Thursday 18 October 2012

Derya Sert, kisah penerima rahim pertama berjaya di dunia (foto)

Dipetik: Blogserius


Syabas!

Derya Sert, (22) ialah penerima rahim pertama di dunia yang berjaya dilakukan melalui satu pembedahan. Beliau yang dilahirkan tanpa rahim kini sembuh dan mahu segera mendapatkan bayi bagi menyerikan lagi perkahwinan beliau. Pembedahan pemindahan rahim ini dilakukan oleh Dr Omer Ozkan dan pasukan beliau di Hospital Universiti Akdeniz di Antalya, Turki. Menurut laporan asal Daily Mail, puan Derya menjalani pembedahan ini pada Ogos tahun lalu. Selama 6 bulan beliau diberi rawatan bagi memastikan tubuh beliau tidak menolak organ baru beliau yang didermakan oleh seorang wanita yang meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Derya Sert dilahirkan tanpa rahim walaupun beliau mempunyai sepasang ovari yang sihat. Masalah ini dihadapi setiap satu dari 5000 wanita di dunia dan kejayaan pembedahan ini dijangka mampu memberikan harapan kepada wanita yang mempunyai komplikasi yang sama untuk mengandung.

Sebagai nota, percubaan pertama pembedahaan pemindahan rahim sebenarnya dilakukan pada tahun 2000 di Arab Saudi. Malang bagi penerima organ apabila rahim yang dipindahkan akhirnya mati selepas 3 bulan pembedahan dijalankan kerana masalah peredaran darah.

Tahniah buat pasukan pembedahan di Hospital Universiti Akdeniz Turki. Diharap Malaysia juga boleh menurut jejak langkah Turki ini. 

Laporan asal DailyMail

No comments: