Saturday, 19 November 2011

Encik KJ perlukan rehat

Perlu 'licik' untuk kekal releven 

Berdasarkan pemerhatian saya, sejak seminggu-dua ini, kelibat En KJ muncul kembali, malah beliau dilihat begitu 'produktif' (di media) di dalam membicarakan isu-isu panas yang masih memagari Projek NFC (National Feedlot Centre). 

 Foto - sumber

Terbaharu, anda boleh lihat pernyataan beliau di sini - NFC: Biar Polis siasat kredibiliti dakwaan, kata Khairy.

Apakah niat mahupun sebab yang hakiki mengapa En KJ begitu produktif membela prestasi projek NFC, adalah tidak dapat dipastikan.

Ini kerana UMNO telah bertegas untuk tidak mahu dikaitkan dengan isu NFC (rujuk pernyataan Bung Mukhtar), begitu juga Senator / Menteri berkaitan.

Sekalipun demikian, mengapa pula hampir setiap hari Ketua Pemudanya muncul dan mengeluarkan pernyataan-pernyataan yang disifatkan sebagai 'duta tak rasmi' NFC?

Mungkin juga isu NFC ini dapat membantunya dari segi 'political mileage' di saat-saat UMNO dan Najib sedang bercakap mengenai 'calon boleh menang' untuk PRU-13. Hanya andaian saya semata.

Namun, di dalam politik yang semua boleh jadi, apa jua peluang tidak seharusnya disia-siakan. 

Lihat sajalah Ibrahim Ali (Perkasa) yang 'licik' berpolitik. Tetapi ternyata 'kelicikan' beliau yang sentiasa muncul, telah memancing perhatian pelbagai pihak, baik untuk menyokong mahupun untuk menghentamnya.

Tidak dapat tidak, Ibrahim telah dinilaikan 'releven' dari konteks politik kerana kelibatnya masih diperkata kawan dan lawan, tidak kira zaman, berparti atau tidak.

Namun, apakah En KJ akan berupaya bergerak di dalam kerangka falsafah, pemikiran dan tindakan sepertimana yang 'diadaptasi' oleh Ibrahim demi survival politik beliau sendiri menjelang PRU-13?

Siapa anda? Orang akan lihat 'track-record' anda 

Saya jangka laluan En KJ untuk menjadi calon tidak akan mudah kali ini. Mungkin beliau perlu menikmati sepenuhnya penggal ini bilamana masih bergelar YB.

Pendapat saya ini tiada kaitan dengan visi beliau, kredibiliti dan kecerdikan beliau bercakap, berpidato dan meyakinkan orang, tidak.

(Nota: saya merasakan program Youth Jobs yang anjurkan banyak mendatangkan manfaat kepada mahasiswa yang sedang mencari pekerjaan)

Ianya lebih kepada 'pakej keseluruhan', terutama track-record beliau semasa dan selepas Pak Mertuanya, Tun Pak Lah menjadi PM dan Presiden UMNO.


Masih lagi saya ingat bahawa selepas kekalahan teruk lagi memalukan UMNO-BN pada PRU-12, sebahagian (besar) kesalahan (punca tewas) sebenarnya telah dialihkan kepada En KJ.

Dengan berat hati, saya simpulkan bahawa ada di kalangan orang UMNO sendiri berpandangan tindak-tanduk En KJ bukan sahaja memudaratkan UMNO, malah 'hampir menumbangkan sebuah kerajaan' (BN hilang 2/3).

Justeru, apabila En KJ dilihat begitu beria-ia mahu menjadi 'duta tak rasmi' NFC, saya tidak jangka pimpinan UMNO dapat menerima (dan memaafkan dosa-dosa lampau) beliau sepenuhnya, jika ditimbang-tarakan dengan track-record beliau di zaman Pak Lah masih kuat dan berkuasa.

Di sinilah saya melihat munculnya kebarangkalian untuk En KJ mempertimbangkan rehat buat 'seketika' dari arena politik, contohnya 1 penggal (5 tahun) (!), dengan tidak bergelut dengan pencalonan.

Di dalam tempoh rehat itu, mungkin En KJ boleh menggerakkan program-program berbentuk kemasyarakatan yang ber-impak dan berbekas di hati rakyat, seterusnya menggilap kembali imej beliau. 

Barangkali juga, hati orang-orang UMNO akan 'sejuk', cerita-cerita buruk mengenainya akan kurang dibicarakan dan berilah peluang untuk Hajjah Mah pula mengisi segmen track-record sepanjang tempoh itu....

Dr Sepet: sekadar melihat kemungkinan.

No comments: