Dia yang mula membaca buku fizik ketika berumur 10 tahun juga sedang menjalankan kajian untuk mencari kaedah merawat penyakit kanser dan Alzheimer. Pada tahun 2007, Alia menjadi pensyarah sambilan di Universiti Southern di New Orleans selepas negeri itu dilanda Taufan Katrina. Bagaimanapun, pada 19 Februari 2008, Guinness Book of World Records menamakan Alia sebagai profesor paling muda di dunia.
Alia memberitahu bahawa ibu bapa dan Tuhan adalah faktor kejayaannya selama ini. Alia berkata, ibunya yang merupakan bekas jurutera dan bapanya yang merupakan seorang wartawan penyiaran memberi galakkan berhubung apa yang ingin dilakukannya. “Kami percaya apa yang kami peroleh selama ini adalah anugerah daripada Tuhan?”, katanya. “Saya hanya mahu mengetahui bagaimana sesuatu benda itu berfungsi dan apakah sains sebenarnya”, katanya.
Ditanya apakan kelemahannya, gadis pintar itu mengakui bahawa dia tidak pandai bermain permainan bola keranjang. “Saya suka mengajar kerana ia sesuatu yang boleh saya melakukan perubahan dan saya berpendapat saya boleh membantu orang ramai”, katanya.
Alia yang akan mula bertugas di Seoul pada bulan ini memberitahu bahawa dia bakal mencatatkan satu lagi kemahiran yang dimilikinya iaitu fasih berbahasa Korea. “Saya juga bersyukur kepada Tuhan kerana saya juga boleh berkomunikasi dalam bahasa matematik dan muzik”, katanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment