Thursday 3 February 2011

Krisis Mesir: menanti campurtangan Amerika/Israel (Updated)

Fasa awal krisis (atau protes, tension, revolusi, etc.) iaitu kebanjiran kumpulan penunjuk perasaan anti-Mubarak di jalan-jalan raya, melakukan kerosakkan harta benda dan kemudahan awam telah berlalu.



Fasa seterusnya pula mengambil tempat iaitu kemunculan kumpulan pro-Mubarak untuk 'berlawan' dengan kumpulan anti-Mubarak.


 Batu untuk main congkak

Lawan dengan batu. Bukan batu untuk lawan congkak tapi untuk 'kongkak' kepala sesiapa yang terkena. 





Krisis masih belum ada tanda akan reda. Tetapi tekanan dari luar mula diterima. Terbaharu, EU (Kesatuan Eropah) melalui Ketua Polisi Luarnya, Catherine Ashton tampil menggesa supaya Presiden Mubarak 'melakukan sesuatu dengan segera'.

Gesaan EU ini muncul selang tidak lama selepas sekutu rapat Mesir iaitu Amerika syarikat menghantar wakil Rumah Putih untuk 'berbincang' dengan Mubarak. Usaha Amerika dilihat menyertai gesaan sebuah lagi 'rakan strategik' Mesir iaitu Israel yang sebelum itu turut menggesa Mubarak bertindak menangani krisis berkenaan.

Sebagaimana dipetik, PM Israel, Netanyahu berkata:

"Israel is “anxiously following” the developments in Egypt — reflecting Israel’s concern that Egyptian President Hosni Mubarak’s days in power could be limited. Mubarak has been a key ally for Israel, strictly honoring the peace treaty during his 30 years in power and frequently acting as a bridge between Israel and the Palestinians to the broader Arab world".

Sampuk Presiden Israel pula:

“we always have had and still have a great respect” for Mubarak. “I don’t say everything that he did was right, but he did one thing for which all of us are thankful to him: He kept the peace in the Middle East".

Memang perlu untuk Israel merasa gusar dan tergugat dengan krisis yang sedang melanda 'jirannya' Mesir ini. Andai penggulingan Mubarak menjadi kenyataan, besar kemungkinan dasar luar Mesir berkaitan Israel dan Palestin juga boleh berubah, dan ini amat-amat membahayakan kepentingan Israel dan bakal membakul sampahkan segala perancangan dan tindakan jahat mereka di Tebing Barat selama ini.

Begitupun, krisis yang berpanjangan sehingga melumpuhkan keupayaan kerajaan Mesir mengawal dan mentadbir negara, juga mampu membuka ruang dan peluang kepada campurtangan anasir luar, dan dalam situasi ini, oleh Amerika dan Israel.

Rakyat Mesir barangkali terlalu sibuk bertempur dan membunuh sesama bangsa dan sesama agama. 

Pemimpin mereka yang korup pula barangkali sedang sibuk memunggah keluar aset dan hasil rompakan sebagai persediaan hidup senang andai perlu hidup dalam buangan kelak.

Saya percaya, sekalipun tidak nampak secara langsung wujudnya campurtangan Amerika dan Israel terhadap krisis ini, pastinya perancangan senyap mereka sedang berjalan. 

Hanya masa sahaja yang akan mendedahkan bukti-bukti perancangan dan tindakan mereka itu!

Sumber berita dan foto dipetik dari SINI

UPDATED: It seems that I've talked too soon. Akhbar hari ini melaporkan kerajaan Amerika (Israel) sedang 'berbincang' dengan pihak Mesir mengenai pelan perletakan jawatan Mubarak (Sumber).

No comments: