Wednesday, 3 October 2012

Projek Pemulihan Sungai, Pasig River Manila (foto)

Disumberkan daripada: Blogserius

Mengkagumkan

Kami yakin anda pernah melihat keadaan sungai di kota Manila yang terkenal dengan lambakan sampah yang menjijikkan. Ini adalah kerana kehadiran rumah setinggan di tebing-tebing sungai. Sampah yang dibuang dari rumah setinggan ini mengakibatkan Sungai Pasig menjadi antara sungai paling tercemar di dunia. Sekitar 1990-an, kualiti air sungai ini sangat teruk sehingga Jabatan Alam Sekitar Filipina mengisytiharkan ia tidak lagi mampu menampung kehidupan biologikal. 

Sungguhpun begitu, penduduk setinggan di atas Sungai Pasig masih mandi-manda dan meminum air dari sungai yang maha tercemar ini. Pada tahun 1999 projek pemulihan Sungai Pasig dimulakan. Projek bernilai USD200 juta (RM 600 Juta) yang akan dijalankan berperingkat-peringkat dalam tempoh 15 tahun. Sepanjang tempoh itu, seramai 750 000 orang penduduk setinggan dipindahkan ke penempatan baru yang dibina kerajaan. Sungai Pasig dibersihkan dan didalamkan bagi memudahkannya mengalir. Selain itu oksigen juga dipam ke dalam air bagi membenarkan ia menampung kehidupan biologikal. Hasilnya ialah Sungai Pasig kini kelihatan cantik dan bersih.

Adakah anda rasa Sungai Klang juga mampu dikembalikan kepada rupa asalnya yang bersih? Harapnya boleh kerana Malaysia Boleh!






Laporan asal Yahoo

No comments: