Thursday 26 June 2008

Dr Mahathir Speaks About Malaysia

Saya berkesempatan melayari Youtube sebentar tadi, terjumpa 2 klip video tentang ucapan Tun mengenai Malaysia. Saya kira kupasan Tun tentang sejarah negara kita amat sesuai dan penting untuk difahami serta dihayati oleh kita generasi muda hari ini. Tiada unsur politik! bersama kita hayati. Wassalam

Part 1
http://www.youtube.com/watch?v=pe5yFh1bseQ

Part2
http://www.youtube.com/watch?v=JdMSd2u5dgE

Monday 23 June 2008

Akibat Menggunakan Logik Akal

Bertemu kembali,

Semalam (Isnin), saya dan isteri berkesempatan mengunjungi sahabat yang tinggal berhampiran Brookes University. Sambil bertanyakan khabar, macam-macam benda yang kami borakkan. Namun yang paling menarik apabila kawan ini menceritakan kisah tentang orang Islam yang menjual daging 'halal'.

Al-kisahnya, si anu tu jual daging binatang yang halal dimakan (Ayam, Lembu, Kambing) dan yang haram (Pork) dalam kedai dia. Ditambah pula cerita yang daging binantang halal tu pulak tidak disembelih (jatuh hukum haram), tetapi dalam masa yang sama ia bukan benda haram untuk dimakan (macam Pork).

Menggunakan logik akal dia sahaja, si anu tu menyatakan dia menjual DAGING MAKRUH! Logik yang diguna, ia (daging) dari haiwan yang xharam dimakan, dan bukan pula ia seharam Prok, so, dia ambik je jalan tengah antara halal-haram = Makruh! Hahaha...

Macam-macam, daging makruh.... Jangan guna logik akal dalam hal2 agama kalau kita ni jahil. Fikir-fikirkanlah semua.

Wassalam


Thursday 19 June 2008

1st Meeting With John

Hari ini (19 June 2008) menjadi hari yang sangat penting buat Dr Sepet kerana buat pertama kalinya berpeluang (selepas 3 bulan di sini) bertemu dengan Director of Studies @ penyelia utama tesis Dr Sepet, Prof. Emeritus John Glasson (lihat foto - agak dah berapa umur dia?). Turut sama dalam perjumpaan ini adalah penyelia ke2 iaitu Dr. Jake M. Piper (lihat foto - wanita).




Bukan apa, terasa lama membuat kerja tanpa perbincangan yang boleh membawa satu kata putus. So, hari ini saya telah persiapkan diri fizikal dan mental serta material yang diperlukan. John adalah seorang yang very pleasant personality, peramah dan sangat luas pengalaman. Hasil persembahan powerpoint selama 1/2 jam tentang research proposal, banyak perkara telah diputuskan dan saya amat berpuas hati, bersyukur dan beruntung kerana mendapat 2 orang penyelia tesis yang amat berdedikasi - yang akan mencari pelajarnya jika agak lama 'menyepi' haha.

Mudah-mudahan perjumpaan yang akan datang terus menjanjikan respon yang positif. Bukan mengharapkan pujian atau kata-kata manis, tapi Dr Sepet dapat rasakan banyak kerja/bacaan dan kajian kritikal bakal menyusul selepas ini. Apapun, ia berbaloi! amat berbaloi!

Doa Dr Sepet adalah supaya orang rumah Dr Sepet akan turut dipermudahkan Allah s.w.t dalam menempuh cabaran menuntut ilmu di sini. Bersamalah kita menempuh cabaran ini dengan tekad yang kuat dan penuh istiqamah dan rendah diri, moga bantuan Allah mengiri perjalanan kita ini. Hingga bertemu lagi di lain masa.

Wassalam.

Tuesday 10 June 2008

The Incredible HULK

Watch out! He's coming..

Kisah kelakar tentang politik_tanah air

Oleh: jinbukitridan

Cheritera Luncai Dengan Labu-Labunya

Baru-baru ini kecoh kampung Alam Buana bila Pak Malau,bekas ketua kampung merangkap bekas pengerusi Parti Luncai mengumumkan keluar dari Parti Luncai kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan Pak Kaduk,ketua kampung yang baru yang dipilihnya sendiri.Pergilah Pak Malau bersama Mak Malau ke ceruk hutan di pinggir kampung membawa diri.

Beliau mengatakan Pak Kaduk seorang pemimpin yang lemah dan penidur orangnya. Pak Kaduk juga dikatakan tidak mengenang budinya yang melantik Pak Kaduk sebagai ketua kampung Alam Buana.Pak Kaduk sudah tidak mahu mendengar nasihat dan cadangan beliau dalam menguruskan Parti Luncai yang sangat disayanginya.Baru-baru ini apabila tanah sekangkang kera di hujung kampungnya dirampas Kampung Temasik, Pak Kaduk hanya terkebil-kebil melihatnya dan tidak mampu berbuat apa-apanya.Pak Kaduk pengecut katanya.

Sebenarnya bukan Pak Kaduk tidak tahu hasrat bekas bosnya itu tapi sengaja memekakkan telinga kerana dia ada strateginya sendiri.Dia ingin menaikkan kroninya ke dalam Ahli Majlis Parti Luncai.Diapun takut kalau-kalau Lebai Malang cuba melawannya dalam Pemilihan Agung nanti.Mat Jenin,anak kesayangannya yang baru habis mengaji di negeri Job Bus juga bercita-cita tinggi.Masih terngiang-ngiang ditelinganya Mat Jenin merayu-rayu padanya untuk menjadi Ketua Belia Alam Buana dan dia telahpun bersetuju cuma menunggu masa yang sesuai.Baginya Mat Jenin Penting kerana helahnya bernas dan berwawasan.

Pak Malau lebih suka Lebai Malang yang menjadi ketua kampung kerana sudah kenal benar dengannya.Lagipun dia dengan ayah Lebai Malang kedua-duanya bekas ketua kampung dan Lebai Malang sudah menjadi pengikut setianya puluhan tahun.Dia kenal benar hati budi Lebai Malang yang mudah diperkudakannya.Diapun tahu dalam diam Lebai Malang sudah tidak sabar-sabar untuk menjadi ketua kampung merangkap Pengerusi Parti Luncai.Maka dalam diam-diam dia dan Lebai Malang mengatur strategi. Juak-juak mereka disuruh bersiap sedia kerana fikirnya Pak Kaduk dan Mat Jenin akan jatuh tersungkur bila-bila masa dan Lebai Malanglah penggantinya.

Apa yang memeningkan kepala Pak Malau ialah bila Pak Pandir, seoarang anak muda dan bekas ahli Parti Mata mula kacau daun.Pak Pandir mungumumkan menyertai Parti Luncai sebaik sahaja dia keluar dari parti itu.Pak Malau tahu Pak Pandir ada strategi sulit untuk mendapatkan kuasa.Baginya Pak Pandir bukanlah se'pandir' namanya dan dia sendiri pernah hampir kehilangan kuasa angkara Pak Pandir dan juak-juaknya dulu.Lagipun dia takut kalau-kalau Pak Kaduk menggunakan isu kemasukan Pak Pandir ini sebagai peristawa besar-besaran hingga menenggelamkan kisah dia keluar daripada Parti Luncai.Kalau itu berlaku rosaklah strategi yang diaturnya bersama Lebai Malang. Lebai Malang yang memburu kuasa makin tercabar dengan kehadiran Pak Pandir.

Jenuhlah dia memikir sempatkah dia manjadi ketua kampung yang diidam-idamkannya.Jauh di sudut hatinya ingin saja dia menyuruh Pak kaduk meletakkan jawatan dengan alasan Parti Luncai sudah mula kehilangan kuasa semenjak dipimpinnya,tapi Lebai Malang takut menyuarakan secara terang -terangan kerana segala rahsia silamnyanya di dalam tangan Pak Kaduk.Kalau rahsia ini dipecahkan oleh Pak Kaduk jangankan hendak berkuasa silap-silap gaya dia akan dihalau dari kampung.Mahu tidak mahu terpaksalah dia berpura-pura menyokong bosnya itu sambil Pak Malau dan saki-baki juak-juaknya dalam Parti Luncai mengatur strategi.

Tidak sampai tiga purnama selepas Pak Malau keluar parti maka berlakulah satu peristiwa yang sangat menjerut hati Pak Malau dan Lebai Malang.Bukan mereka berdua saja yang terkejut malah Pak Kaduk dan Mat jenin juga hampir pengsan mendengar khabar beritanya.

'41 orang AJK Parti Luncai keluar parti beramai-ramai' kerana hilang kepercayaan kepada pimpinan parti kata mereka.Gamat seluruh Alam Buana jadinya.Penduduk kampung bersorak gembira kerana Parti Luncai sudah hilang kuasanya.Penduduk kampung yang memang sudah tidak tahan dengan penindasan Parti Luncai berkenduri 40 hari 40 malam apabila Parti Tok Janggut yang mereka tahu lebih adil dan amanah mengambil alih kuasa.Memang itulah yang mereka harap-harapkan selama ini tapi oleh kerana kebijakan Parti Luncai menipu semasa pilihanraya kampung kemenangan Parti Tok Janggut di nafikan dengan berbagai cara.

Pak Kaduk dan Pak Malau sesal tak terkira.Harapan mereka untuk terus berkuasa dan mungumpul harta tergendala. Mungkin inilah balasan ke atas mereka kerana menipu penduduk kampung selama ini. Akhirnya berkuburlah Parti Luncai dengan labu-labunya...biarkan!

p/s: cerita ini hanya imaginasi....by Jemohid kecil.

Orang Iran: Rekod Professor Termuda Dunia

Oleh: Tutuhjang (posted on 3 Mei 2008)

SEORANG gadis berumur 19 tahun, Alia Sabur memecah rekod dunia apabila menjadi profesor universiti paling muda di dunia. Alia dilahirkan pada 22 Februari 1989 di New York City, Amerika Syarikat (AS) dan kebijaksanaannya mula terserlah apabila dia memasuki Universiti State New York di Stony Brook pada usia 10 tahun. Dia kemudiannya diterima masuk sekolah siswazah ketika berumur 14 tahun apabila tamat pengajian dengan memperoleh kepujian tertinggi di universiti itu. Kebolehan gadis berketurunan Iran itu bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dia juga cemerlang dalam seni mempertahankan diri, taekwondo dan muzik.

Alia mendapat tali pinggang hitam taekwondo ketika berumur sembilan tahun dan pada usia 11 tahun dia juga pernah bermain alat muzik klarinet dalam satu konsert. Selepas tamat pengajian di Universiti State New York, Alia melanjutkan pelajaran di Universiti Drexel di mana dia dianugerahkan ijazah sarjana pada 2006. Gadis itu kini merupakan calon untuk ijazah doktor falsafah, (Ph.D) dalam bidang Kejuruteraan dan Sains Bahan.

Dia yang mula membaca buku fizik ketika berumur 10 tahun juga sedang menjalankan kajian untuk mencari kaedah merawat penyakit kanser dan Alzheimer. Pada tahun 2007, Alia menjadi pensyarah sambilan di Universiti Southern di New Orleans selepas negeri itu dilanda Taufan Katrina. Bagaimanapun, pada 19 Februari 2008, Guinness Book of World Records menamakan Alia sebagai profesor paling muda di dunia.

Rekod itu sebelum ini dipegang oleh Colin Maclaurin sejak 1717 apabila dia dilantik sebagai profesor matematik ketika berumur 19 tahun dan tujuh bulan. Alia dilantik sebagai profesor di Jabatan Penggabungan Teknologi Lanjutan di Universiti Konkuk di Seoul, Korea Selatan.

Alia memberitahu bahawa ibu bapa dan Tuhan adalah faktor kejayaannya selama ini. Alia berkata, ibunya yang merupakan bekas jurutera dan bapanya yang merupakan seorang wartawan penyiaran memberi galakkan berhubung apa yang ingin dilakukannya. “Kami percaya apa yang kami peroleh selama ini adalah anugerah daripada Tuhan?”, katanya. “Saya hanya mahu mengetahui bagaimana sesuatu benda itu berfungsi dan apakah sains sebenarnya”, katanya.

Ditanya apakan kelemahannya, gadis pintar itu mengakui bahawa dia tidak pandai bermain permainan bola keranjang. “Saya suka mengajar kerana ia sesuatu yang boleh saya melakukan perubahan dan saya berpendapat saya boleh membantu orang ramai”, katanya.

Alia yang akan mula bertugas di Seoul pada bulan ini memberitahu bahawa dia bakal mencatatkan satu lagi kemahiran yang dimilikinya iaitu fasih berbahasa Korea. “Saya juga bersyukur kepada Tuhan kerana saya juga boleh berkomunikasi dalam bahasa matematik dan muzik”, katanya. - Agensi

Sunday 1 June 2008

Tahniah Buat Semua Pelajar 3DDN

ASSALAMUALAIKUM,

Uuuuhhhh, agak lama Dr Sepet tidak menulis di blog ini, mungkin terlalu sibuk (buat benda lain). Tapi akan ada beberapa paparan kisah baru yang mungkin menarik untuk dibaca selepas ini. Apa dia? kenalah tunggu dulu.

Hari ni ada lagi kisah gempa bumi, banyak sungguh di benua Asia akhir-akhir ini. Dengan masalah China yang belum kebah dengan masalah selepas gempa, begitu juga dengan penderitaan mangsa Nargis di Burma, kini di Filipina pula.... Sama-samalah kita doa agar negara kita terhindar dari sebarang bencana dan kemelaratan hidup.

Apapun, di sini Dr Sepet ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada semua para pelajar 3DDN (batch pertama Diploma PBW di UTMKL) yang bakal bergelar graduan Ogos nanti (ye ke?). Mana-mana yang berjaya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di Skudai, sekali lagi tahniah, kepada yang rasa dah 'penat' belajar dan nak bekerja pula, diucapkan semoga berjaya di alam pekerjaan dan praktikkan ilmu yang dipelajari dan yang paling penting, elakkan RASUAH kerana setiap hasil yang haram akan menjadi makanan api neraka (sebagai renungan bersama).

Biar orang kata ada wang cukup-cukup makan, tetapi berkat, dan benda yang berkat itu gunakanlah untuk membantu ibubapa dan adik-adik. Insyallah Allah akan bantu kita yang sentiasa bersyukur dengan ujian dan rahmat yang diberi.

Kat UK ni, patut cuaca jadi agak panas, maklumlah dah nak masuk Summer, tapi 1-2 minggu ni asyik hujan saja, boleh kira berapa hari yang panas. Agak kurang selesa bagi Dr Sepet, sebab dahlah mata sepet, sejuk pula, memang rasa nak tidur saja..huhu.

Apapun tahniah sekali lagi dan kenanglah jasa orang-orang yang menyumbang kepada kejayaan anda itu. Allah bantu kita semua.

Wassalam.