Sejak kebelakangan ini, kemunculan Ustaz Azhar Idrus (UAI) di mana-mana majlis ilmu (kuliah mahupun ceramah agama), dilihat mencetus suatu fenomena di dalam masyarakat, terutama di kalangan anak-anak muda.
Adalah tidak melampau untuk saya katakan bahawa UAI, melalui siri-siri ceramah dan kuliah beliau, sama ada yang didengar langsung di surau dan di padang terbuka, mahupun yang ditonton melalui YouTube, telah menyentuh jiwa pelbagai kelompok insan di dalam masyarakat.
Bahkan, "tidak masuk bakul angkat sendiri" juga untuk saya sifatkan yang UAI kini telah dianggap salah seorang ikon kepada generasi anak muda di Malaysia.
Mana tidaknya, selain "gelekek JKKK" di kebanyakan siri kuliahnya, seringkali di akhir kuliah, akan ada saja soalan-soalan yang dikemukakan oleh mat-mat rempit, budak-budak Punk, yang turut serta hadir mendengar dan menghayati ceramahnya.
Untuk terus mendekati masyarakat, terutama generasi muda, beliau juga, andai tidak bergerak sendirian, turut selesa berkolaborasi dengan ramai penceramah lain termasuklah bekas-bekas artis di pentas atau program ilmu.
Foto-foto dipetik dari: Facebook JKKK fan club yang dirakamkan pada Konsert & Tazkirah di Gong Badak, Kuala Terengganu semalam. Program ini dibarisi UAI, Sham Kamikaze dan Iwan (bekas penyanyi dangdut).
Tepis Stereotaip
Selain aktif di pentas ceramah dan kuliah, UAI juga masih meneruskan minat/hobi beliau sebagai seorang jurufoto.
(Sampuk: kata seorang sahabat saya yang juga jurufoto profesional, kamera UAI itu senang-senang sahaja berharga RM15k++)
Saya merasakan UAI ingin menyampaikan mesej kepada para peminatnya bahawa stereotaip yang melabelkan seseorang ustaz lazimnya hanya duduk di surau dan masjid adalah tidak benar, malahan ramai orang agama juga memiliki minat dan hobi sepertimana orang lain.
Sumber: pada foto
Cakap 'Kasor'
Selalu juga saya baca komen-komen para peminat UAI di blog-blog dan forum bicara siber. Selalunya ada dua bentuk keluhan; (1) sukar faham cakap orang Tranung, apabila ia dicakap laju, dan (2) ada cakap dan tegurannya yang kasar didengar terutama oleh anak-anak kecil (seperti 'setan', 'bodo', 'bangang', 'beruk', 'mapuh' dan sebagainya).
Saya hanya baca komen-komen ini di internet. Ada yang saya setuju dan ada sebahagiannya yang tidak.
Benar, slogan JKKK Fan Club yang berbunyi "Kata Biar Terasa", tetapi mendidik jiwa seseorang insan adalah suatu proses yang panjang, yang mana alangkah baiknya jika kata-kata yang keluar dari mulut seorang yang berilmu itu adalah kata-kata yang baik, supaya kemudiannya bolehlah ia didengar dan diteladani anak-anak kita.
Aroma Segar
Sebagai penutup, saya kira UAI telah muncul dan bergerak menyampaikan mesej dakwah di saat anak-anak muda kita hari ini sedang mencari-cari arahtuju untuk membawa diri mereka menempuh alam kedewasaan.
Zaman saya sendiri fenomena ini tidak begitu nyata. Maka, tidak hairanlah jika waktu itu saya juga berpandangan masa muda adalah masa untuk "buat silap" dan enjoy, kemudiannya barulah "mencari diri".
Tetapi hari ini keadaan mula berubah. Sedikit demi sedikit, anak-anak muda mula melihat fasa kedewasaan yang bakal dan sedang mereka lalui itu tidak seharusnya disia-siakan tanpa berusaha mencari "bekalan".
Sesungguhnya, masa muda inilah tenga mereka kuat, semangat sedang membuak dan "ada hati semua boleh jadi".
Dan Alhamdulillah, ramai anak muda mula mengintai pintu-pintu majlis ilmu, berdamping dengan orang berilmu, memanfaatkan ICT untuk mencari bahan-bahan ilmu yang bermanfaat.
Seperti foto-foto di atas, UAI telah membawa aroma segar yang membangkitkan minat dan menyentuh jiwa ramai insan untuk dekat dengan surau, masjid dan kegiatan-kegiatan berpaksikan Islam.
11 comments:
salam Dr..,
saya ssalah seorang peminat tegar beliau...memang terasa pedasnya bila tergigit cabai...
Ambe minat dgar ceramoh UAi, Kagum dgr ustaz yg berikan ruang untuk bersoal jwab.. Tq ustaz
Jom gi Kuliah !
Waalaikum salam Azmnor, Cik Etel & Asan Jamali,
Saya pun kalau bosan-bosan akan tengok apa celoteh UAI kat Youtube.
Moga mesej dakwah beliau dapat mendatangkan manfaat kepada masyarakat, terutamanya anak-anak muda Malaysia hari ini.
salam dr, sy fan UAI. mmg btul ustaz byk guna pkataan kasar mcm natang, bodo, beruk, bengong etc, tp semua pkataan kasar 2 bg sy, xsalah dgunakan kalau kena pd tempatnya. mcm ustaz ckp, org yg xsolat same mcm beruk, sbb beruk pn xsolat. mmg kasar, tp sy sgt stuju ustaz guna perumpamaan spt itu, sbb kadang2 kita kena guna cara kasar utk mbuka minda org yg berhati keras, mcm sy dulu. dgn ayat kasar mcm nilah baru hati sy terbuka utk mdekati islam, sbb ia mmg menusuk ke tulang sumsum. as a conclusion, i love UAI! :))
walaupun cara penyampaian bunyi macam kasar tapi hakikatnya dapat terus masuk dalam hati..semua tu secara spontan..sesiapa yang buat tak betul pasti akan dapat sedar dari segala kesilapan..ustaz azhar memang terbaik..sekali dengar kuliah beliau terasa macam terus ada minat nak hadir mana2 ceramah yang ada..terima kasih ustaz...
mmang terbaek ustaz azhar........
kata2 ustaz azhar memang menusuk kalbu..walaupun kasar setiap kata2nya itu memng terasa klu terkena dgn apa yg kta pernah buat..
sebenarnya bg org trengganu atau org pantai timur, teguran 'bodo', 'mapuh', dan sebagainya tu dah biasa dlm percakapan org tranung.. cuma bila 'di bawa' keluar dari kelompok masyarakat pantai timur, ia dengar mcm kasar dan ada juga org melabel UAI 'kurang ajar' dan 'biadap'.. walhal itu bahasa biasa.. bg org pntai timur, tiada masalah pun.. dan bg pendapat saya, UAI akan pertahankan loghat tranung hatta UAI pergi ke mana2 saja pun.. terima atau tidak, tanya la diri sendiri.. bg saya, perlu kata.. tak kata kita takkan terasa dan nak berubah.. bila kata dan terasa sampai menusuk kalbu, nah.. ada juga sedikit rasa nak berubah sbb dah terkena pd batang idung sendiri.. moto jkkk fan club dah betul dah.. 'kata biar terasa'.. siapa yg terasa tu, nasiblah.. cepat2lah berubah..
semoga Allah swt pjgkan umur ustaz dan bg kekuatan, sihat tubuh badan kpd ustaz agar dpt ustaz teruskan usaha berdakwah dan menyedarkan masyarakat Islam.. tak kira apa pangkat, usia, dan latar belakang.. aamiiiinnnn..
sebenarnya ustaz kata berpandukan apa yang Allah nyatakan dalam al quran..... memang ayat seperti itu patut digunakan kerana manusia yang mengaku islam.... banyak yang derhaka kepada Allah.... itu adalah juga peringatan kepada kita supaya tidak mengambil mudah dengan perkara suruhan Allah.... jangan kita biarkan anak kita pandang remeh... dengan suruhan Allah.... salah ke kalau seseorang itu cuba nak beri peringatan yang bersungguh- sungguh dan jangan biarkan orang ramai mempermainkan.... hukum Allah.... tak kira siapa kamu ..... kamu kena taat Allah dan Rasul....
setelah saya mendengar ceramah ustaz azhar melalui youtube ...baru saya faham perlunya saya taat pada Allah dan Rasul.... dan saya mula berusaha untuk mengikut sunnah Rasullullah.... kerana saya yakin apa yang nabi kita buat semuanya mengikut kehendak Allah.... dan pilihan Allah itu adalah paling, paling baik..... melalui ceramah ustaz azharlah saya memahami semua ini.....
pada saya, UAI boleh dikatakan suatu fenomena.Alhamdulillah,mungkin Allah menghantar beliau untuk terjun mendekati kehidupan anak-anak muda yang kian hanyut di dalam keasyikan dan mabuk alam muda.
pada saya,ucapan seseorang menggambarkan pemikirannya.pada mula saya kenali UAI,adalah menerusi sedutan kuliah di internet.
namun saya berniat untuk mendengar sendiri kuliah beliau secara live dan dari mula hingga akhir.Alhamdulillah niat saya diperkenan Allah.pertama saya mendengar di masjid Kota Damansara.isinya menarik dan terasa sangat hampir dengan diri.
Kali kedua,saya ikuti ketika UAI masuk ke UIA.Di sini saya dapati UAI menggunakan method bercakap mengikut kesesuaian audien.lebih bersikap ilmiah penuh sarat dengan nas2 naqli disamping nas2 aqli macam kebiasaan siri tazkirah beliau.
Dan seterusnya bila saya mengikuti tazkirah seterusnya di masjid Gombak,ia kembali mesra lebih santai untuk mendekati audien yang lebih pelbagai tahap pemikiran dan pendidikan.
Maka,saya teringat akan kata2 seorang hukamak. "Berbicaralah ilmumu setara dengan ilmu orang yang mendengar.Nescaya kamu akan beroleh manfaat."
Post a Comment