Tuesday, 29 November 2011

Artikel Pendek & Renungan: Beribadah kerana Allah

Tauhid adalah menyendirikan Allah Jalla wa ‘ala dalam ibadah. Iaitu menjadikan ma’bud (yang disembah iaitu Allah) itu hanya satu. Inilah erti tauhid. Dan kerana inilah Allah menjadikan makhluk-makhluk-Nya untuk urusan ini.

Dan hikmahnya Allah menciptakan ciptaan-Nya (yakni makhluk) daripada kalangan jin dan manusia, adalah untuk memerintahkan mereka beribadat kepada Allah…kerana untuk mereka menyembah Allah semata-semata.
Sumber: FB Sunnah
Maslahah (kebaikan) yang mereka dapati daripada tauhid (menyembah) adalah kembali kepada diri mereka sendiri. Apabila mereka menyembah hanya Allah semata-mata, mereka telah melindungi diri mereka daripada azab api neraka dan Allah memasukkan mereka ke dalam syurga dan memberikan kepada mereka kebaikan di dunia dan di akhirat.

Maslahat ibadah kepada Allah tidaklah kembali untuk Allah kerana Allah Maha Kaya daripada semua itu (ibadah yang mereka lakukan). Dan jika semua manusia kafir kepada Allah, sesungguhnya itu semua tidak memberikan pengaruh apa-apa kepada Allah. Tidak mengurangkan kerajaan yang dimiliki-Nya. Dan jika mereka (manusia) taat kesemuanya kepada Allah, tidaklah ia menambahkan apa-apa kepada kerajaan Allah.

Nabi Musa berkata, “Jika kamu kufur dan manusia seluruhnya kufur di muka bumi ini, sesungguhnya Allah Sangat Maha Kaya lagi Maha Terpuji”. Dan Allah berfirman di dalam hadis Qudsi, “Wahai hamba-Ku, jika orang yang paling di antara kalian dan orang yang terakhir antara kalian dari kalangan jin dan manusia kalian seluruhnya derhaka kepada-Ku, maka ianya tidak sedikitpun mengurangkan kerajaan-Ku sedikitpun” (HR Muslim). Kerana Allah Jalla wa ’ala Maha Kaya daripada kita dan daripada ibadat-ibadat yang kita persembahkan.

Akan tetapi, kitalah yang sebenarnya memerlukan untuk beribadat kepada Allah. Supaya kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Dan untuk itu (beribadat kepada Allah), menghubungkan dan mengenalkan kita kepada-Nya. Kerana itu, kita berjaya mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Maka untuk itu Allah memerintahkan kita beribadah kepada Allah sebenarnya untuk maslahat (kebaikan) kita sendiri. Untuk menolak kemudaratan daripada kita.

Dan lawan kepada tauhid, adalah syirik kepada Allah Azza wa jalla. Syirik adalah beribadah kepada selain Allah bersama (meletakkan ibadah tersebut kepada) Allah. Menjadikan sesuatu daripada cabang-cabang ibadah untuk selain Allah Jalla wa ‘ala. Seperti sembelihan, nazar doa dan istighasah, takut, harap dan cinta dan selain nya.

Terjemahan dari ceramah Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan hafizahullah (Sumber: FB Sunnah)

No comments: