Thursday, 17 December 2009

Bung + Zizie = Sehati Berdansa 2010?

Dua-tiga hari ini media agak kecoh dengan laporan mengenai kisah cinta sensasi pelakon Zizie dengan seorang ahli parlimen BN dari Sabah.

Biarpun pada awalnya laporan akhbar tidak menuding secara terang kepada individu atau MP yang tertentu, laporan beberapa tabloid kemudiannya telah menyebut nama Bung Mokhtar, MP BN dari Kinabatangan secara langsung dikaitkan dengan kisah cinta tersebut.

Pelbagai andaian dan penyiasatan telah dibuat bagi mendapatkan gambaran sebenar, sehingga ada yang menurut Ibu Zizie pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa untuk mengesahkan sendiri ada atau tiada majlis resepsi sebagaimana tersebar luas di internet dan melalui sms.

Manakala, usaha wartawan untuk mendapatkan komen dan penerangan daripada kedua-dua 'mempelai' masih menemui jalan buntu berikutan kedua-duanya memberikan alasan tertentu untuk 'cover line'.

Begitupun, bangkai gajah manakan boleh disorok-sorok, kelak yang busuk itu akan terhidu juga.

Wartawan yang masih belum berpuas hati kemudian menanyakan perkara ini kepada beberapa 'buddy' atau kenalan rapat 'Bang Bung' di perlimen seperti D. Muhammad Aziz (Seri Gading), etc.

Biarpun rata-rata mereka menganggap perkara (nikah-kahwin) ini adalah hal peribadi Bang Bung, Muhammad Aziz mengucapkan tahniah buat Bung di atas 'benda baik' ini dan juga menasihati kedua-dua mereka tidak cuba menyorokkan perkara ini kepada rakyat 1Malaysia.

Janganlah perkara ini terus disorok dan janganlah mengejutkan rakyat apabila menyaksikan Bang Bung dan Zizie berjoget dan bergoyang mengikut rentak irama di atas pentas.......Sehati Berdansa 2010!

Sekian.

5 comments:

armouris said...

tahniah Bung Mokhtar ada isteri no 2!! info tentang seks suami isteri kat sini - Isteri Pura-pura Orgasma

A said...

bung tu reti berdansa ke?

Dr. Sepet said...

Haha...ramai je artis yang tak pandai menyanyi dan menari buat-buat pandai nyanyi dan menari....

Faizal said...

hahhaha...
Boleh ke 'menari'????

umizue said...

ala.. walaupun xpandai menari, tapi, ade y boleh ajar.. smua tu x mustahil dlm dunia ni..=)