Monday, 8 October 2012

Hoverkraf Terbesar Di Dunia - Kelas Zubr (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Motha Russia!

Hoverkraf dari kelas Zubr (Bison) ialah hoverkraf terbesar dunia. Ianya dibina di Ukraine ketika negara itu masih lagi di dalam kesatuan Soviet semenjak 1988. Hoverkraf ini mempunyai panjang 57 meter dan 25.6 meter lebar. Ia mampu membawa 500 orang askar atau 3 kereta kebal utama dengan berat maksimum 156 tan. Untuk menggerakkan kapal gergasi ini, ia dilengkapi 5 buah enjin yang setiap satunya mempunyai 11,836 kuasa kuda! Kapal ini mampu bergerak pada kelajuan 55 knot dengan jarak operasi 300 batu nautika

Setakat ini 9 buah Zubr sudah dibina dan digunakan oleh tentera laut Ukraine, Russia, Greece dan China. Keistimewaan Zubr ialah kokpit utama dan kargonya kedap udara dan ini membuatkanya selamat apabila diserang menggunakan gas saraf. Tidak seperti kebanyakkan kenderaan era Soviet, Zubr dilengkapi sistem penghawa dingin dan pemanas untuk keselesaan penumpangnya. Bad ass! Now please kalau buat the next Red Alert game please let this be one of the Russian unit.



Gambar The Brigade
Informasi Wikipedia

No comments: