Sunday, 19 September 2010

Panduan solat berjemaah

Sumber artikel: SINI

1) Makmum enggan memenuhkan saf pertama

Rasulullah SAW bersabda:


لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا

“Seandainya manusia mengetahui pahala yang terdapat dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkan kecuali dengan diundi, niscaya mereka melakukannya”(Hadith Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah RA)

2) Makmum yang gemarkan saf akhir/belakang

Rasulullah SAW melihat ada yang mengambil saf belakang. Maka Nabi SAW bersabda:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى فِي أَصْحَابِهِ تَأَخُّرًا فَقَالَ لَهُمْ تَقَدَّمُوا فَأْتَمُّوا بِي وَلْيَأْتَمَّ بِكُمْ مَنْ بَعْدَكُمْ لَا يَزَالُ قَوْمٌ يَتَأَخَّرُونَ حَتَّى يُؤَخِّرَهُمُ اللَّهُ

"Majulah kalian dan ikutilah aku, dan hendaklah yang setelah kalian mengikuti kalian. Kaum yang senantiasa mengambil saf akhir akan diakhirkan Allah Ta’ala dari rahmat-Nya. (Hadith Riwayat Muslim dari Abu Sa’id al Khudriy)


3) Panduan solat berjemaah - kedudukan imam dan makmum (laki-laki dan wanita dan kanak-kanak)


Nota: berdasarkan pemerhatian saya terhadap rajah 1 dan 4 di atas, nyatalah bahawa kedudukan imam dan makmum lelaki adalah selari/sebaris. Tidaklah sebagaimana amalan saya waktu di sekolah dulu-dulu yang mana imam lazimnya berada separuh di depan makmum (atau separuh saiz sejadah).

Moga beroleh manfaat. Wassalam.

2 comments:

Dr Sepet said...

Isnin lepas saya ke Gatwick Airport menjemput keluarga sahabat yang datang dari Malaysia. Saya bersolat di prayer room. Jenuh saya suruh makmum (satu brother Malaysian tu) untuk rapat sebaris-sebelah saya tetapi dia pandang saya dengan pelik. Last-last dia solat jugak kat belakang - separuh sejadah. Harapan saya, janganlah dipandang pelik perbuatan seperti solat berjemaah, selagi ianya bersumberkan hadith ianya tanda kita cinta Sunnah Rasul SAW.

Unknown said...

Trima kasih atas perkongsiannya..
Jazakallah khairan.. :)