Sunday 31 August 2008

Baiki Matapelajaran Sejarah di Sekolah!

Ini saya petik dari www.utusan.com.my - 31 Ogos 2008


Sepatutnya dah lama sistem pendidikan sekolah di Malaysia sama ada di peringkat PMR mahupun SPM membuat kajian semula terhadap sukatan matapelajaran Sejarah. Ini bertujuan memperbetulkan beberapa fakta sejarah negara yang tidak dihuraikan secara terperinci.

Mungkin kerana di peringkat awal kemerdekaan, tidak ramai orang Melayu yang berkhidmat di sektor pendidikan yang secara langsung terlibat menyusun fakta sejarah negara untuk kegunaan sistem pendidikan di sekolah. Terdapat banyak fakta sebenar tercicir/disembunyikan mungkin dengan tujuan menjaga keharmonian antara kaum (perkara benar mungkin mengguris perasaan kaum lain!).

Natijahnya, generasi hari ini sama ada pelajar Melayu, Cina, India dan lain-lain tidak sensitif terhadap sejarah bangsa dan sejarah negara. Lihatlah kesannya hari ini (yang saya petik dari Utusan online ni):

Beliau menegaskan, kaum lain di negara ini sememangnya perlu memahami sejarah dan senario yang berlaku sekarang sebelum membuat tuntutan serta tuduhan melulu terhadap UMNO atau kerajaan dan menyalahkan perlembagaan negara.

Katanya, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang selaras dengan kehendak perlembagaan adalah untuk membela nasib masyarakat peribumi yang 'miskin' dalam pelbagai bidang, namun sejak 51 tahun, ia tidak tercapai sepenuhnya.

"Beliau" - adalah Tengku Razaleigh Hamzah, penaung Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MRTK) yang meluahkan rasa gelisah terhadap perkembangan negara. Akibat tidak faham sejarah jugalah orang Melayu, Cina dan India dok berpusu-pusu hadir ke konsert Arvil sempena Hari Kemerdekaan Ke 51 semalam.

What a shame!

Ramadhan

Tiada apa yang menarik untuk dikongsi bersama para pembaca saya buat ketika ini. Cuma sempena Ramadhan yang bakal tiba esok @ lusa, dengan rendah diri saya ingin memohon kemaafan daripada semua jikalau sepanjang perkenalan ini saya ada melakukan kesalahan, mengguris hati melalui tulisan di blog ini. Dan saya juga memaafkan jika ada pembaca atau rakan yang termengumpat saya di belakang.

Moga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan yang terbaik, berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dengan cabaran masa, budaya di UK yang jauh berbeza dengan tanah air, Insya-Allah semua ini hanyalah cabaran kecil bagi menguatkan iman di dada.

Jika di Malaysia, malam-malam senang nak ke balai-soh, masjid bersolat tarawih, kat UK ni belum tentu lagi sebab tak berani sangat keluar malam-malam.

Jika di Malaysia, ada pasar Ramadhan yang meringankan sikit tugas nak memasak atau nak rasa lauk-lauk baru yang tak pandai nak buat, kat UK ni belum tentu lagi sebab dah muak makan kebab dan fries je.

Time ni rasalah apa yang kurang dan apa yang telah saya rindu ketika di tanah air dahulu. Sekali lagi selamat menyambut Ramadhan dan ingat, puasa itu bukan hanya menahan LAPAR dan DAHAGA sahaja, tetapi kejarlah ganjaran pahala yang berlipat kali ganda sebagaimana Allah s.w.t janjikan.

Wassalam.

Monday 25 August 2008

MERDEKA - from www.chedet.com/

| | Comments (627) | TrackBacks (0) | Previous Blog


1. Tak lama lagi kita akan sambut Hari Merdeka ke-51. Tahun lepas kita sambut Hari Merdeka yang ke-50 dengan gembira kerana ia menandakan setengah abad kita memerintah negara kita sendiri. Dan kita bangga kerana dalam jangkamasa itu kita telah maju jauh kehadapan sehingga mereka yang lama berada di luar negara tidak kenal tanahair mereka apabila kembali. Demikian perubahan yang telah berlaku.

2. Orang asing pula apabila datang pertama kali ke Malaysia tidak percaya ini adalah negara membangun, negara dunia ketiga.

3. Bukan sahaja Kuala Lumpur sudah bertukar wajah dan dipenuhi dengan bangunan pencakar langit, dengan jalan-jalan bertingkat yang bersih dan dihias dengan tanaman bunga-bungaan sepanjang jalan dan lain-lain, tetapi bandar-bandar lain juga memperlihatkan pertumbuhan dan pembesaran, lengkap dengan jalan bertingkat yang penuh sesak dengan kereta.

4. Rata-rata kita lihat kemajuan yang telah dicapai. Jumlah yang miskin telah dikurangkan dan mereka turut bersama bergembira.

5. Rakyat berbilang kaum tidak bermusuh sesama mereka walaupun tidaklah berharmoni seperti yang diharapkan. Namun tiap kali pilihanraya diadakan majoriti pengundi memberi kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana beranggapan segala-gala yang dinikmati adalah hasil pemerintahan Kerajaan-Kerajaan BN. Biasanya mereka memberi kemenangan lebih 2/3 daripada kerusi Parlimen.

6. Rakyat Malaysia yang pergi ke negara asing berasa bangga kerana Malaysia dikagumi dan dihormati oleh siapa sahaja yang mereka bertemu apabila sahaja orang asing mengetahui yang mereka dari Malaysia.

7. Mereka menyebut menara kembar Petronas dan perlumbaan Formula 1. Orang Islam asing pula tertarik dengan kemajuan dan kestabilan sebuah negara Islam.

8. Kerana semua ini rakyat Malaysia gembira dan bersemangat untuk menyambut kedatangan Hari Merdeka. Jalur Gemilang dikibar di kereta-kereta dan di bangunan-bangunan. Bukan sahaja Melayu yang bersemangat, Cina, India, Kadazan, Iban dan semua suku kaum di Sabah dan Sarawak memperlihatkan semangat dan kegembiraan mereka.

9. Biasanya apabila tiba bulan Ogos semangat dan kegembiraan rakyat dipertunjukkan dengan pelbagai cara. Jalur Gemilang berkibar di merata-rata tempat. Mungkin saya silap, atau mungkin saya bias (berat sebelah), tetapi bulan Ogos ini rakyat agak muram, tidak gembira dan bersemangat luntur.

10. Mungkin ini kerana kenaikan harga minyak dan lain-lain. Tetapi ternampak ada sesuatu yang lain yang tidak kena yang menyebabkan rakyat tidak gembira untuk menyambut Hari Kemerdekaan.

11. Blogger Sheih Kickdefella telah syor kempen terbalikkan Jalur Gemilang sebagai cara memprotes ketamakan ahli dan pemimpin parti-parti politik tanpa mengira parti mana.

12. Cadangan seperti ini tidak pernah dibuat selama 50 tahun kita Merdeka.

13. Reaksi Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mudah diramal. Cadangan kempen ini ditafsir olehnya sebagai perbuatan kurang ajar. Dan seperti biasa ugutan dibuat supaya polis akan ambil tindakan terhadap blogger berkenaan. Lain-lain blogger juga dibelasah sebagai tidak berfaedah dan mendatangkan kesusahan kepada rakyat.

14. Cadangan mengibar Jalur Gemilang terbalik dianggap menghina diri sebagai rakyat Malaysia.

15. Tidak terlintaskah dalam hati Dato Seri Abdullah untuk bertanya dan mengambil tahu kenapa cadangan ganjil ini dibuat? Seperti dengan kekalahan BN pada Mac tahun ini, Dato Seri Abdullah menafikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan BN dan Kerajaan pimpinan beliau yang menyebabkan penyokong BN daripada semua kaum memberi undi mereka kepada parti lawan. Sebaliknya beliau mentafsir merosotnya undi kepada calon-calon BN disebabkan sabotaj dan pihak tertentu tidak mahu beri kemenangan 2/3 kepada BN. Kenapa mereka berbuat demikian tidak dipersoal olehnya, hanya kemarahan dan ugutan untuk bertindak terhadap mereka ini.

16. Macam-macam cara telah dibuat untuk menyedarkan pemimpin ini tentang perasaan tidak puas hati rakyat, tetapi sikap penafiannya menyebabkan semua mesej disalah tafsir dan disalah erti. Dalam keadaan kecewa rakyat maka sukarlah bagi mereka untuk menunjuk semangat dan kegembiraan dengan keriangan sambutan hari Merdeka.

17. Kata seorang daripada kenalan saya, sekarang hanya 10 hari sahaja sebelum hari Merdeka tetapi ianya melihat hanya sebuah kereta sahaja yang memasang Jalur Gemilang.

18. Kata seorang lagi, saya simpan sahaja Jalur Gemilang tahun ini.

19. Tidak ada sesuatu bangsa yang bermaruah yang tidak ingin bebas daripada belenggu penjajahan. Kita lihat di sana-sini peperangan untuk membebas wilayah sendiri sedang berlaku. Kita lihat penderitaan mereka, hidup tidak sempurna, berlari-lari dengan bungkusan harta yang sedikit ke sana-sini. Sekejap-sekejap letupan senjata membunuh dan mencederakan mereka. Inilah nasib orang yang dijajah yang ingin merdeka.

20. Pada tahun 1957 kita merdeka dan harapan kita ialah hidup yang lebih bahagia. Justeru kita rayakan hari keramat ini kerana merdeka difahami dan dihargai oleh semua pihak.

21. Saya percaya kita masih hargai kebebasan kita, kemerdekaan kita. Tetapi sesuatu telah berlaku yang menyebabkan kita tidak begitu gembira pada hari ulangtahun merdeka pada tahun ini. Kita kesal kerana kita tidak dapat buat apa-apa untuk mengembalikan kegembiraan bangsa yang merdeka.

22. Kita bersyukur kerana kita, samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain suku kaum tidak bersifat ganas, tidak suka pada huru-hara, tidak berminat merusuh. Tetapi pemimpin hendaklah faham kenapa rakyat berasa muram tahun ini. Jangan tipu diri dengan berkata tak benar rakyat tidak gembira. Lihat sahaja berapa ramai yang keluar melihat bunga api. Malangnya ini bukan ukurannya. Ini hanyalah cara untuk melupakan sekejap keperitan hidup rakyat kerana diperintah oleh orang yang tidak mahu faham tentang perasaan rakyat.

23. Saya akan sambut Hari Merdeka tetapi tidak seperti 50 sambutan yang terdahulu. Sesuatu sudah hilang daripada makna kemerdekaan. Mulut sudah ditutup dan apa yang ada dalam hati tinggal tertambat, tidak boleh diluahkan. Kita takut berkata apa-apa kerana polis akan digesa bertindak. Kadang-kadang saya berasa yang kita berada dalam sebuah Police State (Negara bawah kawalan polis). Tetapi ini mungkin sifat keterlaluan saya.

24. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51. Mudah-mudahan Allah s.w.t. akan membuka hati mereka supaya faham mesej-mesej yang disampaikan oleh rakyat.

===========================
Bersama kita renungkan. SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 41. KENAPA BUKAN KE 51? TANYA PADA FASILITATOR B.T.N (Biro Tata Negara) YANG BAGITAU PADA SAYA.

Wassalam

Sunday 24 August 2008

APA NAK GADUH-GADUH

Kisah yang saya ingin paparkan adalah rekaan semata-mata. Tiada watak sebenar digunakan oleh saya kerana ingin menjimatkan kos dan tiada lagu tema akan didendangkan. Kisah ini bermula....

Di sebuah kampung di pinggir sebuah kota bernama Kampung Kaki. Kampung Kaki menurut riwayat telah wujud sejak beberapa tahun yang lampau. Di awal penubuhannya, penghuni kampung ini hidup aman damai dan dalam suasana berharmoni.

Masa yang beredar begitu pantas turut menuntut perubahan, dan Kampung Kaki tidaklah terkecuali daripada proses ini. Pucuk pimpinan tertinggi kampung mula diambil alih kelompok baru dan penghulu lama Kampung Kaki diberi persaraan dan diganti pula penghulu baru bernama Bisu.

Menurut cerita orang-orang tua di sini, Bisu adalah seorang yang baik, tetapi tidak cukup baik untuk menjadi pemimpin yang berkaliber. Buktinya, kebelakangan ini tiada sebarang aktiviti tahunan dan yang menarik direncana dan dicetuskan penghulu. Sudahnya, segala perancangan dan perencanaan aktiviti kampung berpindah kepada sebuah jawatankuasa induk kampung yang diberi nama JKKGBHS (Jawatankuasa Kampung Kaki Gaduh -pastu- Buat Hal Sendiri).

Tinggalkan sementara hal kampung.

Setahun yang lalu, Malas dan keluarga telah berhijrah dari bandar kelahirannya ke Kampung Kaki bagi mendalami ilmu persilatan daripada seorang pendekar terkenal kampung itu. Ilmu pendekar itu telah diakui mencapai tahap Prof. Emeritus di dalam dan luar negara.

Kehadiran Malas sekeluarga telah diterima dengan positif penduduk setempat dan tinggallah mereka aman damai di sebuah rumah kecil di pinggir Kampung Kaki itu. Semenjak tiba, kehidupan yang dilalui mereka begitu baik dan Malas berasa gembira kerana ilmu persilatannya kini meningkat melalui tunjuk ajar pendekar tersebut.

Di masa lapang, Malas dan isteri akan keluar berjalan di sekitar kampung dan berkenalan dengan penduduk lain. Mereka semua baik-baik orangya, mudah mesra dan tidak pula berkira di atas sesuatu pertolongan. Maka, semakin mesralah Malas dengan penduduk tempatan Kampung Kaki itu adanya.

"Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan dengan angin sejuk pula di tengah hari". Keharmonian Kampung Kaki yang dahulunya baik, kini mula menampakkan ribut dan kabut.

Keributan ini terbit dari perselisihan pendapat beberapa penduduk dan JKKGBHS mengenai penentuan hari mula menanam padi dan hari untuk menuai yang bakal tiba.

Memandangkan Malas dan keluarga merupakan anggota baru di kampung itu, tidak dia berkuasa nak campur tangan apatah lagi dengan JKKGBHS yang begitu berkuasa "mengumumkan keputusan" (sekali-sekala ada juga perbincangan) berkaitan halatuju kampung itu.

Biasalah, hidup bermasyarakat akan ada juga pasang-surutnya. Ada perkara hanya perlu dibincang secara tertutup, dan ada yang patut secara terbuka. Ada perlu campur tangan semua, ada yang cukup setakat diputus di peringkat yang pakar dan mahir. Kerana majoriti penduduk pasti akan mengikut "keputusan bersama" ini dengan lapang dada.

Malas sebenarnya bukan kali pertama berdepan situasi kelam-kelibut, kabut dan serabut ini. Objektif Malas adalah jelas untuk menuntut ilmu sampai selesai dan pulang semula ke tempat kelahirannya dengan segulung ijazah.

Tidak begitu berminat dia untuk campur tangan dengan masalah yang berlaku. Untuk berpindah adalah mustahil kerana Malas dalam apa jua situasi perlu menamatkan perguruannya. Apapun, jika perlu Malas akan menjarakkan diri dari terjerumus di dalam hal ini.

"Biarlah apa orang nak kata, pejam-celik aku dah 6 bulan kat sini. Pejam lagi dah jadi 1 tahun, pastu pejam lagi aku dah selamat habiskan perguruan di kampung ni dengan jayanya", bisik hatinya.

Bunyinya semacam Malas ni seorang yang pentingkan diri sendiri, namun sebelum terbakar sebab main api, lebih baik awal-awal lagi jangan simpan mancis. Tapi sebarang aktiviti selain dari penentuan hari menanam dan menuai itu, Malas tidak keberatan untuk terlibat, menyokong dan membantu aktiviti atau kegiatan yang mana patut.

Di zaman mudanya, Malas bukanlah seorang yang mesra pengguna. Oleh kerana sifat ini, beliau mempunyai rakan yang sedikit, namun bilangan yang sedikit ini cuba dipastikan beliau agar yang menjadi kawannya akan dijaga dengan hormat kerana baginya pilih kawan kerana kualiti, bukan kuantiti.

Akan tetapi, takdir Allah tiada siapa yang tahu. Jika keadaan semakin melarat dan berlarutan sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan penduduk (harap dihindarkan dari terjadi!), Malas akan campur tangan dan memainkan peranan demi membantu mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan yang dikecapi bersama selama ini.

Pendapat telah dilontarkan, perbincangan hangat dan hingar-bingar, dan penyelesaian sebenarnya sudah di depan mata, tinggal kepada kebijaksanaan Tok Penghulu Bisu untuk membuat keputusan berpandukan penilaian berasaskan hujah-hujah dari kedua-dua JKKGBHS dan penduduk itu.

Ini kerana keputusan individu tidak boleh dipaksa untuk diterima majoriti, begitu juga keputusan (bukan pakar) oleh sekelompok AJK Kampung Kaki.

Harapan Malas nanti tiada orang yang akan "terkorban" dengan keputusan yang bakal dicapai. Peliharalah keharmonian sesama kita, berfikir dulu sebelum berhujah dan hormatilah pendapat orang lain kerana mereka juga berfungsi membentuk komuniti Kampung Kaki ini.

Tamat.......

AMARAN: Segala watak/gelaran dan isu merupakan rekaan semata-mata. Tiada kaitan secara jelas dengan apa jua kejadian atau peristiwa di dunia sebenar.

Friday 22 August 2008

Intipati Ceramah Jumaat - 22/08/08

Assalamualaikum wbt

Saya ingin berkongsi ingatan yang masih tersisa dari ceramah sebelum solat jumaat disampaikan seorang pendakwah di Masjid Cowley.

Beliau menyentuh berkenaan Holy-Quran dan mengaitkannya dengan semangat Ramadhan yang bakal kaum Muslimin lalui tidak lama lagi.

1. Katanya ada 2 jenis buku/kitab di dunia ini. Jenis pertama adalah buku yang bila dibaca, ianya perlu difahami kerana barulah pembacanya beroleh manfaat dan kefahaman. Buku jenis ini tergolong dalam jenis hasilan manusia seperti buku akademik, majalah dan bahan rujukan yang lain. No point untuk dibaca jika ia tidak difahami oleh pambacanya (ini alasan yang digunapakai).

2. Buku jenis kedua adalah buku/kitab yang wajib juga dibaca, biarpun kita tidak memahaminya. Iaitulah Al-Quran! Menurut beliau lagi, apabila kita membaca 1 ayat Quran (sama ada kita faham atau hanya baca), Allah s.w.t akan kurniakan kita 10 pahala, menghapuskan 10 dosa dan angkat 10 darjat.

3. Itulah keunggulan Al-Quran berbanding kitab ciptaan/olahan/hasilan manusia yang terhad kandungan ilmunya.

4. Buktinya, jika kita menulis buku atau tesis PhD sekalipun, di hujungnya kita akan tulis sumber rujukan dan jika kita present hasil karya kita, biasa kita nyatakan "jika terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi saya di email ini, etc". Namun, Allah Maha Berkuasa, HANYA AL-QURAN SATU-SATUNYA KITAB YANG TIADA SENARAI RUJUKAN (tidak seperti tesis PhD kita) DAN SATU-SATUNYA KITAB YANG TIADA KEMUSYKILAN DI DALAMNYA! (100% benar). Allahu-Akbar!

5. Sebagai Muslim, kita dianjurkan untuk memperbayakkan bacaan Al-Quran tidak kira masa, biarpun tidak memahami maksudnya. Menurut beliau lagi, Nabi SAW pada awalnya pun diutus Allah bagi mengajar ummat Islam (1) 'membaca'-Iqra', dan diajar adab-adab kerana dengan mengaji, jiwa dan hati kita akan bersih; dan kemudiannya baru (2) menghayati dan mendalami maksudnya.

6. Ajaran Islam nyata berbeza dengan Kristian dimana Kristian akan menyuruh kita belajar dan mendalami agamanya, kemudian baru penganutnya disuci/dibaptiskan. Manakala, Islam pula menekankan aspek penyucian jiwa terlebih dahulu, baru disusuli dengan pengertian ajarannya.

7. Tambah beliau lagi, orang yang membaca Al-Quran dan menghayatinya bukan sahaja akan beroleh kemanisan iman, tetapi terdapat aura/nampak dari wajah dan keperibadian yang baik. Tambah beliau, terdapat 4 golongan yang perlu kita tahu:

i-Mukmin yang patuh kepada Allah dan membaca Al-Quran = Jika kita berdampingan dengan golongan pertama ini kita akan melihat kedua-dua iaitu kemanisan dalaman (iman) dan aura luaran yang baik.

ii-Mukmin yang patuh kepada Allah tetapi tidak menghayati Al-Quran = Hanya mendapat 1 sahaja iaitu kemanisan iman (kerana taat), tetapi tiada aura luaran.

iii- Orang Islam yang munafik, tetapi membaca Al-Quran = Hanya mendapat 1 sahaja iaitu manis luaran (apabila kita lihat luaran, dia adalah seorang yang Islam dan orang yang baik), tetapi dia pahit iman (amalan ada, tetapi Allah tidak terima).

iv- Orang Islam yang munafik dan tidak juga membaca Al-Quran = Kategori ini adalah pahit kedua-dua, pahit iman dan pahit/buruk luarannya. Na'uzubillah!

Bersamalah kita renungkan dan harap beroleh manfaat menerusi ingatan yang sedikit ini.

Wassalam

Thursday 21 August 2008

JUARA RASUAH

Bertemu kembali,

Sila rujuk:

1.Utusan Online 21/08/08 - Tajuk "Penahanan Dua Exco Tiada Motif Politik"

2. Tranungkite.net 21/08/08 - Tajuk "Cerita Sebenar 'Rasuah' Exco Perak"

============================================

Ulasan

HAI... apa nak jadi ni? Biarpun berita (dakwaan rasuah wang dan seks Exco Perak) yang saya petik dari dua sumber iaitu media kerajaan dan pembangkang di atas belum tentu ada kebenarannya lagi kerana kes ini masih di peringkat awal penyiasatan, namun terdapat isu menarik yang boleh dibahaskan.

Kekasih

Politik dan Rasuah saya ibaratkan sebagai pasangan kekasih yang sukar untuk dipisahkan. Berbeza dahulunya politik belum kenal siapa rasuah - maka politik dianggap sebagai murni dan menjadi wadah perjuangan menuntut keadilan dan membawa suara-suara kecil rakyat untuk didengar dan diberi pembelaan oleh sang pemimpin yang mereka angkat. Ketika itu, rasuah dianggap sebagai racun yang boleh melemahkan perjuangan dan ditolak dari mendapatkan tempat dalam pentadbiran.

Kini, negara telah lama merdeka dan bertambah maju. Tiada lagi keperluan untuk perjuangan mendapatkan kemerdekaan dari sesiapa dan keperluan bersatu menentang anasir penjajah yang fizikal. Justeru, politik menjadi "kunci kepada kuasa" pemerintahan dan di atas kebijaksanaan "pemegang kunci" inilah terletaknya nasib rakyat. Kuasa yang dimiliki politik telah menarik minat si rasuah untuk berdampingan. Apapun, jika pemegang kunci ini orang beriman, pujukan rasuah tentunya terkubur begitu sahaja, dan begitulah sebaliknya.

Biarpun hubungan cinta terlarang ini dikutuk agama dan dikeji pengamalnya, namun dek mabuk "cinta" ini, sang pemegang kunci ini tidak mampu menepis godaan, ajakan dan pujukan dan rambang mata sehingga gagal membezakan yang mana rasuah dan hadiah.

Kaedah halal yang ditawarkan agama (perkahwinan @ elak terjebak dari awal) tidak dilihat jalan penyelesaian, malah budaya menerima rasuah ini telah dihalalkan dengan menukar ungkapan - POLITIK WANG, duit belanja etc. agar ia dilihat lebih bersih dan nampak macam "halal" untuk diteruskan.

Cinta Orang Buta Yang Tangan Berkudis

Ini baru nak masuk isu sebenar.

Jika benar dakwaan rasuah terbabit, saya amatlah kecewa, tetapi tidak terkejut.

Saya gunakan analogi ini:

1. Seorang buta (rakyat) yang selamat 50 tahun bergantung kepada tangan kanan (kerajaan) untuk memimpin mereka berjalan dan meredah segala macam keadaan. Banyak jasa tangan kanan ini kepada si buta.

2. Sedang selama 50 tahun itu, tangan kirinya (pembangkang) hanya dibiarkan terseluk dalam poket atau sekali-sekala menyokong tangan kanannya memegang tongkat.

3. Biasalah, bila dah lama diguna tangan kanannya, mula ia terdedah kepada kudis@sakit kulit (rasuah). Semakin lama semakin menular dan menyukarkan pergerakan si buta. Pergerakannya makin perlahan dan sumbang hingga kadang-kala si buta ini tergelincir masuk longkang dan ada ketika dia dimaki orang lain kerana salah masuk jalan.

4. Maka si buta membuat keputusan; "biarlah tangan kiri yang lama aku rehatkan diberi peluang untuk memikul tugas tangan kanan yang dah teruk berkudis ini agar aku dapat terus berjalan dengan pantas mengejar masa (Wawasan 2020).

5. Harapannya adalah tangan kiri dapat bertahan dan kebal dari jangkitan kudis yang kini telah sukar disembuhkan di tangan kanannya.

6. Namun, tidak sampai 1 tahun tangan kanannya diganti tangan kiri, si buta mula menderita dengan masalah yang sama, iaitu tangan kirinya mula timbul kudis-kudis kecil. Buat masa ini tiada rawatan diperlukan, cukup dengan menggarunya sahaja.

7. Terfikir juga si buta jika kudis dari tangan kanannya kekal merebak ke tangan kiri, TANGAN MANA PULA YANG BOLEH DIA HARAPKAN???

Kesimpulan

Jaga akhlak tidak kira anda kerajaan atau pembangkang, selagi anda digelar pemimpin. Jauhi rasuah, politik wang, etc. Walaupun dalam banyak-banyak kebaikan yang telah kita buat, apabila sekali saja buat salah, sampai bila orang ingat.

Bak kata Karam Singh:

"Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih juga"

Dan sebagai renungan, marilah hayati ungkapan ini:

"What we do for ourselves, die with us. What we do for others is immortal"

Wassalam

Sunday 17 August 2008

USAH BERSEDIH

Rasa down betul nak buat posting ni. Apapun, daripada dok pendam dan menjadi murung, baik disuarakan dengan harapan akan rasa lega sikit kepala ni.

Kisah yang nak saya sentuh adalah mengenai kekalahan wakil tunggal dan satu-satunya harapan negara meraih pingat emas di sukan Olimpik, Lee C. W. dalam final badminton tadi.

Pujian

1. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Lee kerana akhirnya berjaya menganugerahkan sebutir pingat yang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia setelah kita mengharungi kemarau tanpa sebarang pingat sejak 2 sukan Olimpik sebelumnya (tahun 2000 di Sydney dan 2004 di Athens).

2. Syabas juga kerana berjaya mengekang 'perayaan besar' skuad badminton China di temasya ini di mana mereka hanya menang 3 emas dan terlepas 2 lagi emas kepada Indonesia dan Korea. Sekurang-kurangnya ego total China telah berjaya dipatahkan di mana beberapa perlawanan akhir tidak lagi menemukan sesama pemain China.

Kritikan

1. Memandangkan tiada sebarang sidang media mengenai punca kekalahan ini disiarkan, saya kira seluruh rakyat perlu bersabar dan menunggu penjelasan yang bakal dibuat sebelum mengkritik dan menghukum Lee atas kekalahan di final ini.

2. Apapun, daripada pengamatan saya terpampar wajah stress/tension yang amat tinggi oleh Lee dari mula perlawanan akhir ini.

3. Beliau kelihatan sedang berusaha melawan dua perkara iaitu 'perang emosi' dan 'perang fizikal'. Barangkali riuh-rendah dan jerit-pekik penyokong China begitu menggugat fokus beliau terhadap perlawanan dan juga prestasi dan kepintaran luar biasa lawan yang memerangkap dan menjerat beliau dalam permainan tadi.

4. Rekod kemenangan 10 daripada 15 pertemuan dengan Lin Dan sebelum ini menjadi kayu pengukur dan sandaran keyakinan kita kepada kemampuan Lee. Bahkan ini bukanlah kali pertama beliau beraksi di kejohanan besar dan di khalayak yang ramai. Faktor ini jugalah menjadi penggerak sokongan saya kepada beliau di kejohanan ini.

5. Tempoh 39 minit bagi sebuah perlawanan akhir adalah sangat singkat kerana penonton menjangkakan saingan yang sengit, bertenaga dan penuh menghibur. Pembeli tiket selain mahu melihat pasukan yang disokong menang, juga mahu menyaksikan satu perlawanan yang bermutu dan 'berbaloi dengan harga tiket'.

Akhirnya

Saya berpendapat semua pemain profesional seperti Lee telah cuba memberikan persembahan yang terbaik di dalam setiap permainannya bermula pusingan pertama hingga ke perhitungan yang terakhir.

Mungkin PENYAKIT LAMA atlit Malaysia yang sering goyah di kala detik perhitungan terakhir dan teramat gugup dari segi mental masih lagi tidak dapat diubati sepenuhnya oleh pihak yang berkenaan.

Persoalannya, sampai bila sindrom gugup dan goyah ini hendak kita jadikan alasan di kala atlit lain dari negara kerdil seperti Jamaica (100m wanita menggondol pingat Emas, Perak dan Gangsa; 100m lelaki Emas dengan rekod baru dunia); Romania (10km wanita Emas) dan tetangga kita Indonesia (Emas Bergu Lelaki Badminton) terus memahat nama di persada antarabangsa?

Fasiliti sukan kita adalah antara yang terbaik di rantau Asia, cuma yang kita masih kurang adalah pembangunan minda dan sikap atlit yang cemerlang dan mantap.

Apapun, pingat Perak yang disumbangkan oleh Lee tetap saya terima dengan lapang dada bak kata orang "tidak dapat gading bertuah, tanduk pun berguna juga". Mudah-mudahan ini menyuntik semangat untuk terus berjaya buat semua atlit Malaysia.

Wassalam.

Saturday 16 August 2008

Andai Michael Phelps Atlit Malaysia

Setelah menonton laporan Sukan Olimpin Beijing 2008 di saluran BBC News pagi ini yang memaparkan berita Phelps berjaya memenuhi sasaran beliau meraih 8 pingat emas, terbayang saya alangkah JUTAWANYA Phelps jika beliau menjadi wakil Malaysia ke temasya Olimpik kali ini.

Insentif buat atlit negara:

1 emas = RM1,000,000.00 + bayaran pencen RM5,000.00 sebulan
1 perak = RM300,000.00

Untuk Phelps:

8 emas x RM1juta = RM8,000,000.00!

Kalau orang biasa macam saya ni, kerja sampai kurus kering pun belum tentu dapat kumpul RM8 juta tu. Kayo pakcik, kayo... Apapun harapan kita Lee, C. W. telah menjamin sekurang-kurangnya pingat perak (RM300,000.00).

Kata beliau, perlawanan akhir kelak adalah untuk kepuasan diri dan harapnya kali ini beliau pula akan 'patahkan kaki' Lin Dan di final seterusnya muncul sebagai penyumbang pingat emas pertama Malaysia di Olimpik dan meraih wang ganjaran RM1,000,000.00 + jaminan kewangan setelah bersara sebanyak RM5,000/bulan.

Laknat Di Sini Sana

Rasa malas nak komen apa-apa berkaitan isu pertuduhan liwat Sdr Anwar Ibrahim dengan Sdr Saiful Bukhari yang kini bertambah kalut, kompleks dan penuh tanda tanya. Siapa yang benar dan siapa yang salah ni?

Tetapi, baik kita tinggalkan dulu segala hal bermotifkan politik kerana bukan itu yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca semua.

Isu yang cukup merungsingkan saya adalah peristiwa "Sumpah Laknat" yang dibuat semalam (Jumaat, 15/8/08) oleh Sdr. Saiful di Masjid Wilayah.

Kerungsingan saya adalah:

1. Saiful mengaku menjadi 'mangsa' kepada Sdr Anwar yang juga 'tertuduh' (perbuatan soangsang itu berlaku tanpa kerelaan/paksa). Namun, anehnya mengapa pula yang menuduh perlu bersumpah, sedangkan orang yang dituduh pula tidak melakukan hal yang sama, malah tegas dengan kehendak agar isu ini mengikut saluran perundangan (mahkamah - dengan perbicaraan perbuatan dilakukan 'secara suka sama suka/saling merelakan' ).

Ini jelas mengelirukan orang biasa macam saya di mana pada masa depan kalau ada orang kena cabul, mangsa cabul tu pula kena bersumpah bercakap benar, namun pencabul boleh guna kes Saiful VS Anwar ini sebagai alasan untuk tidak bersumpah benar dan mungkin mempergunakan peluang perbicaraan di mahkamah untuk mengemukakan hujah untuk melepaskan diri dari hukuman.

2. Saiful secara sedar melafazkan sumpah yang 'Dia sanggup menerima laknat Allah hingga ke hari kiamat?'. Kasihannya! Kita sebagai muslim diwajibkan untuk memperbaiki diri dan amal ibadah, melakukan kebaikan setiap masa dan sentiasa lebih baik hari ini dari hari yang sebelumnya. Amatlah malang jika setiap saat, 24jam sehari, 365 hari setahun, 80 tahun hidup kita didalam laknat Allah sepenuhnya (?).

Saudara Saiful, adakah anda sedar akan implikasi lafaz anda ini? Ya Allah! Sedangkan ada riwayat menyatakan bahawa "jika lubang neraka dibuka sebesar saiz sehelai rambut, bahang panasnya membakar seluruh dunia" - betulkan saya jika ini salah. Amat-amat besar natijahnya.

Kesimpulan

Sebagai orang Islam, saya merasakan kita pusing ikut manapun, walau macam mana canggihpun sistem ciptaan manusia, akhirnya kita semua akan berbalik kepada fitrah yang asal iaitu DOA dan PENYERAHAN SECARA TOTAL (total submission) kepada Allah s.w.t yang Maha Berkuasa, Maha Adil untuk membimbing kita dan membuka jalan kebenaran bagi kes ini.

Bagi Sdr. Saiful, tiada apa yang mampu saya katakan lagi kerana 'Sumpah Laknat' telah dilafazkan secara sedar oleh saudara. No turning back! Moga keyakinan saudara bahawa semua ini adalah paksaan, akan berpihak kepada saudara, dan begitu juga untuk Sdr. Anwar.

Moga Allah memberikan hidayah serta cahaya petunjuk kepada semua pihak baik Polis yang mengumpulkan segala bukti dan laporan, Mahkamah yang membuat penilaian berpandukan bukti dan laporan, dan Media penyampai berita yang sentiasa bertenggek di atas garis kabur kebenaran dan kepalsuan - untuk menegakkan yang benar dan menolak yang batil.

Jika kebenaran dapat dirungkai, saya percaya rakyat Malaysia yang kini semakin bersikap rasional, objektif dan boleh berfikir secara kritis akan dapat menerima sebarang keputusan hasil perbicaraan kes ini kelak, insyallah, sekalipun kesudahannya boleh jadi gembira atau duka untuk kedua-duanya.

Wassalam

Friday 15 August 2008

Kuan Yew: Money politics root cause of problems

Source: Sun2surf.

SINGAPORE (14 August, 2008): The political problems faced by many countries in Asia are due to money politics but the problem did not take root in Singapore because "we have a Division One team in charge", said former Singapore Prime Minister Lee Kuan Yew.

He said that in many Asian countries, money politics was simply the "code word" for buying votes to gain power and, after that was done, "to recover your expenses plus some profit for the next round of vote-buying".

"One of the big problems they now face, in other countries, is the people in power want to reserve the money, keep it for themselves. So, they exclude young able people who want to join their team.
"The result is, there is no talent inside the existing parties," Lee, who is Minister Mentor, was quoted by the local Today newspaper as saying at a gathering of his Tanjong Pagar constituents last night in celebration of Singapore's 43rd National Day which was last Saturday.

"In other countries, elections do not put up a Division One team. They are a Division Three, either a B team or a C team in charge. In Singapore, we carefully select our candidates," the newspaper quoted him as saying.

"Over the years, with each election, we see the quality of the MPs, their education levels, their competence, their abilities, their energy.

"Their youthfulness is renewed and we have a leadership thats able to meet the rising standards of the population," Lee said.

But today's younger generation did not understand all this, Lee said, adding that "they say, oh, lets have multi-party politics. Lets have different parties change and be in charge of the Government."

"Is it that simple? You vote in a Division Three government, not a Division One government, and the whole economy will just subside within three, four years. Finished!" he said.

Lee said such proponents should study Taiwan, Thailand and the Philippines, where rotating party governments had led to more mismanagement.

"And a 'free-wheeling press' has not cleaned up corruption, although according to American 'liberal' democracy theories, it is designed to do so," he said.

Lee said that even in the face of a global recession, Singapore had enough long-term investments to buffer the setbacks.

"Why are we on top of our problem? Because there's a government that's planning ahead, seeing ahead, calculating ahead, making the right decision," Lee said. -- BERNAMA

Updated: 06:18PM Thu, 14 Aug 2008

Sheikh Ahmed Deedat Yang Saya Kagumi

Beliau adalah pendebat Islam yang dikenali dan dikagumi pelbagai umat, baik Islam mahupun Kristian. Sering muncul dan membela Islam tika dicabar kesuciannya oleh tangan-tangan bukan Islam.

Kepetahannya menghafal kesemua versi Bibble dan Kitab Suci Quran turut diakui kawan dan lawan.

Berasal dari city of Durban, South Africa dan melalui penulisannya telah mengIslamkan berjuta menganut Kristian di seluruh dunia.

Ahmed Deedat, kehilanganmu begitu dirasai. Namun kami tidak kecewa dan bersedih kerana banyak penggantimu telah bertebaran di bumi Allah ini.

Allahu-Akbar.

AKHIRNYA

Chong Wei mara ke final, buru emas pertama negara

Sumber: www.bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Sinar emas negara semakin berkilau apabila pemain perseorangan negara, Lee Chong Wei menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun-il dengan 21-18, 13-21, 21-13 pada separuh akhir badminton Sukan Olimpik Beijing.

Dia akan beraksi di final Ahad ini untuk melakar sejarah yang bakal menghadiahkan pingat emas pertama negara dalam temasya Olimpik.

Teruskan berjuang!

Thursday 14 August 2008

Alahai! Malu Rasanya...

Assalamualaikum wbt dan bertemu semula,

Semalam saya ke klinik membawa orang rumah untuk pemeriksaan kesihatan. Sambil-sambil tunggu giliran, sempat juga membelek majalah yang tersedia di suatu sudut klinik. Saya membaca The Economist dengan tajuk depannya "The Sinking Economy" kisah kemelesetan ekonomi yang kini berlaku di UK. Biarpun orang awam di UK ini tidak begitu rasa perubahan ekonomi yang berlaku, hakikatnya 2 syarikat gergasi iaitu Pembinaan Rumah UK dan M&S retail menunjukkan unjuran kerugian dalam aktiviti perniagaan masing-masing. Namun, bukan itu yang hendak saya kongsikan bersama anda semua.

Al-kisahnya sedang asyik dok baca, sampailah ke mukasurat 41 dan 77 di mana adanya 2 artikel tentang Malaysia (satu lagi edisi The Economist berjudul "Unhappy America" turut menyentuh isu Islam dan Murtad dengan kes-kes di Malaysia).

Berbalik kepada cerita asal, muka 41 artikel tersebut bertajuk "Malaysia: The South-East Asia Gorbachev?" Ceritanya lebih kepada kritikan terhadap PM Malaysia dan barisan pentadbiran negara. Ditonjolkan seolah-olah PM mengikut cara Mikael Gorbachev semasa mentadbir Soviet di dalam mengurustadbir Malaysia hari ini. Sekali baca kita orang Malaysia akan mempersoalkan kewajaran artikel sebegini untuk disiarkan. Dan rasa malu juga jika ia dibaca oleh orang luar yang baru nak kenal dengan Malaysia, comfirm lari tak datang Malaysia dah orang luar tu.

Muka surat 77 pula dikupas hal berkenaan empat watak iaitu PM, TPM, Anwar Ibrahim dan pembantu Anwar dan kes liwat 2. Cara penulisan dan perincian seolah-olah setaraf dengan laporan blogger tempatan. Perenggan awal artikel dalam nada sindiran mengenai Malaysia dan kaitan dengan liwat, malulah!

Saya pun tidak ingin mengulas panjang-panjang, cukuplah sekadar berkongsi maklumat. Mungkin rayat di Malaysia tidak membaca The Economist, tetapi jika kita sedar betapa imej negara kita senang-senang ditonjolkan secara negatif oleh majalah antarabangsa.

Jadilah seperti Singapura di mana pegawai khas menteri mentor Singapura mengutus surat kepada editor The Economist bagi memperbetulkan fakta dan menjelaskan hal sebenar yang sebelum ini diberikan laporan yang tidak tepat. Jabatan Perdana Menteri juga haruslah mengutuskan surat pembetulan fakta (jika laporan itu salah!) bagi menjernihkan keadaan dan agar pihak luar tidak sewenang memburukkan imej negara di mata luar.

Sekian.

Harapan Terakhir Kita Di Olimpik

Rasanya ini kali pertama saya begitu bersungguh-sungguh menyokong pasukan Olimpik negara (badminton) sehingga sanggup mengadap TV seawal jam 4.30am (di UK - 11.30am di Beijing) bagi menonton persembahan pemain negara.

Alhamdulillah dan syukur apabila melihat pemain tunggal Malaysia Lee, C. W. berjaya menundukkan Koncoro, S. D. di pusingan suku akhir badminton 'straight set' dan seterusnya melangkah dengan bergaya ke separuh akhir - bakal menentang pemenang antara China dan Korea.

Setelah beberapa atlit sebelum ke Beijing sebelum ini menjanjikan aksi terbaik dan harapan bagi memecahkan 'telor tembelang' dalam kutipan pingat, yang nyata apabila diterjemahkan di Beijing menjadi harapan yang PALSU!

Harapnya, Chong Wei akan membangkitkan semangat Malaysia dan seterusnya melangkah ke final (tidak kiralah apa pingat yang dimenangi, janji ada menang pingat!).

Acara balapan dan lain-lain rasanya sekadar pelengkap nama sahaja, sebab sebelum inipun atlit olahraga kita tidak begitu menyinar di peringkat luar dari Asia Tenggara. Tidaklah rasa kecewa sangat saya kalau atlit kita gagal dalam acara belapan.

Teruskan Malaysia dan jelmakan pingat buat negara!!

Tuesday 12 August 2008

Pro dan Kontra - UiTM

Bertemu kembali,

Hari ini Utusan Malaysia ada menyiarkan perihal bantahan kira-kira 5000 mahasiswa UiTM berkenaan saranan Menteri Besar Selangor supaya UiTM dibuka kepada non-bumiputra. Nampak bersemangat semua mahasiswa yang sanggup berarak lebih 2km ke bangunan SSAAS.

Sebagai orang islam dan melayu, saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dan apa yang tertulis di bawah ini merupakan pandangan peribadi saya sahaja.

Isu

Kita tinjau apa point Menteri Besar - untuk membolehkan UiTM bersaing di peringkat antarabangsa atau menjadi "World Class University", kriteria seperti jumlah pelajar asing / antarabangsa perlu diwujudkan.

Universiti awam (IPTA) lain termasuklah UTM sendiri telah lama dibuka kepada non-bumi dan international students dengan harapan pelajar tempatan akan bersaing secara sihat dan universiti menerima penarafan antarabangsa. Tetapi dalam hal ini, perlembagaan UiTM mungkin berbeza selari dengan dasar penubuhan awal ITM yang khusus membantu kaum Bumi atau Melayu dalam bidang pendidikan tinggi.

Kouta Non-Bumi

Kita lihat lagi ke belakang - kouta khas untuk non-bumi sebelum ini telah dibuka kepada MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) dan Matrikulasi (sebanyak 10%) dan mengikut pengalaman sendiri sebagai bekas pelajar MRSM, saya melihat tiada sebarang konflik 'hilang hak dan keistimewaan' yang timbul. Ini kerana jumlah 10% non-bumi yang terpilih ke MRSM adalah dikawal ketat dan terdiri daripada calon-calon yang terbaik sahaja (bukannya tangkap muat atas dasar kaum sahaja).

Kesan dari adanya 'kelibat' kawan-kawan Cina dan India di kalangan majoriti Melayu boleh saya katakan yang mereka ini yang perlu melakukan penyesuaian hidup, dan bukan kita. Apapun bagi pelajar melayu yang datang dari sekolah yang tiada kaum lain, situasi ini telah merubah suasana pembelajaran di sekolah; di mana pelajar melayu tidak lagi bersungguh-sungguh untuk bersaing sesama melayu, tetapi mengambil inspirasi untuk bersaing dengan Cina dan India + pelajar Sabah/Serawak. Kesan yang nampak ialah pencapaian MRSM telah diiktiraf sebagai antara yang terbaik di negara ini.

Kontra (yang negatif)

Sebagai orang melayu yang tinggal dan belajar di negara yang kini sedang menghadapi pelbagai cabaran (Politik, Ekonomi, Sosial etc), pastinya orang melayu merasakan kenyataaan oleh Menteri Besar itu sebagai usaha untuk menghakis hak orang melayu yang mana selama ini telah banyak hak mereka (Melayu) ini dikompromikan untuk bukan melayu.

Pelajar dan bekas pelajar UiTM pastinya menentang keras dan mengutuk usaha untuk membuka pintu kepada non-bumi untuk masuk ke UiTM (benteng Melayu terakhir di IPTA). Saya sebagai orang luar tidak berkelayakan untuk mengupas isu-isu dalaman yang berlaku di UiTM, tetapi kita boleh memahami 'konteks' isu tersebut apabila:

1. Bagaimana kemampuan untuk 'adaptasi' para pelajar diploma UiTM ketika menyambung Ijazah di universiti ramai Cina dan India (contoh, UPM dan UM). Adakah 'keselesaan' belajar di kalangan melayu sahaja seperti di UiTM dapat dirasai lagi?

2. Apabila tamat dari UiTM, adakah rasa bangga dengan ramainya orang Melayu di kalangan rakan sekelas dapat dikongsi untuk mendapatkan pekerjaan terutama di sektor industri yang kini banyak dikuasai/majikannya orang Cina dan orang luar?

3. Pemain industri yang rata-rata terdiri dari orang non-bumi (ini dapat dilihat dengan mata kasar kita sendiri) telah lama minda mereka diberitahu bahawa UiTM adalah untuk graduan Melayu. Kita perlu ingat bahawa perjuangan sebenar ialah apabila keluar untuk mendapatkan kerja.

4. Ijazah dan ilmu tidak akan memberi apa-apa manfaat jika menjadi 'graduan menganggur'. Jika terlalu lama dan menebal sudah rasa bangga dengan bangsa, mampukah kita mengikut telunjuk majikan yang non-bumi nanti? Takkan kita rela tidak bekerja jika tidak dengan taukeh Melayu juga? Ini kena rasional.

Pro (yang positif)

Pertamanya, saya tiada hak untuk menyentuh keputusan dan dasar yang ditetapkan kerajaan. Tetapi di dalam menghadapi cabaran globalisasi ilmu dan kepakaran, Melayu mahu atau tidak perlu membuka mata dan persiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran untuk bersaing!

Jangan nanti kita salahkan pula pentadbir universiti dan kerajaan sebab tidak menjadikan orang melayu bangsa yang kuat dan mampu bersaing (hanya menjadi jaguh sesama kaum sahaja). Masa itu dah terlambat. Justeru, cadangan:

1. JIKA buat masa ini kerajaan memikirkan tidak perlu isu kouta ini ditimbulkan, KPT perlu segera mengeluarkan kenyataan dengan segera supaya isu ini tidak berlarutan.

2. JIKA kerajaan merasakan perlunya kouta UiTM dibuka kepada non-bumi, pastikan ianya diperuntukkan dalam jumlah yang kecil (seperti kes MRSM dan Matrikulasi) supaya tidak membangkitkan masalah pengelompokkan pelajar (polarisasi) bumi-non bumi.

3. Seperti kes MRSM, kerajaan dan pentadbir universiti perlu secara tegas memastikan wujudnya kawalan terhadap kouta! Kalau kouta yang dibuka adalah kecil dan daripada itu hanya untuk mereka yang terbaik sahaja, tidak perlu pelajar melayu berasa risau atau tergugat.

Kesimpulan

Saya bukan menyokong non-bumi, tetapi saya mahu orang Melayu bersiap-sedia untuk menghadapi cabaran masa depan (ini hasil pengalaman hidup di UK).

Telah lama dipendam dalam hati dan pemikiran saya bahawa perkara pokok yang paling penting tetapi tidak mahasiswa/pihak berkenaan bangkitkan iaitu HAK SETIAP ANAK MELAYU UNTUK DIBERI BIASISWA, DAN BUKANNYA PINJAMAN SEPERTI PTPTN (sepertimana amalan semasa!). Itu baru kita katakan HAL KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU yang wajar kita pertahankan. Peluang untuk belajar/menuntut ilmu tidak boleh kita nafikan kepada orang lain kerana ilmu Allah adalah untuk semua.

Tambahan pula, dengan adanya biasiswa ia dapat membantu keluarga Melayu miskin di luar bandar (ramai sebenarnya) yang hendak menghantar anak pintar ini ke menara gading. Ada kes anak pintar ini terpaksa berkorban dengan menolak tawaran belajar di IPT kerana tahu keluarga tidak mampu menyediakan kos awal belajar, pastu sampai kerja 10 tahun masih tak habis bayar hutang PTPTN (macam saya).

Situasi ini telah lama nampak di UK, di mana orang Biritish diberi hak dan keistimewaan terhadap kos belajar dan peruntukan biasiswa, namun di masa yang sama peluang untuk orang luar untuk belajar (termasuklah saya di sini) tidak diabaikan, cuma kenalah bayar lebih dari kadar local students. Tiada masalah yang timbul, UK masih negara maju dan kehadiran pelajar asing tidak menggugat peluang pelajar local, malah ranking dan pencapaian universitinya telah meningkat.

Apa yang saya lontarkan ini tidak bertujuan memburukkan kaum sendiri atau mengkritik kelemahan kerajaan, dan harapan kepada yang membaca buatlah penilaian yang rasional.

Wassalam

Monday 11 August 2008

My Friend-ster

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebagai respon kepada komplen oleh rakan-rakan dan pelajar saya (berkenaan kesukaran berhubung dan melihat apa perkembangan, disebabkan saya sorang saje yang tiada friendster), maka minggu lepas saya telah mendaftar sebagai ahli dalam friendster.

Saya tak berapa gemar daftar di banyak-banyak tempat, sebab blog ni pun susah nak maintain posting. Selalu je malas nak update. Kalau banyak tempat, tak tahulah...hoho.

Selesai mendaftar dan mula nak kenal ngan friendster ini, saya akui yang formatnya tidak begitu 'kena' dengan stail saya (kerana saya lebih suka menulis panjang-panjang seperti dalam blog ini).

Namun ia nampak ada kelainan terutama memudahkan kita berhubung dengan rakan lama dan baru serta melihat foto-foto terbaru dan apa aktiviti mereka yang terkini (itupun kalau depa update!).



Apapun, jika ada kelapangan kelak saya akan masukkan foto-foto dan berita terkini ke dalam friendster untuk tatapan semua.

Sekian.

Sunday 10 August 2008

Kisah Ikang Kering

Gambar hiasan

Assalamualaikum, bertemu kembali bersama dr sepet,

Semalam kami berpeluang menghadiri majlis tahlil dan kenduri kesyukuran anjuran rakan yang tinggal di Wolfson College, Oxford University. (Sabtu, 2pm).

Ramai yang hadir, dan yang menariknya ramai juga anak bujang yang hadir. Eloklah dapat juga lihat kelibat mereka yang sememangnya jarang-jarang muncul. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, makanan pun banyak. Ada yang biasa makan dan ada yang tak pernah tengok pun sebelum ni.

Senang dan baik hati komuniti Melayu kat Oxford ni, kalau ada majlis/makan/sambutan apa-apapun, semua pakat-pakat bawa makanan, kumpul, and jadi banyak. Dapat merasa banyak spesis lauk-pauk yang kita pun tak biasa buat di rumah.

Biasalah lepas makan, kami dokla borak-borak, dari topik keluarga, aktiviti di kampus, kerja, apa plan untuk summer, kisah Malaysia, politik dan banyak lagi. Semua cover dalam perbincangan. Ada yang pro dan ada yang kon.

Dalam pukul 5.30pm, kami pun plan nak angkat kaki (lepas perut kenyang), ada akak yang tinggal berdepan ngan rumah yang kami pegi, jemput ke rumahnya. Macam best dok kat sini, ada jiran Malaysia (bagus tak ramai sangat), senang kalau nak buat apa majlis.

Akak ni dan suami dia sama-sama study kat Oxford Uni (orang Kelantan kata isteri saya). Sambil dok borak ngan suami dia dan tengok TV, orang rumah inform yang akak tu bagi kami ..... oh! ikan kering...huhu...memang dah lama memburu ikan kering kat area Oxford, tapi belum sempat cari lagi.

AKHIRNYA, setelah lebih setengah tahun tidak menjamah ikan kering, hari ini dapatlah saya merasa ikan kering, Alhamdulillah itulah rezeki kalau kita berkenal-kenalan dengan ramai orang. Bukan apa, pasal dah lama sangat dok bersungut, bukan nak makan sampai kenyang, cukuplah sekadar ambik rasa yang ingatkan saya masa kecik kat kampung bersama 9 adik-beradik dulu.

Hingga ketemu lagi. Wassalam.

Tuesday 5 August 2008

APA DAH JADI?

Veteran UMNO buat laporan BPR terhadap Presiden UMNO

05/08/2008 2:54pm (Sumber: Utusan online)

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Seorang veteran UMNO, Mazlan Harun membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Presiden parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan kuasa dalam parti.

Mazlan mendakwa kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu `berkempen’ bagi meraih sokongan pemimpin kanan semua peringkat dari seluruh negara untuk mengekalkan jawatan disandang untuk pemilihan UMNO, Disember ini.

Laporan itu dibuat di pejabat BPR Wilayah Persekutuan di Jalan Sultan Hishamuddin pada pukul 10 pagi hari ini. - Utusan.

Monday 4 August 2008

Minyak; Politik Malaysia; Jalan Raya; Politik Wang; Mahkamah Syariah

Minyak

New York - Harga minyak global mengalami penurunan besar (massive selloff) Isnin melebihi $4 per tong, jatuh di bawah $120 per tong, pertama kali sejak awak Mei selepas Ribut Tropika Edouard membadai fasiliti minyak dan gas di kawasan pengeluaran di Teluk Mexico. Rasanya telah beberapa kali Dr Sepet komen mengenai isu minyak ini di blog, maka tidak perlu lagi untuk ulas panjang-panjang. Ahli ekonomi yang bijak pandai, mainkan peranan (anda akan disoal Allah apabila dibangkitkan kelak), gunakan ilmu anda untuk jalan yang betul (dapat pahala), bukan senyap sembunyi sepi dan angguk setuju sahaja walhal ianya salah (dapat pulak dosa).

Politik Malaysia

Senario politik negara dilihat terus bergelora dengan pelbagai isu kompleks terus berlegar tanpa menampakkan sebarang penyelesaian. Dari isu kehakiman, rasuah, pendekatan Islam Baru yang tidak pernah muncul sebelum ini, dakwaan leewat membabitkan pemimpin besar, warisan jawatan dalam kerajaan (rakyat kena terima saja, jangan bantah?), berita tukar kerajaan Sept nanti, dsb. Terbaru dan hangat, pilihan raya kecil Permatang Pauh yang akan diputuskan esok (Rabu) oleh SPR, rakyat di seluruh negara kini sedang meneropong prestasi dan kekuatan dua pihak iaitu BN dan PR.

Sebagai seorang anak Malaysia, saya sayang Malaysia, namun saya sedih melihat isu-isu yang sebegini terus mewarnai negara. Bukan lagi isu yang cemerlang, usaha mencapai wawasan negara maju, keutuhan etika dan memarbatkan Islam yang sebenar dan kestabilan ekonomi mikro dan makro.... Moga Allah bantu kami, pulihkan negara kami, jauhkan kami dari pimpinan yang tidak patuh kepada-Mu, jangan timpakan kami, keluarga dan negara kami dengan kemelaratan, kesulitan dan kerosakan yang tidak mampu kami tanggung.

Kematian Di Jalan Raya

65% penunggang motosikal di Malaysia maut tanpa topi keledar. Itulah fakta yang dikeluarkan oleh JKJR (Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya), seterusnya menjadikan Malaysia kini mengambil alih tempat Indeks Kematian Jalan Raya yang sebelum ini dijuarai Thailand dan Indonesia. Justeru, rakyat baik di bandar dan di luar bandar, sayangilah nyawa dan ingatkan mereka yang tersayang, yang bergantung hidup kepada anda. Patuhilah peraturan pemakaian topi keledar (yang ikut standard) demi memelihara nyawa anugerah Allah ini.

Politik Wang

"Daging dan darahnya tidak akan mendapatkan (keredhaan) Allah, akan tetapi ketaqwaanmulah yang mendapatkannya..." Q.S.AL; Hajj:37

Berlegar kembali isu politik wang menjelang pemilihan UMNO di peringkat cawangan dan bahagian yang sedang berlangsung sekarang ni. PM dah arahkan special unit untuk memantau (jgn pantau saja) dan ambil tindakan dengan mengheret 'syaitan politik' ke muka pengadilan. Akhbar arus perdana juga tidak terlepas melaporkan hal ini. Rasanya dulu tidaklah heboh sangat isu beli undi atau duit kopi ni diperkatakan, tapi kebelakangan ini macam tidak mampu dibendung lagi. Eh! malulah orang Islam/Melayu buat hal-hal macam ini. Apa Islam Hadhari tak larang ke? Kalau terima konsep Islam Hadhari, kenalah ikut dasarnya kan.

Mahkamah Syariah

Kasihan!!! Satu lagi perkembangan mutakhir yang menyesakkan perut! Mahkamah Syariah sedang mempertimbangkan untuk dibuka pada hujung minggu bagi membicarakan dakwaan kes khalwat orang Islam. Ini berikutan gejala sosial membabitkan pasangan Islam (orang tempatan mahupun warga asing yang Islam) semakin tidak dapat dibendung dan dikawal lagi. Jika dahulu mereka ini melakukan khalwat di tempat sunyi dan berdua-duaan, kini ia berani dibuat terang-terangan dan secara berkumpulan lagi! Pembukaan mahkamah pada hujung minggu akan mengelakkan tertuduh untuk lari atau tidak hadir (alasan tidak hadir pada hari biasa). Ini kerana terdapat pasangan merupakan warga negara asing yang dari tempat lain (katakan dari Perak datang berdating di KLCC pada hari Ahad, pastu balik semula ke Perak). Kalaulah hal berkenaan agama betul-betul kita hayati dan agensi yang terlibat pula betul-betul nak laksana "Amal Maaruf, Nahi Mungkar", rasanya tak perlulah hakim-hakim mahkamah Sayriah mengorbankan hujung minggu bersama keluarga di kamar Hakim.


Wassalam.

Saturday 2 August 2008

Go Veggie

Bertemu kembali,

Semalam (Sabtu) Dr Sepet dan isteri sempat meluangkan masa berjalan-jalan di sekitar Oxford City Centre. Rasa boring jugak asyik duduk di rumah tengok TV je hujung minggu. Elok keluar cuci mata dan cuci wallet sekali.

Punyelah ramai orang/pelawat/pendatang/summer school students duduk merayau kat pusat bandar tu. Macam dah nak meletup tempat ni. Setiap penjuru penuh dengan kaki-kaki orang duduk melepak. Bermacam bangsa, baik Eropah, Cina, India, Indonnesia pon ada, Filipina, dan segelintir Brits.

Sebabnya sekarang nie summer vacation, so ramailah pelancong yang datang visit Oxford untuk melihat bangunan-bangunan lama yang bersejarah, juga melawat berbelas-belas Muzium yang terdapat di bandar ni.

Hajat kami nak lunch kat McD kat High Street, tapi dari luar dah nampak orang dah duduk makan kat kaki lima McD, kami pun take away jelah. Sementara menunggu orang rumah beli Fillet O Fish tu, saya pun melepak jugaklah kat depan McD, kat belakang saya ada satu poster besar di sandar kat cermin premis McD tu.

"Hentikan jenayah terhadap haiwan" - terpampang foto butcher tengah potong daging (lembu atau babi, tidak pula dapat saya pastikan). Jengok kat depan, tuuu diaaa! satu booth panjang dikerumuni orang ramai.

Rupa-rupanya tengah dok rancak promosi "Go Veggie"; Stop Killing Aminal in Oxford! Siap dengan macai/budak lelaki pakai maskot lembu susu lagi. Saya tak jangka budak tu veggie, tapi oklah jugak sebab ramai awek minah saleh yang dok himpit nak ambik gambar ngan dia (dia sebagai lembu yang comel!).

Apa punye pelik orang kat sini, makan daging lembu dianggap penderaan terhadap hak haiwan, sedangkan tiada pun dalam agama (Islam ke Kritian ke) yang melarang atau mengharamkan makan daging (kecuali Islam yang haramkan umatnya makan babi dan apa-apa yang syubhah). Hindu mungkinla haramkan daging lembu. Tapi tak nampak pulak tanda-tanda pengaruh Hindu kat booth tu.

Kalau daging tak boleh makan, kerana mendera dan ianya benda hidup yang bernyawa, tapi depa setiap malam dok tegok arak kat pub tu bukan amalan tidak sihat ke? Inilah cakap tak serupa bikin dan hanya gunakan sesuatu hukum untuk disesuaikan dengan kehendak dan nafsu sendiri.

Tapi promosi begini ada baiknya juga sebab apa? Yelah, eloklah semua orang kat sini beralih menjadi Veggie (yang juga benda hidup kerana amalkan fotosintesis), daging dan lembu atau kambing tu eloklah dieksport untuk didermakan kepada orang-orang miskin (ramai lagi tu) kat negara Afrika untuk menampung gizi pemakanan mereka.

Bagi saya, Allah jadikan haiwan ada tugasnya dan salah satu adalah untuk menjadi sumber makanan kepada manusia, itu kena kita faham. Bukan juga saya menolak atau mengutuk orang veggie, kalau nak jadi veggie, jadilah, tapi jangan pula mengkritik orang yang "makan secara seimbang ni".

Islam Hadhari - di mana "amal maaruf, nahi mungkar kamu?".

Wassalam.

Bila minyak turun, wajarlah yang lain pun turun, kan?

Minyak ikut pasaran * Harga diselaras setiap 1 haribulan * Subsidi kekal 30 sen seliter

PUTRAJAYA 1 Ogos – Berkuat kuasa 1 September depan, harga runcit petrol akan diselaraskan berdasarkan harga pasaran purata bulanan minyak, manakala subsidi yang diberikan oleh kerajaan dikekalkan pada kadar 30 sen seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengumumkan dasar itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga runcit baru petrol akan ditetapkan pada 1 haribulan setiap bulan.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengkaji secara teliti pola menurun harga minyak mentah dunia kebelakangan ini yang telah turun kepada AS$122 setong pada 29 Julai lalu berbanding harga tertinggi AS$148 setong pada awal bulan itu.

===================================================

Komen Dr Sepet:

SECARA RELATIFNYA jika sebelum ini kenaikan harga runcit petrol dan diesel dijadikan asas untuk menaikkan harga barang keperluan harian, perkhidmatan bas, penjanaan tenaga elektrik oleh TNB dan banyak lagi, maka dengan kajian semula dan BERITA PENURUNAN harga minyak yang bakal dibuat pihak kerajaan kelak pastinya kos operasi seperti yang saya nyatakan di atas akan menurun.

JUSTERU, apabila kos menurun, harga barang dan perkhidmatan juga harus DITURUNKAN! selari dengan prinsip ekonomi bebas/terbuka yang diamalkan kerajaan hari ini. Bukan begitu?

Kata orang ramai, bila dah naik jangan haraplah nak turun. Tapi kalau pasaran dunia naik ,cepat-cepat kita naikkan atas alasan itu fenomena global. Jadi, apabila harga global turun, jarang atau hampir tiada pulak kita dengan harga yang naik tadi, diturunkan. Kalau ada bukti, beritahu saya, baru boleh saya percaya!

Semoga yang naik, tidak terus naik/kekal naik - kalau dah turun tu, cepat-cepatlahlah jugak diturunkan.

Wassalam