Jangan diperkecil "orang lama"
Syukurlah, setelah beberapa minggu polimek mengenai "apakah wajar pilihan raya dijalankan secara serentak atau tidak perlu serentak di peringkat Pusat dan Negeri?" terus diperdebat oleh pelbagai pihak, akhirnya hari ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) tampil dengan pendirian berhikmah seperti berikut, yang pada saya, adalah tepat dan responsif dengan perkembangan semasa.
TGNA - sumber foto (sini)
Saya awal-awal lagi telah berpandangan seperti TGNA mengenai perkara ini.
Tetapi apalah sangat pandangan orang biasa seperti saya (yang tiada weightage), melainkan jika ianya dibangkit dan dijawab oleh pemimpin besar seperti TGNA.
Berikut adalah sebahagian petikan beliau yang saya ambil:
".....banyak
masalah akan timbul jika pembubaran Parlimen dan negeri dibuat
berasingan. Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata tiada
keperluan bagi
Kelantan untuk mengadakan pilihan raya berasingan dengan pilihan raya
umum.
"Ini kerana jika Kelantan berbuat demikian ia memberi peluang kepada pihak parti lawan memberi tumpuan kepada negeri ini." - sumber: Nik Aziz tolak pilihan raya berasingan
Jangan diperkecil "kuasa" media
Tepat sekali alasan yang diberi oleh TGNA iaitu parti lawan akan memberi tumpuan kepada negeri ini (Kelantan).
Tentunya,
PAS dan parti-parti gabungannya di dalam Pakatan bukanlah kali pertama
terlibat dan merasa "peritnya" bertanding di dalam PRU.
Logiknya juga, PAS-Pakatan tentunya telah "masak" dengan maksud perumpamaan berikut:
Logiknya juga, PAS-Pakatan tentunya telah "masak" dengan maksud perumpamaan berikut:
"Harimau
susah nak membaham kambing jika ia bersama dengan kawanannya. Tetapi
apabila ia dibiar seekor, maka mudahlah sang harimau menyerang dan
membahamnya."
Hikmahnya,
pernyataan TGNA muncul [barangkali] setelah menyorot kembali sejarah
yang dilalui PAS Kelantan semasa menghadapi beberapa siri PRK
(Pilihanraya Kecil) selepas PRU-12.
Keperitan yang ditanggung PAS sewaktu menang tipis "65 undi" pada PRK DUN Manek Urai (2009) dan tewas di DUN Galas
(2010, dengan majoriti 1,190 undi - setelah menang pada 2008 dengan 646
undi), [mungkin] banyak mengajar kerajaan negeri betapa berperanannya
media termasuklah TV, akhbar dan internet yang pro-kerajaan Pusat
(terhadap masyarakat luar bandar) di sepanjang tempoh berkempen setelah
tibanya musim pilihan raya.
Berita kemenangan BN di beberapa siri PRK - sumber foto (sini)
Inilah yang saya perhatikan (dan telah saya kupas panjang lebar pada posting sebelum ini) mengenai betapa berkesannya media arus perdana mendoktrinkan masyarakat
di Pulau Pinang sehingga berupaya menyemaikan persepsi bahawa pemimpin
Cina telah diterima untuk mentadbir PP dan UMNO pula banyak menjuarai
isu-isu yang berkepentingan Melayu dan Islam di negeri itu.
Di
masa yang sama, media yang sama juga berterusan menggambarkan peranan
PAS (sebagai sekutu DAP dalam Pakatan) sebagai lemah dan tidak cergas
berperanan.
Dan
seandainya PAS PP tidak segera bangkit dari lamunan, DAP barangkali
berpeluang menang lebih besar, manakala UMNO pula dilihat mampu
mengekalkan kerusi mereka di kawasan Melayu-Islam dan mungkin menukar
sokongan orang PAS kepada UMNO. Sedangkan PAS pula berkemungkinan
"melukut di tepi gantang" (jika tidak segera bertindak). Maaf andai
terasa.
Jangan diperkecil kuasa "wait and see voters"
Sekiranya
Pakatan masih bermain-main dengan isu ini, tiada jaminan bahawa mereka
mampu untuk mengekalkan momentum kemenangan yang telah dikecapi pada PRU
2008.
Bahkan, sekiranya ditakdirkan BN menang lebih besar (2/3 majoriti) negeri-negeri yang mengadakan PRU serentak dengan Pusat,
sudah pasti ianya bakal menyuntik motivasi yang tinggi buat jentera
pilihan raya BN untuk "menyerang dan membaham" calon-calon Pakatan yang
bertanding di negeri-negeri yang mengadakan pilihan raya berasingan.
Inilah logik yang dapat saya fikirkan. Anda pula bagaimana?
Perkara
ini bukanlah sukar dilakukan oleh UMNO-BN kerana mereka juga tidak
pernah gagal untuk terbabit di dalam proses pilihan raya.
Caranya
mudah sahaja. Alihkan segala jentera kerajaan, kekuatan media-media
arus perdana (semua stesen TV dan akhbar) serta internet ke negeri
Kelatan, Kedah, PP dan Selangor dan buatlah laporan dan pendedahan 24 jam sehari akan segala "kisah dalam kain" dan kelemahan negeri-negeri yang ditadbir Pakatan.
Keluarlah
berita penebangan hutan dan kontrak balak, kemiskinan dan kurangnya
'kebajikan', penularan penyakit sosial dan jenayah, pengangguran, serta
mungkin dilaga-lagakan barisan pemimpin dalam kerajaan negeri dan
sebagainya.
Setelah menang di negeri-negeri lain, pimpinan tertinggi BN juga pastinya akan menyiapkan jadual yang padat dengan road-shows ke negeri-negeri Pakatan.
Tentunya curahan projek-projek mee segera akan dibuat dan dihebahkan di segala media, pemberian bantuan kewangan, projek infrastruktur dan sebagainya.
Sedangkan segala berita dan gerak kerja kerajaan negeri yang dipimpin PAS, DAP dan PKR akan disorokkan (disenyapkan).
Sedangkan segala berita dan gerak kerja kerajaan negeri yang dipimpin PAS, DAP dan PKR akan disorokkan (disenyapkan).
Sekalipun
isu ketelusan (dan persoalan mengenai kejujuran PM membubarkan
Parlimen) menjadi modal Pakatan untuk tidak menurut langkah bagi
membubarkan DUN (seterusnya membenarkan pilihan raya dibuat di peringkat
negeri), tidakkah ini (dalam suatu keadaan) dilihat seperti ingin menafikan hak/kehendak sebilangan rakyat yang saya istilahkan sebagai "wait and see voters".
Barangkali,
sikap berdalih kerajaan negeri boleh membawa kepada bertambahnya rasa
muak dan "wait and see voters" ini menyimpulkan yang kerajaan Pakatan
juga tidak jauh beza dengan BN, 2 x 5 sahaja (sayang dengan kuasa).
Mungkin
juga apabila media giat memainkan propaganda kemenangan bergaya BN di
negeri lain, maka akan terbitlah "feel good factors" sehingga dilihat
oleh kelompok "wait and see voters" bahawa BN "ada harapan" untuk membentuk kerajaan lebih kuat (majoriti 2/3) pada PRU-13 nanti.
Maka, tidaklah mustahil mandat lebih besar bakal diberikan kepada BN-UMNO pada PRU-13 kelak.
Maka, tidaklah mustahil mandat lebih besar bakal diberikan kepada BN-UMNO pada PRU-13 kelak.
Komitmen
yang ditunjukkan Najib melalui program transformasinya, mampu pengaruhi
keputusan saat akhir para "wait and see voters" - sumber foto (sini)
Seandainya ini yang berlaku, maka ia suatu tamparan yang amat hebat buat pimpinan Pakatan.
Saya bukanlah ahli nujum, namun kemungkinan untuk perkara ini berlaku juga tidaklah mustahil.
Saya bukanlah ahli nujum, namun kemungkinan untuk perkara ini berlaku juga tidaklah mustahil.
Bahaskan kandungan Buku Jingga
Daripada apa yang saya lihat, "Pakatan yang menerbitkan Buku Jingga, tetapi UMNO-BN yang laksanakan syor-syor di dalam Buku Jingga".
Nak ubah kenalah faham dulu apa yang nak diubah - sumber foto (sini)
Namun,
hendak dipersalahkan BN* pun tidak boleh juga memandangkan para
pendokong Pakatan-PAS sendiri tidak ramai yang benar-benar jelas dan
faham akan aspirasi/kandungan yang cuba dibawa melalui Buku Jingga.
(*selain BN turut kuasai media dan jentera kerajaan)
Ini
mungkin disebabkan, selepas buku ini diterbitkan, ianya disimpan untuk
rujukan dan kalau-kalau ditanya orang, dapatlah ia dikeluarkan sebagai
modal bagi menjawab soalan - "ini di tangan saya ada Buku Jingga yang boleh menjawab persoalan anda". Ini contoh sahaja.
Pada pandangan saya, adalah lebih baik daripada Pemuda PAS, daripada merancang untuk berhimpun sehingga puluhan ribu orang itu, meletakkan keutamaan untuk menggerakkan terlebih dahulu program membahaskan kandungan Buku Jingga.
Anda yang belajar kitab agama, dan yang nak faham kandungan kitab juga pasti maklum dengan ayat "membahaskan kandungan kitab karangan Si Polan Bin Si Polan", kan?
Samalah
juga dengan Buku Jingga. Aspirasi dan matlamat yang ingin disampaikan
oleh buku ini tidak akan dapat difahami dan diterima sepenuhnya rakyat
[dan pengundi] tanpa ianya dibahas dan difahami secara terperinci akan
isi kandungannya!
Daripada diluangkan masa untuk "menunjuk perasaan", eloklah dibahaskan dahulu Buku Jingga biar masyarakat faham dan bezakan yang program bawaan Buku Jingga itu adalah lebih baik berbanding apa yang telah "ditiru" oleh BN-UMNO sekarang ini.
Daripada diluangkan masa untuk "menunjuk perasaan", eloklah dibahaskan dahulu Buku Jingga biar masyarakat faham dan bezakan yang program bawaan Buku Jingga itu adalah lebih baik berbanding apa yang telah "ditiru" oleh BN-UMNO sekarang ini.
Itulah pada hemat saya.
Kalau nak menang, kena tarik minat yang bukan ahli juga - sumber foto (sini)
Bagaimana nak bahaskan Buku Jingga? Anda orang politik mungkin lebih maklum dan bijak.
Cara: Kalau saya-lah
Cara: Kalau saya-lah
Kalau mengikut cara saya, PAS/DAP/PKR perlu "create one issue every week regarding the content of Buku Jingga" dan biarkan isu ini dimainkan di media arus perdana selama...katakan 1 minggu bagi setiap isu.
Contohnya, isu melibatkan pendidikan dan kebajikan guru-guru. PAS "tolong" create issue tersebut dan biar media sebarkan/sensasikan.
Pas kena kutuk pun tidak mengapa, janji liputan terhadap isu diberi oleh media arus perdana (sebab sukar PAS masuk TV secara 'baik' dan biar ramai orang terdedah dengan isu ini).
Pas kena kutuk pun tidak mengapa, janji liputan terhadap isu diberi oleh media arus perdana (sebab sukar PAS masuk TV secara 'baik' dan biar ramai orang terdedah dengan isu ini).
Apabila tiba hujung minggu (setelah 7 hari), maka pihak Pakatan tampil-lah dengan mengangkat Buku Jingga dan berkata "jawapan terhadap isu kebajikan guru-guru telah dijawab di dalam Buku Jingga"!
Jadinya semua pihak (kerajaan, pembangkang, atas pagar, etc) akan mula mencari dan meneliti Buku Jingga!
Kalau perkara ini mampu dilaksanakan oleh pimpinan di dalam Pakatan, saya jamin dalam masa 3 bulan (12 minggu = 12 isu besar) dapat dimainkan oleh media dan semuanya dapat dijawab melalui rujukan masyarakat terhadap Buku Jingga yang anda semua dok sibuk perkatakan itu!
Sekian.
Kalau perkara ini mampu dilaksanakan oleh pimpinan di dalam Pakatan, saya jamin dalam masa 3 bulan (12 minggu = 12 isu besar) dapat dimainkan oleh media dan semuanya dapat dijawab melalui rujukan masyarakat terhadap Buku Jingga yang anda semua dok sibuk perkatakan itu!
Sekian.
2 comments:
suatu komentar yang sangat bagus. saya telah emelkan kepada Ketua DPPP. mungkin ustaz nas tantawi boleh lihat dgn lebih objektif pandangan dan komentar saudara.
Berbanyak terima En Alang. Bukanlah kecil pertolongan yang saudara hulurkan itu.
Post a Comment