Monday 14 November 2011

Sabar apabila susah, Syukur apabila senang

Ramai orang mampu bersabar dengan ujian kesusahan. Namun, belum tentu ramai mampu bersyukur dengan ujian kesenangan/kekayaan/kenikmatan. 

Bersabar bilamana dah tak mampu (so, sabar jelah buat masa ni sebab dah duit tak cukup). Tetapi bila sudah senang dan mampu, berapa kalikah pula mampu ucap syukur?

Berapa ramai orang hari ini yang kita lihat hanya 'senyum' pada tabung derma masjid yang dihulur setiap kali bersolat Jumaat, sedangkan Allah bagi nikmat kaki kepadanya untuk berjalan (ke masjid). Bersyukurkah kita?

Sumber foto: sini


Kalaulah semua orang Islam (yang bersyukur) menyumbangkan sebahagian harta mereka, tidak perlulah pihak Masjid mewujudkan 'tabung-tabung derma'. Islam bukanlah agama yang meminta-minta.

Tetapi mengapa semua Masjid di negara kita mewujudkan tabung derma? Sebabnya kita (termasuk yang menulis ini) kedekut dan berkira (untuk melabur di dalam 'saham' akhirat).

Seringkali kita dengar orang-orang kita, marahkan orang-orang Yahudi. Jahat katanya.

Tapi jahat-jahat Yahudi-pun, tidak kepada yang sebangsa dan seagama dengannya. Lihat berapa pemurahnya billionaire-billionaire Yahudi menderma kepada pertubuhan mereka.

Maka, janganlah kita tuding orang lain jahat. Kerana selagi Masjid kita-pun masih meminta-minta, yang jahat itu sebenarnya berbalik kepada kita.

Renungkanlah bersama.

No comments: