Jika anda ada pandangan, sila kongsikan.
Saya melihat, setiap kali timbulnya isu perbincangan mengenai perpaduan Melayu Islam, sesetengah kita akan memahaminya sebagai "muzakarah di antara UMNO dengan PAS".
Bagitupun, pada rajah di atas, saya menawarkan kerangka yang lebih luas, dan bagaimana saya melihat isu (perpaduan) tersebut sehingga menjangkaui usaha menemukan UMNO dan PAS, yang dikatakan mewakili majoriti Melayu Islam di Malaysia.
Perpaduan haruslah dipupuk tidak di peringkat parti politik, malah ianya harus dimulakan di peringkat akar umbi, dengan tidak bertunjangkan fahaman atau ideologi politik kepartian yang sering memecah-belah dan membahagikan kumpulan di dalam masyarakat.
Sumber baru bagi menjana kekuatan ummat Melayu Islam saya fikir harus bermula dengan pemerkasaan fungsi serta peranan "kariah" di segenap kawasan. Kariah yang paling mudah kita kaitkan ialah mengembalikan fungsi sesebuah Masjid atau surau atau pusat komuniti sebagai tempat masyarakat Melayu Islam berkongsi segala masalah yang berkepentingan bersama sebagaimana dinyatakan.
Manakala, saya hanya meletakkan agenda dialog di antara parti-parti politik (termasuklah JIKA berlaku muzakarah UMNO dan PAS) sebagai salah satu elemen yang akan melengkapkan "perjalanan jauh" proses perpaduan Melayu Islam.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.
No comments:
Post a Comment