Sunday, 10 June 2012

Hari bahagia, penyatuan Azmi & Aimi

Alhamdulillah, syukur dan sekalung tahniah kami sekeluarga ucapkan buat pasangan pengantin Azmi dan Aimi Nadia di atas hari penyatuan mereka berdua pagi tadi. Majlis akad nikah dan kenduri berlangsung di Intercontinental Hotel Kuala Lumpur. 

Dinikahkan sendiri oleh Ayah mentuanya, dengan sekali lafaz sahaja maka sahlah status baru kedua rakan ini, Alhamdulillah. Kisah percintaan kedua mempelai ini sangat menarik, begitupun skill saya di dalam menulis episod percintaan mereka adalah begitu hampeh sekali.

Justeru, memadailah untuk kami berdoa semoga Allah tingkatkan kesabaran kedua mempelai ini di dalam menempuh kehidupan berumahtangga, ditambah rezeki, dihindari segala perkara buruk. Moga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat dan moga perkahwinan ini mendapat redha Allah dan diberi ganjaran yang besar kerana kedua hambamu ini telah mendirikan Sunnah RasulNya.




Nota: Saya sentiasa sebak (sebab gembira) bilamana menghadiri majlis akad nikah terutama apabila pengantin lelaki selamat a.k.a "lulus akad" dan membaca pernyataan taklik-cerai. Inilah redha yang setiap kita yang mengaku diri sebagai Muslim ingin cari. Inilah intipati paling utama di dalam membina sebuah rumah tangga. Lain-lain adat dan kepercayaan yang walaupun amat digemari oleh kebanyakan "orang kita" sehingga sekian lama ia telah dicampur-adukkan dengan kesucian sebuah perkahwinan itu, haruslah kita pandang sebagai "kecil sahaja nilainya" di sisi Allah Taala. 

No comments: