Tempat berlaku: India/Pakistan
Tarikh berlaku: 15 Ogos 1947
India, sepertimana yang kita semua sedia maklum merupakan tanah jajahan Britain sejak tahun 1612 lagi melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris (wiki). Selepas tahun 1858, urustadbir India telah beralih kepada pemerintahan secara kolonial, juga kepada British.
Waktu itu, India merupakan sebuah negara besar yang dibentuk oleh wilayah-wilayah besar dan dianggarkan terdapat lebih 500 buah negeri yang kesemuanya ditadbir British melalui "wakil-wakil setia" yang mereka lantik.
Pada kurun ke-20, parti politik terbesar India iaitu the Indian National Congress (INC) telah melancarkan penentangan terhadap British bagi mendapatkan kemerdekaan. Pemimpin politik dan tokoh spiritual paling disegani waktu itu, Mahatma Ghandi, turut terlibat dengan usaha menuntut kebebasan. Namun beliau percaya bahawa kejayaan mampu dicapai secara menolak keganasan (aman) terhadap pemerintahan British dan beliau menolak untuk berjuang melalui parti politik.
Pemimpin utama INC, Jawaharlal Nehru memainkan watak penting di dalam gerakan menuntut kemerdekaan dengan mengambil jalan melalui parti politik. Setelah India mengecap merdeka, beliau akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri "India Baru" yang pertama.
Foto menunjukkan PM pertama India, Nehru bersama Ghandi pada satu pertemuan.
Sumber: google image
Pada tahun 1906, the All India Muslim League (Liga India Muslim Bersekutu) ditubuhkan sebagai sebuah parti politik oleh golongan Muslim yang tidak berpuas hati dengan dominasi Hindu di dalam INC. Pada konvensyen parti 1930, penulis/ahli falsafah terkenal Allama Iqbal telah mencadangkan supaya diadakan pengasingan wilayah yang khusus bagi penganut Islam, sekalipun presiden parti waktu itu, Muhammad Ali Jinnah cenderung kepada penyatuan dengan India.
Sehinggalah pada tahun 1935, keperluan supaya adanya garis pemisahan wilayah Islam mulai jelas. Pada Januari 1946, beberapa siri serangan bersenjata di antara pasukan tentera India-British, mencetuskan insiden berdarah di antara Hindu/Muslim di Calcutta, sebelum merebak ke seluruh negara. Peristiwa hitam ini telah memaksa kerajaan British waktu itu yang dipimpin Parti Buruh supaya segera melakukan sesuatu.
Melihatkan British telah tidak lagi berupaya untuk mengawal India, Perdana Menteri Britain, Clement Attlee mengumumkan yang pihaknya bersetuju memberikan kemerdekaan, serentak dengan pelan pemisahan negara India.
Gabenor yang baru dilantik British bagi India, Lord Mountbatten telah diberikan tugas utama "melukis sempadan baru" yang membahagikan India. Di bawah Pelan Mountbatten, wilayah yang majoritinya penganut Hindu dan Sikh telah diletakkan di bawah India yang baru merdeka, manakala wilayah majoriti Muslim dipisahkan dengan tertubuhnya negara baru bernama Pakistan.
Sumber foto: google map
Pemisahan ini dirujuk sebagai negara Timur (India) dan Barat (Pakistan). Bagi wilayah-wilayah yang besar, mereka diberikan pilihan untuk menjadi sebahagian dari salah satu India atau Pakistan.
Dengan terteranya sempadan baru ini, berjuta-juta insan telah menjadi pelarian dan setelah "memilih", mereka perlu berpindah dan bergerak merentasi sempadan di mana waktu inillah tercetusnya pelbagai insiden keganasan sehingga dikatakan kira-kira 500,000 nyawa telahpun melayang.
Perang Indo-Pakistan pada tahun 1947 pula tercetus berpunca daripada perebutan wilayah besar Jammu dan Kashmir, dua wilayah majoriti Muslim tetapi dipimpin oleh pemimpin Hindu. Peperangan ini adalah yang pertama daripada empat siri peperangan selepas pemisahan India-Pakistan. Tiga siri peperangan berikutnya melibatkan tuntutan ke atas Kashmir.
Manakala, konflik terakhir yang berlaku pada tahun 1971 pula menyaksikan Pakistan Timur berpisah dan terbentuklah negara yang kita semua kenali hari ini sebagai Bangladesh.
-------------------------
Baca lanjut:
Heatley, M. and Howard, M. J. (2010) Events that changed the world. Igloo Books Ltd, UK.
No comments:
Post a Comment