Sebentar tadi saya dan isteri duduk melihat-lihat produk pakaian yang sesuai untuk Mawaddah (di internet) sebagai persediaan mengharungi musim sejuk (winter) tahun ini.
Tambahan pula, dia makin membesar dan ada pakaian dia yang dah mula mengetat, sekalipun masih selesa dipakai.
Niat untuk mencari baju dan sweater baru buat Mawaddah juga muncul apabila beberapa hari yang lepas kami menerima risalah dari Verbaudet, syarikat yang menjual produk untuk bayi dan kanak-kanak secara online (di dalam risalah itu turut disertakan kod diskaun).
Dari pengamatan saya sepanjang tinggal di UK ini, perniagaan secara online adalah baik dan cekap, seterusnya memudahkan para pengguna berurusan membeli dan menjual barang.
Selain kemas kini (update) mengenai online discount dan sale mudah dan pantas disebarluas kepada para pengguna, kadang-kala potongan harga dan hadiah percuma kepada para pembeli online juga "mengarut punye murah".
Tidak kiralah sama ada pemberian diskaun pada harga yang murah ini disebabkan persaingan yang tinggi atau faktor-faktor yang lain, yang pentingnya para pengguna menerima manfaat melalui "penjimatan sebenar".
Pengalaman inilah yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca blog Dr Sepet hari ini, selepas saya meletakkan pesanan (after placed the order) sebentar tadi:
Harga tanpa penjimatan bagi tiga produk (+1 hadiah percuma) tersebut adalah £28.00 (+£3.99 postage). Namun, dengan "diskaun berganda*" yang ditawarkan oleh Verbaudet, kami hanya perlu membayar £5.50 (+£3.99 postage), iaitu penjimatan sebanyak £22.50, atau 80% diskaun.
(*diskaun berganda - potongan individu setiap produk dan sekali lagi potongan apabila pesanan dikumpul di dalam basket, before check-out)
Sebagai pengguna, kami memang berpuas hati dengan penjimatan yang diterima.
(*diskaun berganda - potongan individu setiap produk dan sekali lagi potongan apabila pesanan dikumpul di dalam basket, before check-out)
Sebagai pengguna, kami memang berpuas hati dengan penjimatan yang diterima.
Tambahan pula, pakaian yang dibeli ini adalah fesyen pakaian musim ini, bukannya produk "penghabisan stok" atau barang "reject".
Sepanjang menggunakan online shopping/retail system di UK, saya telah merasa kesan langsung penjimatan dari segi harga (online discount), selain kaedah pembayaran yang mudah dan selamat, serta penghantaran yang cekap (postage) kepada saya sebagai pembeli.
Kedai Maya di Malaysia
Saya menduga sektor online retail juga semakin berkembang di Malaysia.
Peniaga/bakal peniaga perlu ada kefahaman mengenai internet, ada storage facility (sewa gudang atau guna rumah sendiri), belajar sistem semakan stok barang, rekabentuk kedai maya (website) untuk promosi produk, fahami bagaimana online booking dan e-banking berfungsi dan ada kenderaan untuk ke Pejabat Pos bagi urusan postage produk yang dipesan pelanggan.
(faktor kecekapan/kelajuan jalur lebar juga turut penting)
(faktor kecekapan/kelajuan jalur lebar juga turut penting)
Mungkin ada di kalangan pembaca di luar sana yang boleh berkongsi pengalaman anda menggunakan online shopping system, baik sebagai penjual, mahupun pembeli.
Apakah pengguna di Malaysia juga turut merasai keselesaan serta "penjimatan sebenar" melalui penggunaan online shopping/retail system?
No comments:
Post a Comment