Friday 26 October 2012

WUPPERTAL SCHWEBEBAHN : MONOREL BERUSIA 110 TAHUN DI JERMAN (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

NICE!


Wuppertal Schwebebahn atau dalam bahasa Melayunya Tram Terapung Wuppertal ialah sistem monorel tertua di dunia yang masih berfungi terletak di Wuppertal, Jerman. Ia mula beroperasi pada 1 Mac 1901. Sistem monorel ini juga merupakan sistem landasan tergantung tertua di dunia. Ianya ilham jurutera Eugen Langen dan pembinaan Wuppertal Schwebebahn dimulakan pada tahun 1898. Sistem ini hanya siap sepenuhnya pada tahun 1903 dan mempunyai panjang landasan sejauh 13 kilometer dengan 20 hentian dibina.

Menariknya, sejak siap dibina sistem monorel ini hanya ditutup sekali sahaja itupun kerana dibom ketika Perang Dunia ke-II. Sebanyak 19,200 tan besi digunakan bagi membina landasan monorel ini dan kos pembinaannya pada ketika itu ialah 16 juta GoldMarks.

Lebih 110 tahun kemudian, Wuppertal Schwebebahn masih berkhidmat dengan baik setelah menjalani proses modernisasi sejak 1997. 25 juta orang penumpang menggunakannya setiap tahun! Proses modernisasi yang selesai pada tahun 2010 membabitkan naik taraf stesen, tram lebih moden dan penggantian struktur landasan yang usang. Lebih 480 juta Euros (RM 2 Billion) dibelanjakan bagi proses pemodenan ini. 

Sungguhpun telah dimodenkan, tram "The Kaiserwagen" seperti gambar di bawah masih dikekalkan. Tram The Kaiserwagen ialah tram yang dinaiki Kaiser Wilhelm II ketika test run awal Wuppertal Schwebebahn. Cool stuff! Agaknya 100 tahun akan datang bagaimanakah pula rupa sistem Monorel, Putra dan Star kita di bandaraya KL?








Laporan asal Pixgrove dan Wikipedia

No comments: