Friday 19 October 2012

Watak STAR WARS dijadikan wayang kulit (foto)

Nota: Mengingatkan saya kepada tukang karut kegemaran saya, "Nik Mat Suara Emas". Rasanya kumpulan wayang kulit dari negeri Cik Siti Wan Kembang telah lama terkehadapan dalam pembangunan watak-watak baru dalam wayang. Tapi, mana mungkin boleh kita tinggalkan Pok Dogol, Wok Leh, Samad dan Hanuman Tenganga, bukan? Silakan Enjoice!

Dipetik daripada: Blogserius


Genius!

Peperangan Angkasa ialah dua keping patung wayang kulit yang kelihatan seperti dua watak utama filem Star Wars. Ianya dihasilkan oleh Tintoy Chuo dan Teh Take Huat. Patung wayang kulit Maharaja Dah Vedeh dan Perantau Langit ini menggabungkan elemen barat Star Wars dengan rekaan tradisi wayang kulit Kelantan. Dalam Peperangan Bintang Darth Vader ialah watak antagonis Maharaja Rawana tradisional manakala Luke Skywalker ialah watak protagonis Seri Rama

Tintoy dan Take Huat mendapatkan kerjasama dan izin dari tok dalang terkemuka Che Mohd Nasir sebelum memulakan projek mash up SCI-Fi + Old Skool ini. Mereka bertemu dengan Che Mohd Nasir terlebih dahulu bagi memastikan apa yang mereka lakukan ini tidak akan dianggap sebagai menghina seni wayang kulit turun temurun yang dipercayai muncul di kelantan sekitar kurun ke 17. Che Mohd Nasir atau lebih dikenali sebagai Pak Nasir merasakan idea Peperangan Bintang adalah idea yang baik kerana ia mungkin dapat menghidupkan semula minat generasi muda kepada seni yang semakin dipinggirkan ini. Syarat yang diberikan oleh Pak Nasir ialah seni wayang kulit Peperangan Bintang tidak memasukkan unsur lucah dan seksual kerana ini bertentangan dengan tradisi wayang kulit.

Kedua-dua patung Maharaja Dah Vedeh dan Perantau Langit sudahpun dijual tetapi Tintoy serta Take Huat sudahpun memulakan perancangan bagi projek mereka yang seterusnya. Kali ini C3P0 dan Princess Leia pula akan mendapat sentuhan mereka. 





No comments: