Thursday 25 October 2012

Edisi "Rakyat Didahulukan" : Hospital Keretapi di Kazakhstan (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Chenkuye


Di Kazakhstan terdapat perkhidmatan hospital bergerak yang menjelajah ke seluruh negara bagi memberikan perkhidmatan perubatan kepada rakyat luar bandar. Perkhidmatan hospital bergerak ini dimulakan pada tahun 2010 dan berfungsi selama 11 bulan setahun. Di seluruh Kazakhstan terdapat 3 set hospital keretapi sebegini. Setiap hospital terdiri dari 8 gerabak dimana 4 daripadanya menjadi hospital dengan 17 bilik yang dilengkapi pelbagai kemudahan perubatan. Terdapat kelengkapan X-ray, bilik pembedahan kecil dan juga klinik gigi. Dua gerabak lagi dijadikan tempat tinggal, sebuah gerabak untuk ruang makan dan sebuah gerabak untuk menempatkan generator elektrik. Pekerja hospital bergerak ini digantikan setiap dua minggu.

Kami tak pasti sama ada di Malaysia terdapat hospital keretapi sebegini. Yang pasti semasa kami kecil ada klinik gigi bergerak di sekolah.




Laporan asal VoxPopuli

No comments: