Thursday, 17 November 2011

Kreatif: Basikal boleh lipat yang 'cool' (foto)

Basikal kecil boleh lipat ini dinamakan "Union" oleh perekanya iaitu Weiche Wu dan Minhan Lin. Sepertimana basikal lipat yang lain, pemilik Union akan menikmati kemudahan apabila menaiki bas mahupun keretapi (pertukaran mod).

Bagi menjamin keselesaan penggunanya, basikal ini, setelah dilipat, akan kelihatan seperti sebuah beg sandang (backpack) dan ia bakal memudahkan anda membawanya.

(Nota: Kalau nak diikutkan dari segi fungsi dan praktikaliti, rasa saya mana-mana basikal lipat adalah sama sahaja. Tetapi yang ini nampak rekabentuknya lebih 'gempak'...) 









Sumber artikel: Yankodesign

No comments: