Sabtu petang (12/11/11) kami bertolak ke Gatwick airport bagi menjemput kak Nadya/Abby dan Nina yang sedang dalam rangka kembara mereka ke UK.
Kak Nadya merupakan anak yang tengah family friends Atuk dan Nenek Mawaddah, iaitu Pakcik Shahabuddin dan Makcik Fauziah yang menetap di Raub.
(nota: sewaktu pulang sebentar ke tanah air akhir tahun lepas kami turut menziarahi pakcik dan makcik. Catatan perjalanan ke Raub dan Kuala Lipis boleh anda baca di sini: bertandang ke Raub)
"kenangan: sewaktu bertandang ke Raub"
Sebagai info, kak Nadya yang masih solo merupakan seorang jurugambar yang pro serta blogger (lihat dan baca blog beliau di pautan blog Dr Sepet - catatan si kadok)
Rezeki orang jauh barangkali, hari Ahad esoknya, cuaca begitu cantik (glorious day) sesuailah untuk meronda-ronda dan mengambil sebanyak mungkin foto.
Maklumlah, lazimnya setelah musim luruh menjengah, hari yang cerah sebegini merupakan suatu rahmat yang besar.
Kami membawa mereka ke South Park untuk bergambar, sebelum meronda-ronda pekan kecil Oxford.
Memandangkan rombongan kami disertai jurufoto profesional, maka tidak perlulah saya keluarkan handphone untuk ambil foto, nanti buat malu saja...haha...
Bergambarlah kami 3 beranak
Mawaddah bersama Auntie Abby
@ Oxford city centre
@ South Park, Oxford
Semalam (Isnin) petangnya kami bertolak ke Train Station kerana mereka berdua bakal meneruskan sesi kembara ke London dan ke beberapa bahagian negara ini.
Saya juga difahamkan yang kak Nadya akan berlepas ke Slovenia Jumaat ini. Di sana nanti katanya akan memberikan satu sesi penerangan berkenaan pelancongan di Malaysia. Layak jadi Duta Pelancongan Malaysia dah ni...
Moga rangka kembara saudari berdua akan berjalan lancar sehinggalah pulang ke tanah air nanti.
Salam sayang dari Mawaddah yang kembali kesunyian...(yelah, asyik-asyik tengok muka ayah dia je...hoho)
No comments:
Post a Comment