Seringkali aku didatangi oleh kawan-kawan yang berkongsi masalah mereka tentang bagaimana untuk mendapatkan seorang isteri.
"Yo man, bagaimanakah cara untuk aku dapat cari jodoh dengan Muslimah yang baik di bandar ini?"
"Cuba berterus-terang, bagaimana engko mengejar dan menambat hati seorang perempuan dan menjadi isteri engko suatu ketika dahulu?"
Kemudian, mulalah si bujang terlajak ini bercerita dan mendedahkan berbagai "taktik" yang sering mereka gunakan. Jujurnya aku rasa macam nak menangis. Kadang-kala tu aku cuba jugak tampilkan emosi iaitu wajah seorang kawan yang "mendengar dengan prihatin".
Aku sebenarnya rasa kasihan kepada perempuan-perempuan Muslim. I feel sorry for them. I really do...itu yang aku rumuskan setelah mendengar bermacam cerita dari kawan-kawan aku yang not-so-romantic ways of courting Muslim girls.
Aku sebenarnya rasa kasihan kepada perempuan-perempuan Muslim. I feel sorry for them. I really do...itu yang aku rumuskan setelah mendengar bermacam cerita dari kawan-kawan aku yang not-so-romantic ways of courting Muslim girls.
Aku telah mendengar bermacam taktik yang pelik lagi jelik (creepy) tetapi ianya BENAR digunakan lelaki terdesak bagi mengorat perempuan. Pesan aku kat korang yang membaca artikel ni, if any of you guys use the following methods then you deserve to be single forever..LOL#
1) Membuka kedai menjual tudung/Hijabs
Aku selalunya melihat peniaga menjual tudung (hijabs) di masjid dan di pameran. Pakcik tua menjual hijabs? Itu normallah.
Tudung petak, tudung 3 segi, tudung oktagon. Macam-macam, aku pun tak berapa arif tentang all these Hijabisms. Korang tahu tak kenapa aku tak arif tentang hijab semua tuh? Sebab lelaki yang umur baya aku ni tak sepatutnya ambil tahu terminologi-terminologi berkaitan hijab tu semua.
Jadinya, apabila aku tengok ada lelaki sebaya dengan umur aku membuka kedai jual tudung, aku tahu jauh di dasar hatinya mamat tu bukanlah nak sangat mengasah bakat keusahawanannya. :-)
Malang bagi mereka kerana di akhirnya yang datang mencari tudung adalah makcik-makcik yang membelikan tudung berbentuk trapezoid fesyen terbaru tu buat anak dara mereka. LOL#
2) Anjur kelas "Halaqa" hanya untuk perempuan
Perempuan ni ada banyak masalah yang mereka pendamkan. Dan mereka ni juga suka akan masalah yang mereka pendamkan itu. Di dalam laman web ni aku pernah berusaha untuk meredakan permasalahan mereka sehinggalah aku sedar bahawa aku berpeluang cerah menyelesaikan masalah mereka jika dapat menemukan Atlantis ataupun BigFoot yang berkeupayaan besar untuk membantu mereka. Lepas tu aku ambil jalan "angkat bendera putih" dengan permasalahan mereka.
Tapi kemudiannya aku terjumpa iklan "mengong" untuk kelas pengajian Islam seperti di bawah ni:
Mengejutkan, kelas tu kemudian "bertukar" menjadi kelas ni pulak:
Jujurnya, jika BigFoot tu lelaki Muslim, dia sendiri mungkin berpeluang lebih cerah nak dapat jodoh dan berkahwin dengan wanita Muslim, berbanding mamat yang buat kelas tu!
3) Membuka akaun Facebook dengan profil palsu
Sesetengah wanita aku perhatikan agak protective di dalam Facebook dan hanya menerima kawan yang sama spesis (maksud aku, nak berkawan sesama perempuan aje). Aku tahu tentang perkara ni sebab mereka lazimnya letak gambar profil yang tertulis "No guys allowed" atau "I hate man" atau apa-apa ajelah.
Jadi, apa yang harus seseorang lelaki tu buat untuk menyusup masuk ke wilayah yang nampak macam mustahil untuk ditembusi "bukan perempuan"?
Well, satu perbuatan yang sangat meresahkan hati aku adalah lelaki terdesak tu mengambil jalan dengan mencipta profil palsu di Facebook dengan menyamar sebagai seorang "awek".
Kepada wanita...sekiranya anda pernah menerima mesej kat FB seperti di atas tu, cubalah ingat yang di "sebelah sana" tu, orangnya mungkin macam ni:
Jujurnya, aku rasa hampir separuh wanita yang dalam senarai followers aku merupakan lelaki yang menyamar juga. Aku harap yang semua pelawaan untuk berkenalan tu bukanlah daripada lelaki....Oh God..!
4) Peluang pada bersin seseorang
Ada dua perkara yang saya kurang gemar di dunia ini: ulat gonggok dan orang yang cuba menahan bersin mereka. Rasanya, kalau diberi aku pilihan sama ada untuk pergi duduk di antara bilik yang penuh dengan ulat gonggok atau bilik yang penuh dengan orang yang cuba menahan bersin, aku akan pilih yang ada ulat tu.
Bersin memang dijadikan agar berbunyi kuat (loud and proud). Justeru, tolonglah bersin sebagaimana manusia normal bersin. Cuma ada satu keadaan yang aku rasa bersin boleh cuba disorok: iaitu untuk mengelak "the sneaky Yarhamukallah".
Aku tahu ada sesetengah lelaki yang suka menunggu seseorang perempuan tu bersin dan entah dari mana dia muncul berserta ucapan Yarhamukallah beliau.
Sehingga kadang-kala tersasul juga dia menyebut:
Justeru saudari, sekiranya anda mula terhidu bau cologne, minyak atar atau juga minyak kelapa, tahulah anda anda bahawa a sneaky Yarhamakallah semakin hampir. Bolehlah saudari "go with the inside sneeze".
5) Berpura pengsan di latihan CPR wanita
Wrong on so many levels.
6) Mengumpul sebanyak mungkin nombor telefon wanita Muslim
Wanita, sila berhati-hati apabila mendedahkan nombor telefon apabila anda mendaftar dengan sesebuah badan amal atau kebajikan tertentu. Orang yang akan memasukkan kesemua maklumat peribadi anda mungkin juga seseorang yang terdesak (and a big single creep). Tambah buruk lagi jika mamat jelik ini bekerja dengan syarikat telemarketing yang ada banyak waktu lapang selepas waktu kerja.
Telemarketers are lame. Desperate Muslim guys bugging sisters are lame. Combining both?
Kuota jalan pun masih kekal 0 hatta setelah beberapa tahun....
7) Menyertai "seksyen makcik-makcik"
Dan apabila seseorang lelaki yang terdesak tidak bernasib baik untuk mengorat sendiri wanita muda, apa yang mereka akan lakukan? Mula mensasarkan golongan yang lebih berumur...
Akan tetapi, jujurnya, jika anda mahu tahu apakah rahsia untuk mengorat Muslimah dengan jayanya, anda perlu -
[MAAF! ARTIKEL INI TELAH MELEPASI JUMLAH MAKSIMUM PERKATAAN YANG DIBENARKAN]
Sumber asal: SINI
No comments:
Post a Comment