Wednesday, 6 June 2012

RON97 - Bukan 'turun'

Tidak salah ingatan saya, beberapa bulan yang sudah, atau secara spesifiknya sewaktu kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan bakar (RON), beberapa "pakar" (terutama dari kementerian yang menjaga KPI, etc.) telah tampil dengan mendakwa bahawa harga petrol sebenarnya bukanlah dinaikkan, tetapi subsidi kerajaan sebenarnya dikurangkan.

Justeru, ada bezanya di sini memandangkan kerajaan terpaksa menganggung jumlah subsidi yang tinggi kesan peningkatan harga minyak global per tong yang pada waktu itu telah melepasi paras USD100/tong. Kenaikan harga minyak global hanya bermaksud beban kepada kerajaan bagi menampung jumlah subsidi yang perlu dikeluarkan. Justeru, langkah pengurangan subsidi diambil.

Foto hiasan (google images)

Kali ini, harga minyak global kembali berlegar pada harga di bawah USD100/tong, membolehkan kerajaan mengembalikan sokongan subsidi. Pun begitu, mungkin disebabkan bahang pilihanraya yang semakin hampir, pengumuman terbaharu kerajaan hari ini telah dianggap dan disiar di media-media sebagai "penurunan harga sebanyak 10 sen bagi petrol RON97". Lihat SINI (BeritaHarian).


Sedangkan kalau kita imbas kembali jawapan yang diberikan golongan "pakar" yang sama sebelum ini, harga petrol sebenarnya tidaklah diturunkan, tetapi lebih tepat kerajaan telah menambah subsidi sebanyak 10 sen bagi setiap liter RON97.

Mungkin tajuk "harga minyak turun" itu lebih memberikan keuntungan tertentu buat pihak-pihak yang tertentu...

No comments: