Thursday 11 December 2014

REKAAN MALAYSIA SQUARE DI BATTERSEA LONDON DIPERLIHATKAN (17 foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Malaysia Boleh

Ini ialah rekaan Malaysia Square di Battersea Power Station. Ianya bekas stesen janakuasa yang kini akan dibangunkan semula sebagai kawasan kediaman dan pusat membeli belah oleh Sime Darby Dan SP Setia. Rekaan Malaysia Square diilhamkan oleh Gua Mulu di Sarawak. Ia akan menjadi focal point untuk bertemu rakan dan melihat Melayu elit lepak ketika di London. HA HA HA. 

Background

Stesen janakuasa Battersea yang terletak di London ialah sebuah bangunan yang ikonik di kota London. Ia digunakan sebagai set filem Batman Returns dan Aliensserta muka depan album Pink Floyd. Stesen janakuasa arang batu ini mula dibuka pada 1933 dan beroperasi sehingga 1983. Ketika perang ia menjadi landmark yang digunakan pesawat pengebom Jerman untuk mengebom London. Stesen ini ditutup kerana kos penyelenggaraan dan tinggi serta generator yang tidak lagi efisyen untuk menghasilkan kuasa elektrik.

Selepas penutupannya terdapat pelbagai rancangan untuk membangunkannya semula seperti membina taman tema dan juga kawasan perumahan. Tahun lalu syarikatSime Darby dan SP Setia memenangi bidaan membangunkan tapak Battersea dengan bayaran mencecah GBP 400 Juta ( RM 1.95 Billion). Bidaan mereka mengalahkan bidaan kelab bolasepak Chelsea FC untuk membangunkan Bettersea sebagai stadium baru mereka. 

Di dalam pelan pembangunan Sime Darby dan SP Setia, Battersea akan digangunkan semula dengan 600 apartment kediaman, hotel, ruang pejabat, stesen keretapi bawah tanah, taman awam dan pusat membeli belah. Sebanyak 75% apartment yang ditawarkan sudahpun habis dijual sungguhpun dijual pada harga diantara GBP 350 000 (RM 1.2 Juta) dan GBP 6 juta (RM 29.23 Juta) sebuah. Pembinaan dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2017. 




Laporan asal Mirror

Thursday 18 September 2014

PERLUMBAAN BOT LABU GERGASI DI LUDWIGSBURG PUMPKIN FESTIVAL, GERMANY (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Luncai

Di Ludwigsburg Jerman terdapat festival tahunan yang bertemakan labu. Festival labu ini ialah yang terbesar di dunia. Labu diukir dan dibentuk menjadi arca gergasi. Selain daripada itu terdapat juga perlumbaan bot yang diperbuat daripada labu gergasi. Peserta dari seluruh dunia datang untuk bertanding di dalam labu gergasi. Untunglah ada banyak labu sampai boleh buat bot. Meanwhile in Africa...... 




Sumber Oddity

Tuesday 5 August 2014

Sekiranya Watak Kartun dan Video Game Kesayangan Anda adalah Obes (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Terlebih?

Sekiranya watak kegeraman anda termakan banyak lemang dan rendang syawal inilah jadinya. Kesemua lukisan ini dihasilkan oleh Alex Solis untuk siri yang dinamakan Famous Chunkies. LOL 



Sumber Alex Solis

Tuesday 15 July 2014

MURAL KREATIF ERNEST ZACHAREVIC DI IPOH (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Ipoh Mali

Karya Ernest Zacharevic banyak kali kami paparkan. Karya beliau sinonim dengan Pulau Pinang dan kini beliau menghasilkan 7 lagi lukisan dinding di Ipoh. Cool. Jom ke Ipoh pula untuk lihat karya beliau.



Sumber Arrested Motion

Friday 27 June 2014

TRAK GERGASI FORD F 650 KESULTANAN JOHOR (Foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Giant!

Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ketika hayatnya terkenal dengan hobi menunggang motosikal besar. Semasa kami tinggal di Johor pada waktu petang pasti melihat Almarhum menunggang like a bawse berhampiran Lido. Good times. Anakanda beliau dan kini Sultan Ibrahim nampaknya mempunyai hobi mengumpul kenderaan juga. Baginda mempunyai koleksi kereta eksotik dan salah satu kenderaan unik milik baginda ialah lori gergasi Ford F650. Ford F650 sebenarnya adalah sebuah lori yang diubahsuai untuk menjadi truck seperti di bawah. Model asas F650 diperkasakan enjin Diesel 7.2 Liter dengan 365 kuasa kuda. Sangat tinggi dan besar. Nampak sangat bad ass. 



Sumber Kesultanan Johor

2015 LAMBORGHINI HURACAN LP 610-4 EDISI POLIS ITALI (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Dubai? Meh!

Polis Dubai terkenal dengan kereta polis mewah mereka. Tetapi nampaknya polis Itali juga tidak mahu kalah. Pihak Lamborghini menghadiahkan 2 buah Lamborghini Huracan LP 610-4 untuk kegunaan polis Itali. Kenderaan ini diperkasakan enjin 5.2 Liter V10 yang mampu menghasilkan 602 kuasa kuda. Yang menarik tentang Huracan edisi polis ini ialah ianya masih belum dimiliki mana-mana individu. Polis yang menerima model awal yang akan digunakan untuk mengawal lebuhraya Itali. Untunglah!




Sumber Throttle

Thursday 22 May 2014

Kehidupan Pengendali Terowong Seludup Di Gaza (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Seludup


Terowong penyeludupan bawah tanah yang menyambungkan Gaza ke Mesir menjadi nadi kehidupan penduduk Palestin yang di bawah pengawasan regin Zionis. Barangan keperluan sentiasa dihalang masuk kerana pihak Zionis percaya senjata juga turut diseludup. Ini menyebabkan barangan asas seperti makanan dan ubat-ubatan tidak sampai ke tangan warga Gaza yang memerlukan. Ratusan terowong bawah tanah seperti di bawah dibina bagi menyeludup kambing untuk dimakan ketika hari perayaan, ubat-ubatan dan juga ayam goreng KFC. Tuan punya terowong mengenakan bayaran yang mahal untuk menyeludup masuk. Because why not ambik keuntungan ke atas your own people right? Mereka terpaksa berhadapan dengan risiko terowong mereka runtuh dan dibom oleh tentera Israel.




Laporan asal NYDailyNews

Monday 5 May 2014

Wadi Rum: Kebuh Sayur Hijau di Tengah Padang Pasir di Jordan (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Ku lihat hijau

Bercucuk tanam di tengah padang pasir ialah idea yang boleh dianggap gila dan tidak masuk akal. Ianya seperti industri menghasilkan kereta tempatan dengan standard bangang kemudian meletakkan cukai 200% pada pesaing luar negara bagi memastikan kereta tempatan laku. It is just that damn stupid when you think about it. Tetapi ini tidak menghentikan projek kebun sayur-sayuran gergasi yang terletak di Wadi Rum, Jordan. Wadi Rum ialah kawasan padang pasir yang kini menjadi kebun penanaman sayur oleh Rum Farm Organics. Projek penghijauan padang pasir ini sudah dilakukan sejak 1986 dan ianya kini membekalkan sayur-sayuran seperti kobis, kentang dan tomato untuk pasaran Jordan. Rum Farm Organic mengepam air dari akuifer yang terletak 40 meter di bawah padang pasir untuk mengairi ladang mereka yang kini mempunyai keluasan 2000 hektar. Sistem pancuran air berputar digunakan dan setiap kebun sayur berbentuk bulatan ini mempunyai keluasan 78 hektar setiap satu. Yang menarik tentang teknologi penghijauan padang pasir ini ialah ianya bukan teknologi baharu tetapi telah digunakan sejak zaman tamadun Mesir lagi. Really cool. 






Sumber Amusing Planet

Wednesday 23 April 2014

Chimelong Ocean Kingdom, Guandong - dengan akuarium ikan terbesar di dunia (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Fishes!

Chimelong Ocean Kingdom yang terletak di Guangdong China kini merupakan akuarium terbesar dunia. Taman teman air merangkap akuarium gergasi ini mempunyai tangki utama sebesar 5.99 Juta galon dan jumlah isipadu total sebanyak 12.87 Juta galon. Ini dengan mudah menempatkan Chimelong Ocean Kingdom sebagai akuarium terbesar dunia. Di dalam tangki utama ada diletakkan Whale Shark dan mata ray gergasi. Disamping itu terdapat juga taman air serta taman hiburan bertemakan akuatik di dalam taman seluas 50 ekar ini. Ianya dibuka bulan lalu dan kini berharap akan menjadi destinasi taman air no 1 di China. 



Laporan asal ThemeParkGuy

Tuesday 8 April 2014

Perkampungan bawah Jambatan di Indonesia yang Sadis (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Papa Kedana Dilupa

Jakarta ialah kota metropolitan yang dihuni oleh 9.6 Juta penduduk. Tetapi menurut survey yang dilakukan oleh Universiti Trisakti Nirwono Yoga, 5 Juta daripada mereka tinggal di penempatan haram seperti kolong, landasan keretapi, tepian longkang dan di bawah jambatan. Kawasan ini dipilih untuk dijadikan tempat berteduh kerana kesempitan wang dan birokrasi. Sedih melihat kedhaifan hidup mereka. Inilah terjadi apabila korupsi menguasai negara. Rakyat juga yang derita. 



Laporan asal Yahoo

Thursday 3 April 2014

Team Sapu Bersih (SABER): Membersih Paku-Paku di Jalanraya di Jakarta (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

SABER!

Ini bukan SABER Rider and the Star Sheriff tetapi Tim Sapu Bersih. Mereka ditugaskan membersihkan jalanraya Jakarta dari paku-paku yang ditaburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu membocorkan tayar kereta dan motosikal. Tim Saber terdiri dari relawan yang menyapu permukaan jalan menggunkan mangnet yang ditarik oleh mereka secara berjalan kaki. Dalam setiap shift mereka mampu mengumpulkan secara purata 5 kilogram paku dari permukaan jalan raya. Ini adalah sangat mengejutkan dan menunjukkan betapa terdesaknya sesetengah individu pemilik bengkel menampal tayar Jakarta untuk mendapatkan bisnes. 

Kesemua paku-paku yang dikutip pada akhir hari akan dijual sebagai besi buruk. Orang baling paku nak hasilkan bisnes haram menampal tayar, Tim Saber sapu bersih dah jana pendapatan menggunakan paku yang dicampak. Karma! Respect to Team Saber! Di Malaysia ada tak Tim Saber? Kami dengar di lorong motosikal ada juga nakharomz yang menabur paku macam di Indonesia!



Laproan asal Yahoo

Saturday 22 February 2014

EFV : KENDERAAN PERANG AMFIBIA YANG GAGAL AMERIKA SYARIKAT (18 GAMBAR)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Gagal!

Beberapa tahun yang lalu kami gemar menonton siri TV Future Weaponsdi Discovery Channel. Antara senjata terkini yang dipaparkan di dalam rancangan ini ialah Expeditionary Fighthing Vehicle (EFV) yang dibangunkan untuk kegunaan askar Marin Amerika Syarikat. EFV dikatakan lebih pantas, mempunyai sistem senjata, pertahanan dan kemampuan yang lebih baik dari kenderaan amfibia yang digunakan oleh tentera marin sejak 1972. Pendek kata EFV akan menjadikan tentera Marin USA tentera marin yang paling berteknologi canggih berbanding tentera lain yang masih menggunakan kenderaan berusia 40 tahun.

Malangnya EFV kini dimasukkan kedalam buku antara kenderaan paling gagal yang dibiayai wang cukai rakyat Amerika Syarikat. Selepas membelanjakan lebih dari USD 3  billion projek ini dibatalkan pada tahun 2011. Projek ini dimulakan pada tahun 1993 selepas melihat kelemahan yang ada pada kenderaan amfibia AAV 7A1 ketika Perang Teluk Pertama. Ianya tidak cukup pantas, tidak dilengkapi senjata untuk menentang kenderaan infantri dan tidak mempunyai sistem pertahanan yang baik. Kenderaan baru perlu bagi menjamin keselamatan askar yang dibawa. 

Pada tahun 2003 EFV mula direka oleh General Dynamics. Selepas menyedari masalah serangan bom jalanan serta RPG milik "pengganas", rekaan EFV diolah semula dan prototaip hanya dihasilkan pada tahun 2010, 7 tahun selepas program dimulakan. Pada waktu ini beberapa masalah mula timbul seperti kos yang meningkat naik , kelewatan penghasilan prototaip dan kemamapuan protaip yang mengecewakan. 

EFV sepatutnya bergerak pada kelajuan 45 kilometer sejam di dalam air. Tetapi ketika percubaan dilakukan ia tidak mampu mencecah kelajuan ini. Enjin yang lebih berkuasa diletakkan tetapi ini menambah berat dan menyukarkan pengapungan pula. Apabila armor anti serangan RPG dan IED dipasang berat semakin bertambah dan kelajuan bergerak di atas darat pula berkurangan. Satu demi satu masalah baru timbul dan akhirnya selepas terlalu banyak kegagalan projek ini dihentikan pada tahun 2011. 

Program EFV yang gagal kini digantikan pula oleh program Amphibious Fighthing Vehicle pula pada tahun yang sama. Sehingga kini tiada syarikat yang mampu menghasilkan rekaan alternatif yang boleh memenuhi kehendak pihak tetera. Ini menunjukkan dalam hal pembaziran budget ketenteraan, Amerika Syarikat paling champion! 



Laporan asal Wikipedia