Friday 19 October 2012

FSF-1 SEA FIGHTER : PROTOTAIP KAPAL PERANG MASA HADAPAN? (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

Prototaip kapal perang masa hadapan


FSF-1 Sea Fighter ialah sebuah kapal perang prototaip jenis "catamaran"  milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Projek FSF sudah beroperasi sejak 2003 dan jika ujian yang dijalankan menunjukkan keputusan positif, kapal berkonfigurasi FSF berpotensi digunapakai bagi menggantikan kapal jenis Destroyer yang beroperasi sekarang. Binaan catamaran dipilih kerana didapati lebih berkesan digunakan ketika laut bergelora disamping mempunyai pekali geseran yang lebih rendah berbanding kapal konvensional bersaiz sama. Dalam ujian yang dijalankan FSF-1 mampu bergerak hingga kelajuan 50 knot (90 km/j) berbanding hanya 30 knot (56 km/j) untuk kapal pemusnah kelas Arleigh Burke sekarang. 

Tidak seperti kapal perang konvensional yang lain, bahagian dalam kapal FSF boleh ditukar ganti mengikut keperluan misi. Bahagian dalamnya boleh diisikan dengan komponen perang elektronik, pelancaran misil ataupun sebagai pelancar kapal kecil. Rekabentuk dalaman boleh ubah ini mejadikannya lebih versetail dan mudah diberi penaiktarafan untuk masa hadapan. Geladak atasnya yang rata juga boleh menjadi tempat mendarat dua buah helikopter berbanding hanya satu pada kapal pemusnah biasa. Disamping itu, rekaan rata kapal ini juga menyukarkan pengesanan menggunakan radar. Adakah rekaan FSF akan benar-benar menjadi rekabentuk masa hadapan? Kita hanya boleh tunggu dan lihat.




Laporan asal Wikipedia
Gambar oleh TheBrigade

No comments: