Monday, 21 November 2011

Foto-foto Kota Makkah 1885 - koleksi yang amat berharga

Berikut saya kongsikan sebahagian foto-foto unik lagi berharga yang dirakamkan oleh Christiaan Snouck Hurgronje (Al-Sayyid Abd al-Ghaffar) sewaktu pengembaraan beliau ke Tanah Suci pada tahun 1885.

(Nota: apa masyarakat Melayu kita buat pada tahun 1885 ye? Sekadar bertanya)

Pengembaraan beliau ini telah dibukukan pada tahun 1889 melalui satu karya yang bertajuk Bilder aus Mekka

Sekalipun foto-foto yang dipaparkan ini telah banyak kali diulang cetak di pelbagai medium, hakmilik terhadap foto-foto asal Sayyid Abd Ghaffar ini telah diserah kepada Leiden University di Belanda.

Ringkasnya, foto-foto pengembaraan Sayyid Abd Ghaffar pada tahun 1885 telah menjadi koleksi penting serta khazanah yang amat bernilai bagi tatapan generasi umat Islam hari ini.

Klik foto untuk 'zoom'. Sumber kesemua foto dinyatakan, atau lihat sini: The Empty Quarter

Foto atas: Kaabah
Foto bawah: Umat Islam sedang bersembahyang di hadapan Kaabah

Foto atas:Pandangan Kota Makkah

Foto atas: Kawasan Makam Saidatina Maimuna
Foto bawah: Perkhemahan jemaah haji berdekatan kawasan Makam Saidatina Maimuna

Foto atas: Pemandangan di Lembah Mina di musim haji

Foto atas:Pemandangan di Muzdalifa, tempat bermalam jemaah haji yang terletak antara Lembah Mina dan Bukit Arafat
Foto bawah: Perkhemahan jemaah haji di bahagian barat Bukit Arafat

Nota kaki:

1) Penerangan mengenai setiap foto dinyatakan. Kena 'zoom'.

2) Foto cantum adalah perbuatan saya sendiri bagi menunjukkan konteks atau pemandangan keseluruhan peristiwa/situasi.

2 comments:

azmnor said...

Assalamualaikum Dr dan salam ukhwah dari saya..,

saya memang tertarik dgn wajah-wajah Mekkah dan Madinah waktu dulu, pernah melihatnya dirumah beberapa teman yg berfrim , memang susah utk mendapatkan gambar tersebut walaupun di Mekkah sekali pun....allahua`lam

Dr Sepet said...

Ada kalanya bagus juga ada kemudahan internet ini sebab bukan sahaja boleh kongsi ilmu dan maklumat, tetapi boleh simpan maklumat (seperti foto2 lama ini) dan seluruh dunia boleh aksess.

Bagusnya juga kalau ada kawan2 yang menyimpan foto berminat untuk berkongsi dengan orang lain, sama-sama dapat manfaat. WS