Tuesday, 5 October 2010

Susahnya jadi lelaki



Menurut kuliah agama yang disampaikan oleh Y. Bhg. Ustaz Ismail Kamus (lamaaa dulu), jika seseorang lelaki itu sudah 'lulus' ujian amalannya di mahkamah Allah di Padang Mahsyar kelak - ujian amalan fardhu ain seperti solat, puasa, zakat, etc. dan dia dalam perjalanan untuk memasuki syurga, terdapat 4 golongan wanita yang akan membuat tuntutan kepada si lelaki ini.

Waktu itu, anak tidak kenal bapa, suami tidak kenal isteri, semua orang sibuk memikirkan nasib masing-masing, semua orang sanggup berbuat apa sahaja untuk menghindar azab  dan siksaan Allah.

Menurut Ustaz lagi, 4 golongan wanita yang akan menguji si polan itu tadi adalah:

Ujian pertama:

1) Ibu - yang membuat tuntutan "mengapa dikau semasa hayat dan sebagai anak tidak pernah menegur dan menyuruh ibumu ini mematuhi perintah Allah (menutup aurat, etc)", walhal aku telah memberimu pendidikan/ilmu?

Jika si polan tersebut 'lulus' ujian' ini, datang pulang golongan ke-2:

2) Adik-beradik perempuan - "mengapa dikau sebagai abang/adik lelaki tidak mengajar dan menyuruhku mematuhi perintah Allah/menutup aurat, etc"?

Jika si polan tersebut 'lulus' ujian' ini, datang pulang golongan ke-3:

3) Isteri - "mengapa dikau sebagai suamiku tidak mengajar dan menyuruhku mematuhi perintah Allah/menutup aurat, etc"?.

Jika si polan tersebut 'lulus' ujian' ini, datang pulang golongan ke-4:

4) Anak perempuan - "mengapa dikau sebagai bapa/ayah tidak pernah mengajar dan menyuruhku mematuhi perintah Allah/tutup aurat, etc"?

Kuliah oleh Ustaz Ahar ini pula (anda yang tengok kena terima cara orang Terengganu 'beri nasihat' - dari segi bahasa kedengaran agak kasar), mengingatkan  kita bahawasanya mudah untuk kita menjadi lelaki yang fasik (orang yang ingkar perintah Allah, tidak jatuh kafir lagi, cuma berdosa).

-Kita jadi anak yang fasik jika tidak tegur ibu kita agar patuh kepada suruhan agama (terutama di dalam bab menjaga aurat), sedangkan kita ada pengetahuan/ilmu tentangnya.

-Kita jadi abang yang fasik jika tidak tegur adik-beradik kita agar patuh kepada suruhan agama (terutama di dalam bab menjaga aurat).

-Kita jadi suami yang fasik jika 'takut' nak tegur isteri kita agar menutup aurat.

-Kita jadi ayah yang fasik kerana 'takut' nak tegur dan suruh anak-anak kita tutup aurat.

Bila direnung-renung, huh! kat mana aku ni....

No comments: