Saturday 25 January 2014

15 Filem terlaris di Malaysia sepanjang 2013 (grafik)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Yang mana laku dan yang mana gagal

Senarai 15 filem yang menerima kutipan tertinggi sepanjang 2013. Tertinggi tak semestinya menguntungkan!


Thursday 23 January 2014

Fakta Mengenai Cuti Bersalin: Negara mana paling mesra ibu bersalin? (grafik)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Woah!

Di Malaysia cuti bersalin 90 hari gaji berbayar. Bapa boleh bercuti maybe 5 days. Itupun kalau company baik hati. Yang cuti 2 hari sahaja-pun ada. Anymore than that kena tolak annual leave. Mari bezakan Malaysia dengan negara-negara lain dunia. Good stuff. Luckily for me I work from home. Anak dah keluar nanti boleh work and still with the kid. Paling power Vietnam




Laporan asal Astro Awani

Monday 20 January 2014

TREVIPARK - Tempat Letak Kereta Bertingkat Bawah Tanah di Itali (foto)

Disumberkan oleh: blogserius


Canggih!

Bandar-bandar di Itali majoritinya sudah wujud sejak ribuan tahun. Ketika diasaskan, orang ramai masih berjalan kaki dan kenderaan adalah kemewahan yang hanya mampu dimiliki golongan bangsawan. Kini di kurun ke 21, bandar-bandar yang wujud sejak zaman Rom tidak mempunyai ruang untuk menampung kenderaan yang dimiliki penduduk. Jawapan kepada masalah ini ialah TreviPark

Ia adalah sistem meletak kereta bawah tanah bertingkat yang dilengkapi lif. Setiap sistem TreviPark mampu memuatkan diantara 72 hingga 108 buah kereta. Lubang yang digali mempunyai keluasan yang kecil dan boleh diletakkan di bawah taman-taman yang ada di setiap kota di Itali. Paling bagus kenderaan yang disimpan tidak menyemakkan mata. 




Laporan asal TreviPark

Wednesday 15 January 2014

Cara Mengulangkaji Pelajaran yang EXTREME di China (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Extreme

Di China persaingan di universiti sangat sengit sehingga pelajar melakukan perkara yang extreme untuk memastikan mereka tidak tertidur ketika mentelaah sebelum peperiksaan. Mereka mengikat rambut ke atas dan sekiranya mereka tertidur rambut yang tertarik akan mengejutkan mereka dari tertidur. Extreme!



Laporan asal Kotaku

Apabila TANGKI MINYAK Pesawat Pengebom dijadikan Bot di Vietnam (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Genius!

Semasa perang Vietnam dahulu, ribuan tangki minyak pesawat pengebom B-52 digugurkan. Tangki minyak luaran ini ditanggalkan sekiranya pesawat diserang bagi memastikan pesawat lebih mudah dikawal. Sungguhpun perang ini sudah tamat lebih 39 tahun yang lalu, tangki-tangki minyak yang diperbuat daripada aluminium ini masih utuh dan boleh ditemui di seluruh Vietnam. 

Penduduk Vietnam kreatif dan mereka mengubah suai tangki minyak 450 gelen ini menjadi bot. Nice! 




Laporana sal Viralnova

Saturday 11 January 2014

Jangan Sebar "Kisah Yang Dikutip Dari Tepi Longkang"

Selalu benar, atau mungkin sudah menjadi trend masa kini, penyebaran berita atau maklumat yang belum pasti betul hujung pangkal diterima dengan mudah di media sosial.

Kisah menteri letak jawatan, Najib naikkan harga minyak di tengah malam, status halal-haram sesuatu produk, dengan hanya "1 klik" (share) sahaja, mudah ianya disebar luas ke laman-laman sosial.

Kesannya melarat sehingga mewujudkan perasaan panik, paraniod, phobia yang dimuncul dan dicipta hasil pembacaan dan "terus percaya" bermacam bentuk perkhabaran di atas angin.

Silapnya? Adalah diri sendiri yang malas untuk melakukan semakan (cross-check) terutama terhadap berita-berita yang lebih bersifat sensasi. Ambil dan telan sahaja. 

Kalau ambil dan telan untuk menyuburkan lagi phobia di dalam diri sendiri tu boleh dikira masih OK, namun apa yang lebih dikesalkan adalah, dipanjangkan pula berita kepalsuan dan fitnah tersebut.

Fahamilah konsep dosa. Janganlah menjadi lidah yang menyambung berita fitnah. Hatta jika berita itu benar sekalipun, sedangkan ia merungkai aib seseorang, Islam tetap menegahnya daripada dihebahkan. Masih dikira berdosa.

Pesan saya kepada mereka-mereka yang suka kongsi (share) sesuatu berita di laman sosial:

1) Kalau terima sesebuah berita sensasi, kalau nak baca tu bacalah. Dan simpanlah untuk diri sendiri (tak perlu disebar), terutama jika anda sendiri tidak pasti berita itu sahih atau tidak.

2) Jika anda rasa phobia anda itu perlu dikongsi dengan orang lain, supaya mereka juga berfikiran phobia dan panik, maka buatlah kajian dan semakan (cross-check) terutama dengan sumber yang rasmi seperti halal.gov.my (bagi menyemak status halal-haram sesuatu produk dan perkhidmatan) dan melayari laman web agensi terlibat (bagi berita menteri letak jawatan, tol naik, subsidi dipotong, etc).

3) Sebar dan kongsilah sesuatu berita sensasi itu dengan cara yang bertanggungjawab kerana setiap perbuatan anda mempunyai implikasi perundangan (legal implication) di mana  jika apa yang disebar itu palsu atau fitnah, maka anda terdedah kepada bahaya disaman, didenda dan sebagainya.

Betullah, kadang-kala kita ingin bersikap prihatin dan perlu 'jaga tepi kain orang', tetapi jika ianya membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan, maka beratkan untuk menghindarinya.

Allah lebih mengetahui.

Friday 10 January 2014

Bayi Puas Kembar Siam Ditemui di Mexico (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Sedih

Apa yang anda lihat di bawah ialah 2 ekor ikan paus kelabu kembar siam pertama ditemui di dunia. Paus kembar siam ini ditemui terapung dan dipercayai mati sejurus selepas dilahirkan ibu mereka. Kejadian ikan paus kembar siam pernah dilihat pada spesis paus minke, sin dan fin sebelum ini. Penemuan ini adalah penemum pertama kembar siam untuk spesis paus kelabu. Sad. 




Laproan asal DailyMail

Monday 6 January 2014

BRT - Bus Rapid Transit di Subang yang akan mengatasi masalah kesesakan (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Bakal dibina

Sebelum ini ada kami paparkan sistem pengangkutan awam Bus Rapid Transit di Carituba Brazil. Tahukah anda sebuah sistem yang sama akan dibina di Subang? Sistem BRT Subang akan menyambungkan stesen KTM Komuter Setia Jaya dan stesen LRT di USJ 6. Sistem BRT ini akan mempunyai 7 buah stesen dan mensasarkan 500 000 pengguna pada tahun pertama. Ia akan dibina secara bertingkat dan tidak akan tersekat akibat kesesakan jalanraya. Good to see sistem BRT sebegini akhirnya diguna pakai di Malaysia. Nampak cool!




Sumber SkyscraperCity