Friday, 5 October 2012

Bangunan Berbentuk "Seluar" di China (foto)


Seluar Panjang

Setelah tersarung ke dalam kasut (dibina di atas tapak), kini bangunan berbentuk seluar mula mendapat perhatian pelbagai pihak. Dibina dengan kos sekitar $700 juta oleh arkitek British, RMJM, bangunan yang dikenali sebagai Gate to the East (atau Gate of the Orient, 东方之门), kini hampir siap dibina di bandar Suzhou.

Rekabentuk ini dipilih daripada lebih 10 cadangan lain yang dikemukakan firma-firma arkitek terkenal antarabangsa. Bagi pihak berkuasa China, rekaan RMJM tentang Gate to the East ini menampilkan garisan geometri mudah yang melambangkan susuk sebuah pasu tradisional China (Chinese traditional vase), selain berbentuk pintu gerbang bandar.

Bagi firma UK itu juga, mereka ternyata lega dengan kejayaan rekabentuk mereka dan menyifatkan pencakar langit itu sebagai “a dramatic iconic gateway to the city of Suzhou”. Pun begitu, para netizens ternyata tidak begitu gembira. Mereka lebih selesa menggelarkan bangunan tersebut dengan nama “Pants of the East”, bukannya Gate to the East.

Sekalipun dianggap sebagai bahan jenaka oleh sebahagian penduduk bandar tersebut, Gate to the East ini dijangka disiapkan menjelang akhir tahun ini seterusnya menjadi mercu tanda kepada Suzhou di samping memegang rekod dunia sebagai bangunan terbesar berbentuk gerbang (69 tingkat). Apabila beroperasi kelak, bangunan tinggi ini akan menempatkan unit-unit hotel mewah, ruang pejabat dan pusat membeli-belah.

Sumber asal: ChinaBuzz

No comments: