Sumber dipetik: Blogserius
Ducati World!
Difahamkan pada 18-23 Oktober ini pihak Ducati akan mengadakan acara Asia Ducati Week di Litar Antarabangsa Sepang. Sepanjang acara ini pemilik Ducati dari seluruh Asia akan bertemu untuk sesi silaturrahm dan menghadiri bengkel menunggang dengan betul oleh tenaga pengajar dari Ducati. Mereka juga berpeluang bertemu penunggang MotoGP Ducati .
Kami di Blogserius masih baru nak get into this whole exotic bike thing. Kami difahamkan antara model Ducati yang paling eksotik ialah Ducati Diavel AMG, sebuah motosikal yang ditune oleh AMG sendiri dan hanya boleh didapati dalam edisi terhad. Motosikal berkuasa 1198 cc 165 kuasa kuda ini sudah mula dijual di Malaysia sejak Ferbuari lalu. Dari lima buah unit yang dibawa masuk 3 daripadanya sudahpun terjual. Ini mengagumkan kerana harga sebuah Ducati Diavel AMG ialah RM 193,999.
Apakah kesitimewaan motosikal ini? Sebelum ini Ducati dimiliki Mercedes Benz tetapi kini ianya dimilik oleh AUDI. Sungguhpun begitu, motosikal ini masih dijual dengan penjenamaan AMG, sebuah syarikat tuner yang hanya melakukan modifikasi untuk kenderaan Mercedes. This is the last time AMG will cooperate with Ducati dan ini membuatkannya eksotik! Apa lagi silalah beli sebuah.
Laporan asal CycleWorld
No comments:
Post a Comment