Kami adik-beradik semuanya kaki pancing, kaki tangkap ikan. Demi ikan, kami telah bereksperimen membina sendiri bubu dalam pelbagai saiz dan rekabentuk.
Ada cubaan yang kurang berjaya, tetapi lazimnya tidak menghampakan (masuk juga ikan).
Tiba sahaja musim tengkujuh, paya di belakang rumah itulah tempat yang kami tuju. Selain memerangkap ikan keli, puyu, 'kenjeng' dan haruan, ada kalanya menarik minat ular sawa dan ular air.
Tidak hairanlah ada ketikanya kami bertempiaran lari apabila bubu yang diangkat (berat, ingatkan penuh ikan) terjulur ekor ular sawa yang besar!
Tidak hairanlah ada ketikanya kami bertempiaran lari apabila bubu yang diangkat (berat, ingatkan penuh ikan) terjulur ekor ular sawa yang besar!
Memukat pun ada juga, tetapi setelah banyak parit digali oleh tuan punya kebun sawit di situ, air banjir tidaklah naik setinggi dahulu.
Memukat ini perlu tunggu atau kena rajin diperiksa. Bukan takut orang lain yang rembat, tapi selalunya rosak kerana perbuatan pak biawak dan kura-kura.
Memukat ini perlu tunggu atau kena rajin diperiksa. Bukan takut orang lain yang rembat, tapi selalunya rosak kerana perbuatan pak biawak dan kura-kura.
Apabila melihat foto di bawah (BHOnline), teringat saya kepada adik-adik, yang bersama-sama meranduk air paya yang berbau itu, kerana minat-la sangat menangkap ikan.
Di bawah ini foto yang saya rakamkan sewaktu pulang sebentar ke tanah air pada November 2010 (tahun lepas). Sempat juga tu menjengah kolam tinggal (terbiar di dalam hutan) dan lihatlah hasilnya walaupun hanya sejam-dua di situ (berbekalkan cacing dan roti).
Waktu itu Ayoh dan adik no. 4 sedang giat dengan projek ternakan ikan tilapia. Dengar khabar mula tunjukkan perkembangan yang positif - 'learning by doing' la kan?
Posting berkaitan: Budak kampung - memancing
Terasa rindu nak menangkap ikan dan berkumpul semua adik-beradik di kampung. Walaupun kini semua sudah bekerja dan berpejabat, janganlah dilupa dari mana kita datang.
Jangan dimanjakan kaki itu walaupun baru 4-5 tahun tinggal di bandar, sudah geli-geleman pula dengan 'selut' dan air paya (pesanan buat diri sendiri)....
Jangan dimanjakan kaki itu walaupun baru 4-5 tahun tinggal di bandar, sudah geli-geleman pula dengan 'selut' dan air paya (pesanan buat diri sendiri)....
No comments:
Post a Comment