Tempat berlaku: Mesir
Tarikh berlaku: 17 November 1869
Pembukaan secara rasmi Terusan Suez pada November 1869 menandakan tamatnya tempoh selama 10 tahun, projek pembinaan sebuah terusan yang menyambungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah.
Majlis perasmian pembukaan Terusan Suez (google image)
Kini, kapal-kapal yang membawa pelbagai produk dagangan, dapat belayar di antara Asia dan Eropah, dan secara dramatik telah merancakkan lagi hubungan dan aktiviti perdagangan dunia.
Pembukaan Terusan Suez, berserta perasmian penggunaan laluan keretapi rentas benua di Amerika 6 bulan sebelum itu, telah meningkatkan mobilisasi dan perjalanan mengelilingi dunia secara lebih pantas dari sebelumnya.
Terusan Suez memendekkan jarak dan masa pelayaran kapal-kapal dagang (google image)
"Bagusnya", pembukaan terusan ini juga turut menjadi salah satu faktor yang menggalakkan lebih banyak kuasa barat dan Eropah datang menakluk negara-negara Afrika.
Dari segi sejarah, pada tahun 1798, Napoleon Bonaparte adalah orang awal yang menemui bukti kewujudan jalan atau laluan air yang digunakan kaum Mesir purba di kawasan terbabit. Beliau kemudian mengesyorkan supaya suatu laluan air yang baru dibina di situ. Namun beliau sendiri kemudiannya mengambil keputusan untuk mengabaikan idea tersebut.
Kemudian, muncul seorang lagi Frenchman, Ferdinand de Lesseps yang juga bekas diplomat ke Mesir. Beliau merupakan orang yang memainkan peranan penting di dalam idea dan projek pembangunan terusan ini. Pada tahun 1854, pemerintah Mesir, Said Pasha telah mengurniakan de Lesseps akan konsesi bagi pembinaan terusan tersebut.
Dengan penganugerahan tersebut, the suez canal company ditubuhkan. Begitupun, waktu itu hanya pihak Peranchis dilihat paling beria-ia dengan projek Terusan Suez, sedangkan ramai orang Eropah yang lain tidak begitu yakin projek tersebut akan membawa keuntungan. Akibatnya, projek tersebut sukar mendapatkan sokongan kewangan.
Kerja-kerja pembinaan terusan telah dimulakan pada April 1859. Dianggarkan sejumlah 1.5 juta orang buruh terbabit dengan kira-kira 30,000 orang dikerah bekerja untuk satu-satu masa. Penggunaan buruh paksa dari kalangan rakyat Mesir ketika itu telah menimbulkan kontroversi yang hangat. Setelah projek tersebut siap dan dibuka bagi laluan kapal pada November 1879, kosnya telah meningkat sekali ganda berbanding anggaran awal.
Suasana sibuk di Terusan Suez waktu pembukaannya (google image)
Setelah siap, perjalanan dari Pelabuhan Said di utara ke bandar Suez di bahagian paling selatan terusan, adalah sejauh 119 batu. Kapal-kapal pula mungkin belayar di dalam satu arah bagi satu-satu masa, tetapi dua persimpangan telah disediakan iaitu di Ballah By-Pass dan the Great Bitter Lake.
Pada tahun 1875, Britain telah membeli saham milik kerajaan Mesir di dalam the Canal Company. Tujuh tahun kemudian, sewaktu meletusnya perang saudara di Mesir, askar British telah dikerah untuk mempertahankan kepentingan mereka terhadap terusan tersebut. Pada 1888, Convention of Constantinople telah mengeluarkan dikri mengiktiraf terusan tersebut sebagai zon berkecuali di bawah perlindungan tentera British. Bagaimanapun, pihak Mesir melanggar perjanjian terbabit pada tahun 1951, dan perang tercetus sehingga akhirnya membawa kepada pengunduran tentera British pada tahun 1956.
Pada tahun itu juga, Terusan Suez telah dimiliknegarakan oleh Presiden Mesir, Presiden Nasser serentak dengan pembekuan aset-aset berkaitan Terusan Suez. Tindakan ini telah memburukkan lagi krisis Suez. Bagi mengelakkan perang baru tercetus, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah menghantar tentera pengaman mereka ke Suez bertujuan menjamin aksess antarabangsa kepada terusan tersebut.
Sumber foto: google image
Bagaimanapun sewaktu konflik Arab-Israel tahun 1967 (the Six Day War), pasukan askar pengaman PBB telah diundurkan dari zon konflik dan Terusan Suez ditutup kepada sebarang aktiviti perkapalan.
Sehinggalah berkembangnya teknologi "supertankers", pada tahun 1975, Terusan Suez kembali dibuka.
Supertankers (google image)
Baca juga siri-siri sebelum ini (klik tajuk):
Siri 1 - Penemuan lapangan minyak mentah terbesar dunia kurun ke-20
Siri 2 - Pemindahan jantung pertama di dunia
Siri 3 - Sony 'walkman' yang pertama
Siri 4 - Penerbitan 'Das Kapital'
Siri 5 - Pemisahan India (Pakistan & Bangladesh)
Siri 6 - Runtuhnya Tembok Berlin
--------------------------------------
Baca lanjut:
Heatley, M. and Howard, M. J. (2010) Events that changed the world. Igloo Books Ltd, UK.
No comments:
Post a Comment