Monday 25 October 2010

Galas & Batu Sapi: Pakat-pakat keluar mengundi


Akhbar Kosmo keluaran Isnin (25 Oktober 2010, p. 4), memberikan statistik pilihanraya bagi DUN Galas dan Batu Sapi pada PRU 2008 yang lalu sebagaimana berikut:

N45 GALAS
Jumlah pengundi: 11553 orang
Komposisi kaum/pengundi (% digenap kepada puluh yang hampir): Melayu 66%; Cina 22%; India 2% dan lain-lain 10%

Statistik PRU 2008:
Che Hashim Sulaima (PAS) (4399 undi)
Mohamad Saufi Deraman (UMNO/BN) (3753 undi)

Majoriti: 646 undi
Jumlah undi: 8323 undi
Peratus keluar mengundi: 80.57%
Undi rosak: 171 undi

------------------------------------------

P185 BATU SAPI
Jumlah pengundi: 26004 orang
Komposisi kaum/pengundi (% digenap kepada puluh yang hampir): Bumi Islam 60%; Bumi Bukan Islam 2%; Cina 37% dan lain-lain 1%

Statistik PRU 2008:
Edmund Chong Ket Wah (BN) (9479 undi)
Chung Kwong Win (Bebas) (5771 undi)

Majoriti: 3708 undi
Jumlah undi: 15980 undi
Peratus keluar mengundi: 61.45%
Undi rosak: 730 undi

------------------------------------------

Rasanya, kita semua telah sedia termaklum akan calon-calon yang bakal betanding bagi merebut kedua-dua kerusi yang dikosongkan penyandangnya sebelum ini.

Setakat yang rasmi, Saudara Abd Aziz Yusoff dari parti UMNO dan Dr. Zulkefli Mohamad dari parti PAS telah diumumkan sebagai calon untuk kerusi DUN Galas.

Manakala Datin Linda Tsen Thau Lin dari parti PBS telah diumum sebagai calon BN, Ansari Abdullah pula mewakili PKR dan seorang calon daripada SAPP (tetapi tidak dinyatakan oleh akhbar ini) telah diumumkan bertanding untuk kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Kepada yang telah dipilih menjadi calon, tahniah. Perjuangan anda baru sahaja bermula. Ini kerana:

Walau sehebat manapun wibawa parti anda, 
Setinggi manapun kaliber calonnya,
Secekap manapun perjalanan jentera/gerak kerja parti,
Sebanyak manapun projek pembangunan yang dijanjikan,
Akhirnya, di tangan para pengundi jualah nasib anda ditentukan.

Justeru, di sini saya ingin berkempen agar para pengundi, baik Melayu, Orang Asli, bumi dan non-bumi, untuk beramai-ramai keluar mengundi, memilih pemimpin baru untuk kawasan anda.

Andalah yang menentukan siapa yang akan menggalas 'amanah' (dan bukannya sapu duit rakyat membuncitkan perut sendiri dan kroni) ini.

Malah, undi andalah yang akan menentukan masa depan anda  - kerana setiap anda akan terkesan dengan keputusan pengundian ini. 

Buatlah pilihan dengan bijak, pakat-pakatlah keluar mengundi!

Sunday 24 October 2010

Sesawang yang bersawang

Sudah seminggu (lebih sikit) saya berada di tanah air. Meninggalkan Heathrow di kala cuacanya begitu muram, suram dan sejuk, tiba di Dubai yang panas dan mengantukkan mata. Terbuka sahaja pintu pesawat Boeing di KLIA, jam 9.40pm, boleh terasa 'hawa' udara panas menyentuh lengan saya, nikmatnya tidak terkata.

Kembali ke tanah air, bererti cabaran jadi berganda. Untuk bahagikan masa dengan tugasan penyelidikan dengan hal-hal kedua keluarga, di samping menguruskan hal-hal yang tersedia adanya (hal keluarga sendiri).

Alhamdulillah, saya, isteri dan Mawaddah setakat ini sihat semuanya, tidak kena sakit yang berbahaya.

Ke kampung juga telah pulang, tok dan tokki ceria bermain dengan cucu yang pertama. Atuk dan nenek juga terasa terisi masa.

Kini boleh mula set-up kerusi meja untuk mulakan kerja-kerja. Masa 2 bulan bukannya lama, pejam-celik-pejam-celik saja.

Mungkin ke Johor Bahru, ke Lipis, Kuala Terengganu dan Kota Bahru. Jalan-jalan cari data dan cuci mata.

Nanti 'update' lagi. Wassalam.

Wednesday 13 October 2010

Sumber tenaga masa depan


Sumber: SINI

8 lokasi dikaji untuk loji janakuasa nuklear

13/10/2010 3:40pm

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Kerajaan sudah mengenal pasti lapan lokasi di Semenanjung Malaysia untuk membina loji janakuasa nuklear pertama negara yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr. Daud Mohamad berkata, lokasi itu bagaimanapun masih lagi dalam kajian untuk dipilih sebagai lokasi sesuai yang memenuhi kriteria sebelum diumumkan oleh kerajaan.

"Antara kriteria yang mesti ada untuk membina loji janakuasa nuklear ini ialah kita memerlukan kawasan yang berhampiran dengan sumber air, mempunyai struktur tanah yang berbatu keras dan kawasan yang tidak mudah banjir.

"Jika ada penduduk di kawasan yang dipilih itu, mereka harus berpindah manakala kawasan yang sudah dibangunkan pula kita perlu pindahkan tetapi kosnya sangat mahal.

"Apa-apa pun segala keputusan akhir akan dibuat oleh kerajaan dan dijangka ditetapkan dalam tahun 2012,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Pengurusan Kualiti 2010 di sini hari ini. - Bernama.

------------------------
nota: 

- nampaknya kerajaan begitu komited untuk menjadikan nuklear sebagai antara penjana utama tenaga negara pada masa hadapan.

- saya pernah bersembang dengan John, 2 kali mengenai isu tenaga nuklear ini.

- John telah berbelas tahun terlibat secara langsung di dalam kajian dan konsultansi berkaitan pembangunan loji tenaga nuklear di UK, dan kini sedang menguruskan kontrak besar jangka panjang dengan EDF, pengeluar tenaga nuklear terbesar dunia dari Peranchis. 

- banyak boleh ditulis, tetapi mungkin tidak banyak yang boleh difahami dari kacamata orang terbanyak berkenaan isu ini.

- cuma, John menasihatkan, berpandukan pengalaman beliau yang semasa, Malaysia perlu memikirkan 2 perkara pokok iaitu; dari mana mendapatkan sumber/bahan mentah (sekarang Australia merupakan pengeluar bahan mentah utama dunia), dan kedua, ke mana hendak dilupus/dibuang/diurus bahan sisa nuklear tersebut.

- jika ini dapat dijustifikasikan, mungkin nuklear akan menjadi lebih 'hijau' untuk dipilih sebagai sumber tenaga utama bagi negara di masa hadapan.

- malah, mungkin juga kerajaan pada akhirnya dapat mengkaji semula kontrak-kontrak bernilai berbilion ringgit yang telah dibelanjakan untuk penjanaan tenaga tidak perlu (lebih kapasiti) oleh penjana tenaga bebas, yang dibayar menggunakan wang rakyat.

Only 1 day to go.........and counting..

Tuesday 12 October 2010

Awak dah boleh balik


Jam di tangan sudah menghampiri pukul 10.50 am. Saya dengan pantas mematikan suiz komputer, dan kemudian menyusun langkah menuju ke OISD (Oxford Institute for Sustainable Development) untuk bertemu dengan 'rakan-rakan kritikal' (ciritical friends).

Tiba awal (seperti biasa) di tingkat 2 OISD, saya menunggu di luar bilik, dengan perasaan yang berdebar-debar.

Al-maklumlah, ini merupakan pertemuan pertama saya dengan John & Jake, setelah beberapa bulan 'bersembunyi dalam gua'.

John keluar bilik dan menyapa saya. Beliau nampaknya kurang sihat. Nampak tua apabila badan tidak sihat. Maklumlah, sekarang ini memang musim dia. Bukan musim durian, tetapi musim orang terjangkit flu.

Dia pelawa saya untuk menyertainya di dapur, buat kopi.

Otak berputar ligat dengan secawan kopi, katanya. Saya minta juga 1 cawan, hitam dengan 2 gula.

Jake kemudiannya menyertai kami di dapur, habuannya? Juga secawan kopi.

3 orang, 3 cawan kopi. Diskusi bermula. Bersilat dan berkuntau. Menjelas dan mendebat perihal kerja-kerja yang telah, sedang dan akan dilaksanakan.

1 jam 30 minit berlalu tanpa kami sedari.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Ada yang merisaukan, dan ada yang menyenangkan. Ada yang perlu dijangka kemungkinan yang buruk, dan ada yang sudah nampak makin baik.

Dan di penghujung diskusi itu, John pandang Jake dan akhirnya berkata:

"Khairul, awak dah boleh balik (ke Malaysia)"!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

2 hari lagi...and counting

Monday 11 October 2010

Petikan Minggu Ini

"Sememangnya, politik adalah permainan jatuh-menjatuhkan politikus dari jawatan dan kedudukannya, tetapi bukan untuk memijak maruah musuh politik sebagai seorang manusia.

Betapa terdesak sekalipun, garis ini haram dilangkaui - bukan sahaja sebagai kayu ukur demokrasi (bagaimana musuh politik dilayan), tetapi juga sebagai benteng ketamadunan.

Dan yang paling penting, sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membebaskan diri daripada politik dubur*.  


Rakyat Malaysia harus membebaskan diri - untuk berfikir menggunakan otak sendiri, dan bukannya otak Mahathir Mohamad mahupun dubur Saiful Bukhari Azlan.

Malaysia wajib keluar dari dubur Saiful Bukhari Azlan.  Saya doakan agar ia masih belum terlewat, sebelum satu Malaysia terhumban ke dalam jamban dan dijirus arus globalisasi".

(Artikel penuh - SINI). 

* bermodalkan politik dubur, negara telah kehilangan seramai 304,358 orang bakat buatan Malaysia yang lari berkhidmat ke luar negara antara Mac 2008 - Ogos 2009, serta mungkin turut menyumbang kepada kemerosotan 81% FDI (Pelaburan Langsung Asing) negara dari US$7.32b (RM23.47b) pada tahun 2008, kepada US$1.38b (RM4.43b) pada tahun 2009.

10.10.10 = Al-fatihah


10.10.10, di kala ramai orang yang 'beriman' kepada angka dan nombor mengambil 'berkat' tarikh ini bagi melangsungkan upacara dan sambutan tertentu, adalah masih belum terlewat untuk kita bersama sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah-arwah kemalangan ngeri di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Rembau, petang semalam (sumber), foto (sini).

Sesungguhnya setiap kita ini datang daripada Allah, dan dijemput pulang juga di atas ketentuan Allah, tanpa terlewat walaupun sesaat.

Sungguhpun tragedi seumpama ini boleh kita terima sebagai suratan takdir, namun masih wujud ruang dan peluang untuk dikaji akan punca dan sebab-musabab yang menyumbang kepada kemalangan ini, dan bagaimana kejadian seumpama ini dapat dielak daripada berulang di masa hadapan.

Wassalam.

Friday 8 October 2010

Mawaddah yang comot

 Buat apa tuh?

 Comotnya! Main tadi tak ingat punya...

 Kawan dia kat dalam kereta

 Kita gantung dia...

 Buat muka tak bersalah

 Mimik muka orang yang bersungguh nak balik rumah

 Ni coklat yang ayah beli waktu pergi buat cermin mata di pekan tadi

 Ni pulak budak comot yang tamakkkan coklat

Mujur dapat 'half-price', kalau tak...window shopping ajalah!

Tuesday 5 October 2010

Susahnya jadi lelaki



Menurut kuliah agama yang disampaikan oleh Y. Bhg. Ustaz Ismail Kamus (lamaaa dulu), jika seseorang lelaki itu sudah 'lulus' ujian amalannya di mahkamah Allah di Padang Mahsyar kelak - ujian amalan fardhu ain seperti solat, puasa, zakat, etc. dan dia dalam perjalanan untuk memasuki syurga, terdapat 4 golongan wanita yang akan membuat tuntutan kepada si lelaki ini.

Waktu itu, anak tidak kenal bapa, suami tidak kenal isteri, semua orang sibuk memikirkan nasib masing-masing, semua orang sanggup berbuat apa sahaja untuk menghindar azab  dan siksaan Allah.

Menurut Ustaz lagi, 4 golongan wanita yang akan menguji si polan itu tadi adalah:

Ujian pertama:

1) Ibu - yang membuat tuntutan "mengapa dikau semasa hayat dan sebagai anak tidak pernah menegur dan menyuruh ibumu ini mematuhi perintah Allah (menutup aurat, etc)", walhal aku telah memberimu pendidikan/ilmu?

Jika si polan tersebut 'lulus' ujian' ini, datang pulang golongan ke-2:

2) Adik-beradik perempuan - "mengapa dikau sebagai abang/adik lelaki tidak mengajar dan menyuruhku mematuhi perintah Allah/menutup aurat, etc"?

Jika si polan tersebut 'lulus' ujian' ini, datang pulang golongan ke-3:

3) Isteri - "mengapa dikau sebagai suamiku tidak mengajar dan menyuruhku mematuhi perintah Allah/menutup aurat, etc"?.

Jika si polan tersebut 'lulus' ujian' ini, datang pulang golongan ke-4:

4) Anak perempuan - "mengapa dikau sebagai bapa/ayah tidak pernah mengajar dan menyuruhku mematuhi perintah Allah/tutup aurat, etc"?

Kuliah oleh Ustaz Ahar ini pula (anda yang tengok kena terima cara orang Terengganu 'beri nasihat' - dari segi bahasa kedengaran agak kasar), mengingatkan  kita bahawasanya mudah untuk kita menjadi lelaki yang fasik (orang yang ingkar perintah Allah, tidak jatuh kafir lagi, cuma berdosa).

-Kita jadi anak yang fasik jika tidak tegur ibu kita agar patuh kepada suruhan agama (terutama di dalam bab menjaga aurat), sedangkan kita ada pengetahuan/ilmu tentangnya.

-Kita jadi abang yang fasik jika tidak tegur adik-beradik kita agar patuh kepada suruhan agama (terutama di dalam bab menjaga aurat).

-Kita jadi suami yang fasik jika 'takut' nak tegur isteri kita agar menutup aurat.

-Kita jadi ayah yang fasik kerana 'takut' nak tegur dan suruh anak-anak kita tutup aurat.

Bila direnung-renung, huh! kat mana aku ni....

Monday 4 October 2010

Ha..ha..hanya di Malaysia

 Model Proton yang gagal memasuki 'production line'

 Punca mengapa kadar kemalangan jalan raya di negara kita tinggi

 Sup ayam berulamkan tayar basikal pun sodappp!

 Anda terperanjat dengan 'pemberitahuan' ini? Jengok seterusnya

 Ini sesungguhnya menggeletek perut anda...kurang pengetahuan kot!

Yang last ni, dia servis benda tak hidup, ke benda hidup...hohoooo...

Sunday 3 October 2010

Petikan Minggu Ini - 2

In many ways,
the work of a critic is easy

We risk very little,
yet enjoy a position over those
who offer up their work
and their selves to our judgement.

We thrive on negative criticism,
which is fun to write and to read.

But the bitter truth we critics must face
is that in the grand scheme of things
the average piece of junk
is probably more meaningful
than our criticism designating it so.

But there are times 
when a critic truly risks something
and that is in the discovery
and defence of the new.

The world is often unkind
to new talent, new creations.

The new needs friends.

Last night,
I experienced something new,
an extraordinary meal 
from a singularly unexpected source.

To say that both the meal and its maker
have challenged my preconceptions
about fine cooking
is a gross understatement.

They have rocked me to my core.

In the past, I have made no secret
of my disdain
for Chef Gusteau's famous motto
"Anyone can cook".

But I realise only now
do I truly understand what he meant.

Not everyone
can become a great artist,
but a great artist 
can come from anywhere.

It is difficult to imagine
more humble origins
than those of the genius
now cooking at Gusteau's,
who is, in this critic's opinion,
nothing less than the finest chef in France.

I will be returning to Gisteau's soon,
hungry for more.

- Anton Ego (Ratatouille movie)

Commonwealth Games Opening: Bangga...tapi macam ada yang kurang...

Sekarang ini masih berlangsung upacara pembukaan Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India.

Siapa yang tidak bangga melihat pasukan Malaysia berarak masuk dengan jalur gemilang berkibar megah. Moga sesuatu yang lebih bermakna dapat dibuktikan oleh kontigen besar Malaysia ke kejohanan kali ini.

Di sebalik rasa bangga dengan munculnya pasukan dan atlet yang bakal menggalas cabaran kali ini, terselit sedikit rasa 'dukacita' dengan penampilan anggota kontigen kali ini.

Berpakaian moden, bersuit hitam dan blaus, tidak mempromosikan kepelbagaian budaya dan kaum di Malaysia, sedangkan pengulas rancangan memperincikan bagaimana wujudnya komuniti India di Malaysia di samping entik-etnik yang lainnya.

Sungguhpun ianya satu upacara sukan, dan bukannya persembahan kebudayaan, namun mengapa tidak ditonjolkan sedikit elemen keunikan dan kepelbagaian yang kita miliki.

Lihatlah bagaimana kontigen Scotland yang berbangga dengan 'kilt' mereka, India dengan sari, Nigeria serta lainnya-lainnya yang selesa menampilkan keunikan budaya negara masing-masing.

Walau apapun, perjuangan negara baru bermula, harapnya emas badminton akan dapat kita pertahankan.










Mawaddah berhujung minggu

Jalan-jalan, makan ayam panggang

Bagi mengubat kekecewaan kerana Carboot Sale Chippin Norton hanya 'indah khabar dari rupa', kami kembali ke Oxford mencari tempat makan.

Memandangkan masih ada kupon Nando's yang belum ditukar, inilah waktunya untuk kami guna dan manfaatkannya, memandangkan hanya beberapa hari sahaja lagi kami akan berangkat pulang ke tanah air.






Bergaya dengan 'Wellis' baru

Memandangkan UK kini semakin mendekati musim sejuk (Winter), penggunaan atau pemakaian kasut boot getah (Wellis) menjadi sesuatu yang perlu.

Di 'nursery'-nya Mawaddah memerlukan kasut sebegini terutama untuk aktiviti luar bilik. Jika tidak, berlumpur habislah kasut dan kaki seluarnya.












Atuk-nenek, Tok-tokki, 12 hari lagi kita berjumpa di Malaysia ye!

Wassalam