Sunday 3 October 2010

Commonwealth Games Opening: Bangga...tapi macam ada yang kurang...

Sekarang ini masih berlangsung upacara pembukaan Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India.

Siapa yang tidak bangga melihat pasukan Malaysia berarak masuk dengan jalur gemilang berkibar megah. Moga sesuatu yang lebih bermakna dapat dibuktikan oleh kontigen besar Malaysia ke kejohanan kali ini.

Di sebalik rasa bangga dengan munculnya pasukan dan atlet yang bakal menggalas cabaran kali ini, terselit sedikit rasa 'dukacita' dengan penampilan anggota kontigen kali ini.

Berpakaian moden, bersuit hitam dan blaus, tidak mempromosikan kepelbagaian budaya dan kaum di Malaysia, sedangkan pengulas rancangan memperincikan bagaimana wujudnya komuniti India di Malaysia di samping entik-etnik yang lainnya.

Sungguhpun ianya satu upacara sukan, dan bukannya persembahan kebudayaan, namun mengapa tidak ditonjolkan sedikit elemen keunikan dan kepelbagaian yang kita miliki.

Lihatlah bagaimana kontigen Scotland yang berbangga dengan 'kilt' mereka, India dengan sari, Nigeria serta lainnya-lainnya yang selesa menampilkan keunikan budaya negara masing-masing.

Walau apapun, perjuangan negara baru bermula, harapnya emas badminton akan dapat kita pertahankan.










No comments: