama di sempadan. Apa yang dilihat sebelum ini sebagai tembok yang menghalang telah bertukar kepada tapak penduduk berpesta terutama apabila keluarga-keluarga yang selama ini terpisah telah bertindak menyerbu tembok yang sedang runtuh itu.
Sumber foto: google image (Berlin wall)
Untuk
2 hari yang pertama, dianggarkan lebih 1 juta orang yang kebanyakannya
warga Berlin Timur memanfaatkan kebebasan baru dengan masuk untuk
melawat kawasan Barat.
Julai tahun berikutnya, bekas ahli kumpulan Pink Floyd, Roger Waters telah mengadakan persembahan berdekatan Potsdamer Platz dan acara tersebut dinamakan sebagai "The Wall".
Mengambil inspirasi oleh acara tersebut, tetamu jemputan waktu itu, kumpulan band Rock Jerman, the Scorpions telah menghasilkan satu lagu/lirik bertajuk "Wind Of Change".
Mengambil inspirasi oleh acara tersebut, tetamu jemputan waktu itu, kumpulan band Rock Jerman, the Scorpions telah menghasilkan satu lagu/lirik bertajuk "Wind Of Change".
Sumber foto: google image (Berlin wall)
Aktiviti
golongan pemburu cenderamata yang rancak dengan segera membersihkan
saki-baki runtuhan tembok terbabit. Hari ini, hanya 3 bahagian pendek
tembok tersebut masih terpelihara dan dikekalkan sebagai simbol untuk mengingatkan rakyat Jerman terhadap sejarah pemecahan Berlin suatu ketika dahulu.
Pada 3 Oktober 1990, Berlin telah sekali lagi dipilih sebagai ibu negara Jerman.
Sesungguhnya, penggabungan Jerman Timur dan Barat, dengan perbezaan tahap pembangunan serta jurang kekayaan ekonomi telah membawa cabaran yang besar kepada kerajaan baru Republik Jerman dan proses menyeimbangkan pembangunan ini nampaknya terus berjalan.

--------------------------
Baca lanjut:
Heatley, M. and Howard, M. J. (2010) Events that changed the world. Igloo Books Ltd, UK.
No comments:
Post a Comment