Saya mulakan dengan berkongsi pesanan berikut:
Beribadahlah hanya kepada Allah dengan
cara yang Allah mahu. Bukan beribadah kepada Allah dengan cara yang kita
mahu - sumber
Dan pagi ini pula, sedikit mengejutkan saya, apabila ada insan yang tidak dapat dipastikan latar belakang serta kefahaman beliau terhadap hal-hal berkenaan ibadah, telah tampil dengan pendapat tanpa dalil seperti berikut.
Boleh baca lanjut di SINI - KLIK
Tambah malang, pendapat dan seruan "pelik" beliau ini telah dilulus siar di satu website politik yang agak popular di tanah air.
Misleading (beri panduan yang salah)
Solat itu tuntutan agama, terutama yang 5 waktu, yang wajib (itupun ramai yang 'kantoi'). Namun, mengapa pula dikaitkan jumlah spesifik iaitu 32 rakaat itu? Dan apa kaitannya dengan kebarangkalian menjadi mujarab untuk mengubati penyakit? Apa dalil (nyatakanlah hatta satu dalil) bagi membenarkan amalan ini dibuat?
Pernyataan yang berbentuk kabur dengan mudah akan mengelirukan serta menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam.
Bayangkan jika sebelum ini anda hanya solat hajat sekali seminggu, barangkali sekarang anda mula terlintas di kepala atau memikirkan "mungkin ada keperluan" untuk "mencukupkan 32 rakaat" itu. Tambahan pula menurut penulis asal artikel, ianya mampu menyembuhkan penyakit serta boleh mengekalkan kesihatan "yang unggul".
Bayangkan jika sebelum ini anda hanya solat hajat sekali seminggu, barangkali sekarang anda mula terlintas di kepala atau memikirkan "mungkin ada keperluan" untuk "mencukupkan 32 rakaat" itu. Tambahan pula menurut penulis asal artikel, ianya mampu menyembuhkan penyakit serta boleh mengekalkan kesihatan "yang unggul".
Bayangkan kalau orang Islam-pun boleh persoalkan dalil dan hujjah
yang berpaksikan kebenaran Qur'an dan Hadith, boleh anda agak kalau
orang bukan Islam pula yang membacanya?
Lagilah mereka
keliru dengan Islam (dengan gambaran bahawa solat itu memerlukan komitmen yang
begitu besar, dan tidak mustahil membawa mereka kepada "turn-off" untuk
belajar/lebih berminat nak tahu tentang Islam).
Cermatlah
Tranungkite.net (TKO) wajar bersikap lebih cermat di dalam menilai dan melulus terbit artikel-artikel terutama yang menyentuh perkara ibadah khusus ini supaya tidak nanti dikira "bersubahat" mengelirukan orang Islam (dan bukan Islam, andai mereka turut membacanya).
Ramai tokoh agama yang terbilang yang boleh dirujuk dan diterbitkan penulisan mereka - sama ada berkaitan hal solat dan lain-lain hal ibadah khusus.
Sebaliknya, TKO wajar kekal sebagai salah satu platform yang aktif untuk masyarakat Malaysia membincangkan hal-hal serta pandangan berkaitan politik tanah air.
No comments:
Post a Comment