"Bang, nak cuba tak makan dekat restoran Halal Thai sempena ulang tahun perkahwinan kita?"
"Sori lah yang, abang dah pernah makan tengahari kat situ. Owner dan pekerja dia memang bangsat habis. Main suka hati je marah pelanggan".
"Okey. Macam mana pulak Iqbal? Ala, restoran IndiaMuslim yang seberang dengan tempat tu?"
"Uhhh...makanan dia rasa macam cardboard. Terasa macam penghinaan pulak kat cardboard tu".
"Ugghh baiklah! Ha, macam mana pulak dengan kedai Burger Husain?"
"Abang baru je call, katanya tikus-tikus baru aje take over dapur si Husain. Abang dengar suara orang menjerit kat dalam phone tadi".
Itu adalah sebahagian kisah yang topikal mengenai restoran Muslim. Anda berhajat membawa orang tersayang merasa hidangan yang enak dan halal di luar? Tough beans. Setiap restoran Muslim sucks (teruk) kerana satu sebab: tiada satu di kalangan pengusaha restoran ini memiliki faktor "Triforce of Awesomeness" (Kehebatan 3-rangkai).
Restaurant Triforce of Awesomeness
Sumber rajah: HamzahMoin
Ya! Tiga rangkai yang saya maksudkan adalah: (1) Makanan yang bagus (2) Khidmat pelanggan yang bagus, dan (3) Suasana menikmati makanan yang bagus.
Namun, hampir mustahil untuk saya temui tempat makan yang memenuhi ketiga-tiga faktor seperti dinyatakan. Kalau nasib baik, dapatlah bertemu dengan restoran yang memenuhi 2 faktor dan satu faktor lagi yang tercicir itu perlulah kita "pejam sebelah mata".
Pun begitu, kalau tercicir salah satu elemen tersebut, anda mungkin akan merasai pengalaman:
1) Bad Food
Makanan yang sedap merupakan tulang belakang kepada perniagaan berkaitan makanan. Ia tidak penting sebaik manapun tuan kedai atau secantik manapun restoran itu dihias, jika makanan yang disediakan adalah sungguh sucks, maka restoran itu tiada harapan untuk berdaya maju dan survive.
Kecualilah ada orang yang menggemari pengalaman muntah atau ingin merasa keracunan makanan supaya mereka boleh mendapat cuti dari datang ke pejabat atau ponteng kuliah. Kalau ada pelanggan sebegini, maka bertepatanlah dengan kualiti makanan yaang disajikan. LOL#
2) Bad Ambiance
Saya pernah berkunjung ke sebuah restoran Muslim yang sangatlah teruk keadaan di dalamnya sehingga membuatkan tandas di stesen minyak kelihatan seperti sebuah hotel 5 bintang. Adalah amat menghairan dan menakjubkan apabila berfikir bagaimana tempat seteruk itu boleh mengelak daripada pemeriksaan kesihatan (atau pemeriksa kesihatan sebenarnya telah diculik semasa lawatan?)
Tentunya, makanan yang disajikan barangkali OK dan tuan kedai juga baik orangnya. Tetapi, tempat sebegini bukanlah yang selamat untuk anda kunjungi, tambahan pula jika mahu impress bos anda mahupun ibu mertua anda! Yeah...maksud saya, cuma satu cara yang boleh anda ambil iaitu tutup sajalah mata anda dan membayangkan shwarma itu lazat supaya anda dapat ignore sahaja lipas-lipas yang merayap di dinding atau pekerja yang comot keluar dari dapur untuk bertanya mengenai makanannya kepada anda.
Sesungguhnya dengan sedikit usaha penambahbaikan oleh tuan punya restoran, suasana makan (ambiance) dapat ditingkatkan di tempat tersebut. Suasana menikmati makanan yang terbaik bukan sahaja mengeratkan hubungan anda dan isteri, bahkan menjadikan makanan yang OK terasa "lebih OK".
3) Bad Customer Service
Ah, ianya sudah menjadi satu trademark yang memalukan buat kebanyakan orang yang pernah makan di restoran Muslim. Ya, restoran anda mungkin menyajikan makanan yang bagus. Ya, restoran anda mungkin menawarkan suasana makan yang bagus. Tetapi sekiranya anda memiliki personaliti yang teruk, maka anda tidak sepatutnya menjalankan perniagaan restoran.
Faktor sebagai seorang Muslim sepatutnya menjadikan restoran anda menang anugerah "paling mesra pelanggan", tetapi sayang, sebaliknya berdasarkan pengalaman saya, restoran Muslim sering diberikan "Anugerah Nasihat Perjalanan" seperti "Pengurus hampir pasti akan membuatkan anda menangis", atau "Anugerah Kesabaran" seperti: "Biarkan saya menunggu 1 jam 30 minit untuk pencuci mulut".
Saya pernah berkunjung ke tempat-tempat di mana setelah saya memesan makanan, pengurus restoran akan menjerit pada saya dengan alasan yang saya tidak membuat pesanan yang betul (salah sebutan etc). Sejujurnya, saya merasa terkilan kerana saya telah melakukan kesilapan dan seharusnya dapat menikmati makanan saya secara aman dan tanpa rasa bersalah. Saya melihat-lihat sekitar restoran itu kerana takut Polis akan dipanggil disebabkan pengurus kedai itu menjerit pada saya seolah-olah saya telah membunuh seseorang!
Saya minta maaf kerana meminta sos selepas saya pesan makanan. Saya minta maaf keranan meminta air suam daripada memesan air mineral berharga $4.00 sebotol itu. Anda juga pasti yang saya memesan roti putih berbanding apa yang saya sendiri pasti memesan roti berbijirin, memandangkan satu restoran dapat mendengar jeritan kuat anda itu.
Sebenarnya banyak faktor menjadikan khidmat pelanggan sangat tidak mesra.
- Pelayan menyelinap di belakang anda dengan renungan mata yang tajam sewaktu sedang membayar bil? Awkward.
- Pengurus restoran mencelah ketika anda sedang makan di ruang peribadi dan bertanya mengenai status bujang adik anda? Really awkward.
- Pengurus restoran mencelah ketika anda sedang makan di ruang peribadi dan bertanya mengenai status isteri anda? Extremely awkward.
Bad Food, Bad Ambiance, Bad Customer Service
"TRIFORCE OF SUCKINESS"
Secara jujurnya, amatlah jarang bagi mana-mana restoran untuk "sucks at everything". Namun, jika anda tahu adanya restoran yang memenuhi ketiga-tiga faktor "Triforce of Suckiness" ini, kemungkinan besar, ianya sedang disita atau ditutup oleh pihak berkuasa sebaik anda selesai membaca artikel ini.
Sumber asal artikel: SINI
No comments:
Post a Comment