Wednesday 4 February 2009

Mawaddah_040209

Aku seperti tak percaya, akhirnya aku menjadi ayah!
Bukan ape, lazimnya aku melawat anak orang lain di hospital
Main-main dengan anak rakan yang datang bertandang
Aku dah jadi ayah?

Allah saja yang tahu bila pertama aku tengok dia ni muncul di depan mata aku
Aku menangis gembira kerana ummat Muhammad SAW bertambah 1 lagi
Kesihan isteri yang bertarung dengan kesakitan fizikal dan mental
Aku hanya pegang tangan, suruh dia teran dan selawat

Ini rezeki kami, generasi kami yang akan datang
Ini pembakar semangat kami
Semangat untuk menjadi ibu dan bapa
Semangat untuk terus tekun belajar
Semangat untuk tekun mendidik anak-anak
Dan yang paling penting...
Dia ini mengajar aku supaya cinta kepada Ibu dan Ayah (aku dan isteri) di atas segala keperitan dan pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada kami
Lepas aku sendiri perhati saat betapa sukarnya ibu hendak melahirkan
Memang wajarlah kalau seseorang anak yang derhaka tu, tuhan hukum dia masuk neraka.

Mawaddah nama kami beri
Lambang cinta dan kasih sayang
Kasih kepada Allah
Kasih kepada Rasul (SAW)

Cucu pertama Mok&Ayoh dan Mak&Ayah
Cicit pertama Mok Som
Anak saudara pertama Khairul Efendy, Mardiah Noor, Khairul Anuar, Mohd Azmi, NurAin, Muhd Ridhuan, Mohd Hafizi, Mohd Faiz Luqman
Anak saudara pertama Muhammad Izad, Siti Nurhana, Siti Aisyah, Siti Fatimah Maisarah, Siti Hamima Soraya.

6 comments:

FIkaKamal said...

Tahniah to both of u!! Baby is so adorable :) Hope Ibu and Baby are all well. Take care..

SaifulAzri said...

tahniah!!

umizue said...

TAHNIAH en hisyam dan mam huda....
akhirnya.. telah menjadi seorang ibu dan bapa.. "anak y lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang wajib mencorakkannya"..

Akmal Ahmad said...

from bdk2 UTM ( EX-UTMKL)..
tahniah ..
kami mengucapkan semoga madam huda n en hisham terus ditambah keberkatan dan tambah rezeki...

Matahari said...

Tahniah.... Semoga hadirnya permata hati yang comel ini... membawa seribu keberkatan dan bertambahlah rezeki Miss Huda n En. Sham... Gud Luck =) - STUDENT QS UTMKL

faradiva said...

Salam Hisham & Uda,

Mawaddah is soo cute and adorable. Cute sangatlah. Congratulations to you both. InsyaAllah, if ada kesempatan masa, Auntie Fara & Uncle Mosan akan datang melawat.