Thursday 31 October 2013

Seawise Giant - Super Tanker Dan Kapal Terpanjang Pernah Dibina (cerita dan foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


SUPER TANKER

Seawise Giant ialah kapal terpanjang pernah dibina oleh manusia. Panjang kapal pengangkut minyak mentah ini ialah 458.45 meter dan ini bermakna ianya lebih panjang dari Menara Berkembar Petronas! Ia diperkasakan enjin diesel 50 000 kuasa kuda yang memberikan kelajuan maksimum 30 kilometer sejam.   Kapal ini mempunyai sejarah yang menarik dan tragis. Ianya dibina pada tahun 1974 dan siap 5 tahun selepas itu di limbungan Sumitomo Heavy Industries, Jepun. Pada awalnya ia diberi nama 1016. Selepas siap dibina 1016 menjalani ujian pengendalian laut dan didapati mengalami masalah gegaran yang kronik. Pemilik 1016 enggan menerima kapal yang siap dibina dari Sumitomo dan ianya tersadai di limbungan sebelum dijual dan diberi nama Seawise Giant.

Pada tahun 1988 ketika membawa minyak mentah dari Iran, Seawise ditembak dengan peluru berpandu oleh pesawat pejuang Iraq. Ianya karam kemudian ditimbulkan semula. Proses pembaikian dilakukan di Keppel Yard Singapura. Seawsie Giant kembali bertugas sebagai kapal pengangkut minyak pada tahun 1991 dan diberi nama baru Happy Giant. Ia kemudiannya berpindah tangan sebanyak 2 kali lagi dan diberikan nama Jahre Viking dan Knock Nevis. Tugas terakhir Knock Nevis ialah sebagai pelantar menyimpan minyak statik di Teluk Parsi.

Pada tahun 2009 khidmat Knock Nevis dihentikan dan ianya dijual sebagai sekerap. Sekali lagi namanya ditukar kepada Mont dan pelayaran terakhirnya ialah ke Alang India untuk dimusnahkan. Satu-satunya artifak peninggalan objek bergerak terbesar yang pernah dibina oleh manusia ini ialah sauh seberat 36 tan yang kini terletak di Muzium Maritim Hong Kong. Sad really.




Laporan asal Wikipedia

Sunday 27 October 2013

Pasar Borong Berbentuk UFO di Turki (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


UFO Turki!

Pasar borong biasanya bangunan yang functional tetapi tidak mempunyai rekaan yang menarik. Tetapi di Bursa, Turki pasar borong yang menjual sayur-sayuran dan barang basah berbentuk seperti sebuah UFO. Rekaan bulat seluas 34 000 meter persegi ini sebenarnya diilhamkan oleh rekaan bazar Turki tradisional dan stadium. Bentuk bulat dirasakan dapat memudahkan pemindahan barangan oleh penjual dan pembeli. Cool design.




Laporan asal ArchDaily

Friday 25 October 2013

Beastgrip: Gajet yang menggabungkan DSLR dengan Peranti Pintar untuk anda (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Cool

Di pasaran kini terdapat beberapa adapter yang membolehkan lensa DSLR digunakan pada peranti pintar anda. Tetapi majoriti adapter yang ada tidak menyokong kesemua lensa yang anda miliki dan alatan fotografi yang lain. Beastgrip ialah adapter yang cuba mengatasi masalah ini. Ia bukan sahaja boleh menggunakan pelbagai lensa DSLR, malah boleh menggunakan alatan tambahan lain seperti flash, mikrofon dan lampu tambahan. Tambah menarik rekaan universal Beastgrip menyokong penggunaan telefon iPhone dan Samsung. Neato! Pencipta Beastgrip sedang mengumpul dana bagi menghasilkannya secara komersil. Harga satu set Beastgrip bermula dari USD 65 (RM 204).




Laporan asal Kickstarter

Sunday 20 October 2013

Kemaraan Mukhriz & Coret-Coret Pemilihan UMNO 2013

Telah selesai pemilihan UMNO (2013-2016), dan telah diketahui akan barisan saf kepimpinan "baharu" parti siasah Melayu Islam terbesar tanah air itu.

Tidak perlulah rasanya saya sertakan senarai pemenang kerana ianya dengan mudah boleh diperoleh dari pelbagai sumber dan laman-laman web.

Apa yang ingin saya kongsikan pada posting kali ini adalah menjurus kepada apa yang boleh direnungkan untuk pemilihan UMNO pada edisi yang akan datang.

Kemaraan Mukhriz

Sekalipun tewas di perebutan kerusi Naib Presiden (NP), kelibat dan kehadiran Mentri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir nyata telah mendatangkan aroma baharu ke dalam pemilihan parti kali ini.

Selamat jalan Mukhriz, pemilihan akan datang sila datang lagi (Sumber foto: sini)

Dilabelkan sebagai mewakili kelompok muda atau generasi baharu dalam parti, Mukhriz yang menyatakan hasrat untuk bertanding agak lewat, masih menokok sokongan yang positif, terutamanya undi popular daripada undi para perwakilan - sekalipun tewas undi bahagian.

Justeru, apa yang boleh kita simpulkan daripada perkembangan ini?

1) Mukhriz telah mendapat respon dan input berguna daripada "test market" yang beliau lakukan menerusi sistem baharu pemilihan parti yang mengambilkira sumbangan undi lebih 145,000 perwakilan, sekalipun "belum" (belum didesak untuk bertukar) menerima sistem undi popular - sekarang menggunapakai undi bahagian yang berjumlah 191 undi.

2) Kemaraan Mukhriz juga telah menyampaikan "mesej" jelas (atau kasarnya, amaran) kepada para pemenang/penyandang pemilihan kali ini bahawa masih ada masa beberapa tahun ini untuk beliau (Mukhriz) gembelingkan sebagai persediaan bagi mencabar kerusi NP pada pemilihan yang akan datang.

3) Mungkin di antara ketiga-tiga pemenang, kedudukan Zahid dan Shafie dilihat begitu kukuh dan bakal tidak terjejas seandainya keduanya dikekalkan PM Najib sebagai Menteri Kabinet sehinggalah tiba pemilihan parti yang seterusnya (selepas 2016).

4) Zahid, sebagaimana Mukhriz, turut menunjukkan aura kemaraan yang kuat, sehingga barangkali boleh "melanggar" penyandang kerusi Timbalan Presiden pada pemilihan akan datang. Manakala, Shafie Apdal pula dilihat selesa kerana menjaga kawasan "ceruk desa" yang menjadi kekuatan undi orang Melayu dan bank undi di Sabah.

5) Maka, mahu tidak mahu, yang paling panas punggung adalah pemenang tempat ke-3 kerusi NP, Hishamuddin. "Senak dan sesak" beliau sebenarnya baru sahaja bermula sebaik diketahui menang - kerana jalan di depan masih jauh, berliku dan penuh penuh kejutan. 145,000+ perwakilan parti yang terlibat "memenangkan" beliau tentunya akan memerhatikan prestasi beliau selepas hari ini - kerana calon pengganti yang sesuai juga telah diperolehi.

6) Jadi, apakah strategi yang bakal dilaksanakan Hisham untuk survival politik beliau? Apakah kemaraan Mukhriz akan mewujudkan gelora kepada kemudi kapal UMNO? Apakah kemasukan aroma baharu ini berpotensi untuk "menolak hierarki" ke atas (erti katanya, Najib dicabar Muhyiddin; Zahid ke kerusi TP; Shafie + Hisham + Mukhriz)?

7) Rencana jangka panjang mungkin seperti begitu, atau mungkin masih mengekalkan "status quo". Jangka pendek, harapan Mukhriz mungkin terarah kepada secure kerusi MT.

Walau apapun kemungkinan, pemilihan dengan format baharu yang dilaksanakan secara berani oleh UMNO bagi pemilihan kali ini adalah sesuatu yang perlu dipuji. Pemberian kuasa memilih kepada lebih ramai perwakilan bolehlah dianggap sebagai suatu bentuk "transformasi" parti, sekalipun barisan pemimpin yang dipilih tidaklah sepenuhnya menterjemahkan maksud kata transformasi itu.

Manakala, pengiraan undi bahagian berbanding undi perwakilan untuk mengukur jumlah undi kepada para calon juga perlulah dilihat semula, walaupun risikonya tetap ada - iaitu kepada UMNO-BN pada PRU ke-14 yang akan datang (kerana BN tidak mendapat undi lebih popular berbanding PR pada PRU13).

Tahniah kepada pemenang pasca "transformasi" parti, semua mata kali ini tentunya terarah kepada pembentangan BAJET 2014!

Tuesday 15 October 2013

Jambatan Terbang Slauerhoffbrung, Belanda yang unik (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Terbang!

Sebelum ini kami ada paparkan jambatan lipat Sarajevojambatan berpusing Hull dan jambatan tenggelam di Greece. Hari ini mari lihat jambatan terbang Slauerhoffbrug yang terletak di Leeuwarden Belanda. Jambatan ini mempunyai mekanisma unik bagi menaikkan sebahagian rentasan jambatan bagi membenarkan bot lalu di bawahnya. Slauerhoffbrug siap dibina pada tahun 2000 dan kerana rekaannya yang unik ia menerima jolokan "jambatan terbang". Cool beans.



Laporana asal Wikipedia

Tuesday 8 October 2013

DUCATI Fat Red 2 - foto

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Custom!

Ducati Flat Red 2 ialah motosikal Ducati  Monster 1100S yang diubahsuai oleh JVB Motors. Perubahan dari segi rekaan adalah sangat drastik dengan sistem ekzos yang lebih ranggi serta sistem suspensi yang lebih rendah. Flat Red 2 juga 12% lebih ringan dari motosikal dan diperkasakan dengan enjin 100 kuasa kuda. Hanya sebuah Flat Red 2 dihasilkan oleh JVB Motors dan custom bike ini bukan untuk dijual. Cool bike is cool.



Lapooran asal JVB Bikes

Sunday 6 October 2013

Platform Tawaf Bertingkat di Masjidil Haram (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Sempena Musim Haji 2013

Sebelum ini ada kami paparkan konsep rekaan projek ubah suai Masjidil Haram Mekah yang dijangka siap pada tahun 2020. Di bawah ialah gambar platform tawaf bertingkat yang siap dipasang di dalam Al Haram sempena musim haji 2013. Platform sementara ini dipasang hanya ketika musim haji bagi menampung kapasiti jemaah haji yang tinggi. Ia juga lebih selamat digunakan oleh jemaah haji yang mempunyai masalah kurang upaya untuk mengerjakan ibadah tawaf. What do you guys think? 





Laporan asal SkyscraperCity