Saturday 16 June 2012

Apabila Facebook pula hasilkan telefon bimbit (foto)

Mungkin ramai peminat Facebook yang lega setelah mengambil keputusan untuk tidak meleburkan melaburkan wang mereka di dalam pelaburan IPO Facebook yang dilancarkan tempoh hari. Sebagai ganti, mungkin mereka yang kaki gajet bolehlah mula berkira-kira untuk meleburkan melaburkan wang mereka bagi mendapatkan "Bluephone" yang dihasilkan oleh Facebook sendiri kelak. 

Untuk entri kali ini saya tampilkan salah satu cadangan Bluephone rekaan Michal Bonikowski. Telefon ini tampil dengan ciri-ciri yang "sepatutnya" ada pada sesebuah telefon pintar masa kini. Dengan casing warna biru yang nipis, ia masih mampu menyokong skrin paparan bersaiz 4.2 inci. Dilengkapi 2 kamera iaitu kamera 5 megapixel (MP) hadapan dan 8 MP bagi kamera belakang.

Sumber: YankoDesign


No comments: