Monday, 16 January 2012

Bersihkan fakta sejarah - patut dah lama buat.

Terus teringat akan kata-kata seorang sahabat di Oxford yang saya temui baru-baru ini "orang Melayu kita ni banyak dan tinggi sungguh daya imaginasinya. Kalau di Oxford ini terkenal dengan kisah "Alice Adventures in Wonderland", Malaysia juga tidak kurang hebatnya".

Mitos mengenai 5 pahlawan Melaka bersaudara dan Melaka sendiri sebagai Pusat Keilmuan di Nusantara telah lama saya dengar. Malah hasil kajian (dan cross-references) pakar-pakar sejarah tempatan dan antarabangsa yang menghabiskan berpuluh tahun menelaah sumber-sumber dan rekod berkaitan sejarah Kesultanan Melaka yang masih terjaga rapi di China, Portugal, England, dan banyak tempat lagi, menghadirkan bukti-bukti yang kukuh bahawasanya banyak kontradiksi dengan apa yang ada di dalam riwayat sejarah Melayu. 

Sumber foto: sini

Dengan kata lain, banyak perkara "imaginasi" telah dicampur-aduk dan diterima pula di dalam kita cuba memahami sejarah Melaka dan orang Melayu.

Kajian oleh pakar sejarah, Prof. Khoo Kay Kim terhadap kajian 2 ahli sejarah dari Barat dan kajian pakar sejarah terkenal, Wang Gung Wu mengenai rekod (Dinasti) Ming menunjukkan watak-watak tersebut tidak pernah muncul mahupun disebut pada mana-mana bahagian-pun di dalam rekod sejarah.

Menurut Prof Khoo Kay Kim, "Dinasti Ming di China pada abad ke-16 tidak mempunyai sebarang rekod tentang mereka. Rekod ini adalah rekod yang dipelihara dengan sangat baik". 

Beliau menambah, "Sejarah mestilah berdasarkan rekod empirik. Ahli-ahli sejarah hanya perlu menerima rekod yang bertulis. Tidak ada bukti dalam rekod-rekod di Malaysia".

Selanjutnya, beliau menjelaskan, "Ini adalah sekadar cerita-cerita. Sejarah awal Malaysia adalah berdasarkan cerita. Kita mempunyai banyak cerita. Hanya baru-baru ini pengkaji sejarah telah bersusah payah untuk membuat penyelidikan berkaitan tempoh awal sejarah Malaysia. Banyak cerita-cerita yang diterima sebelum ini tidak dapat dibuktikan".

Komen oleh Prof Khoo ini boleh anda baca lanjut di sini: Hang Tu Ah, Hang Li Po tidak wujud

Seperti "Alice Adventures in Wonderland", karya dan cerita imaginasi kanak-kanak ini bukan sahaja telah terkenal ke seluruh dunia, bahkan telah menjana keuntungan (barangkali beratus juta pound sterling) kerana sambutan hebat masyarakat.

Namun, kisah di Malaysia juga tidak kurang hebatnya, bahkan lebih imaginatif berbanding Alice yang terjatuh ke dalam lubang arnab.

Mana tidaknya, di Malaysia sekarang ini "lembu pun duduk dalam kondo"! LOL!

------------------------------
Nota kaki:

- Saya hanya menulis secara ringkas isu ini dan cerita "Alice in Wonderland" kerana kebetulan membacanya di blog seperti yang saya nyatakan. 

- Pengkisahan dan penulisan yang lebih baik mengenai "Alice in Wonderland" dan "politik imaginasi" bakal anda baca tidak lama lagi apabila "sahabat di oxford" menerbitkannya di website beliau.

No comments: