Bidang perancangan bandar dan wilayah (@ desa) boleh digelarkan sebagai bidang yang "jack of all trades, master of none" - yang kena bijak dan tahu semua perkara, sungguhpun tidaklah secara terperinci.
Adalah menjadi satu keperluan bagi seseorang jururancang (dan bakal jururancang) itu melengkapkan diri mereka sedemikian rupa memandangkan sistem bandar memerlukan mereka-mereka yang berkemahiran sedemikian.
Perancangan bandar memerlukan kita 1) faham orang dan 2) faham keperluan orang.
Sistem perbandaran adalah rumit dan unik kerana dibentuk melalui hubungan rapat pelbagai sub sistem di dalamnya. Perjalanan/denyut nadi sesebuah bandar itu boleh kita simpulkan sebagaimana suatu sistem rantaian makanan yang semulajadi.
Perbandaran memerlukan perancangan dan pembangunan sistem ekonomi yang berterusan, yang akan mengepam 'wang' dan 'modal'. Ekonomi jika dirancang dan diurus dengan cermat akan mewujudkan pelbagai ruang dan peluang pekerjaan, mengekalkan penduduk dengan pendapatan serta meningkatkan jumlah simpanan/tabungan dan akhirnya kuasa beli.
Kekuatan ekonomi turut diperlukan bagi membolehkan pengendali bandar memungut cukai daripada pembayar cukai (yang ada kerja) untuk disalurkan sebahagiannya ke arah penyediaan prasarana awam (taman bandar, pasar, dewan, kompleks sukan, etc) dan infrastruktur (air, elektrik, gas, telekomunikasi).
Perbandaran juga menuntut pengurusan sosial dan budaya. Denyut nadi sesebuah bandar boleh terhenti jikalau kadar jenayahnya dan kemiskinannya terlalu tinggi, penduduk merasa tidak selamat dan berhijrah keluar ke kawasan lain. Adalah begitu mencabar untuk jururancang memahami pelbagai orang yang berbagai kaum, agama, resam dan taraf pemikiran yang menghuni bandar.
Tidak hairanlah usaha mengintegrasikan kaum bagi mencapai agenda perpaduan nasional kini tidak lagi dipandang sebagai sesuatu yang realistik. Komuniti berpagar (atau komuniti berkubu) tumbuh dengan banyaknya, menjadikan komuniti yang 'di luar pagar' tersekat keperluan mereka menggunakan kemudahan awam (seperti taman permainan, jalan susur) yang terletak di dalam 'kubu' yang berpagar. Masyarakat semakin tidak mempercayai di antara satu sama lain. Malah, tambah menyedihkan jika 'komuniti dalam pagar' tersebut majoritinya dari bangsa yang sama.
Usahlah dilihat perkembangan lain seperti amalan kitar semula, penjimatan tenaga dan penggunaan kenderaan awam - perubahan mentaliti, sikap dan budaya yang mengambil masa untuk dicapai.
Perbandaran juga menuntut pengurusan alam sekitar dan kualiti persekitaran. Bukanlah dengan menghutankan bandar, tetapi bagaimana gunatanah bandar dapat dirancang (industri dalam bandar?), sistem dan jaringan pengangkutan yang lebih efisyen dapat dibuat (kesesakan lalulintas di zon komersil?), bagaimana pencemaran dan kemerosotan kualiti alam dapat diminimakan (banjir kilat, tanah runtuh, hilangnya zon penampan?).
Ketiga-tiga aspek terbabit, telah dikupas pelbagai pengkaji di dalam ratusan buku-buku yang berkaitan.
Tetapi di dalam membicarakan kepentingan ketiga-tiga aspek/tonggak/bidang di atas, satu elemen yang sebenarnya lebih penting, yang perlu difahamkan dan yang 'di luar' (realiti) sana perlu diperbetulkan adalah:- perbandaran memerlukan kuasa politik.
Kuasa politik, atau yang lazim kita panggil peringkat pembuatan keputusan, atau juga pembuatan polisi, dasar, pelan, sistem, konsep, agenda dan sebagainya lagi.
Segala bentuk kajian perbandaran, tidak kira banci populasi, kuasa beli, perundangan tanah, gazet-gazet (kawasan sensitif alam sekitar) dan sebagainya tidak akan bermakna jika 'orang politik' tidak diajar untuk bagaimana menggunakan data-data ini bagi pertimbangan semasa proses membuat keputusan kelak.
Saya tidak mahu melihat jauh, cukuplah sekadar memberikan contoh yang sedang berlaku di negeri Terengganu, spesifiknya di Kijal, Dun yang disandang MB Terengganu, DS Mat Said.
Adalah menjadi kelaziman bagi setiap MB, atau orang politik untuk mendapatkan hasil yang berimpak besar, dalam jangka masa yang singkat.
Di Terengganu senario yang sama dapat dilihat. Jika di zaman T.S Wan Mokhtar, banyak projek pembangunan dan perbandaran 'dibawa' ke kampung halaman beliau di Dun Chukai, Kemaman.
Di zaman D.S Idris Jusoh pula, projek pembangunan dan perbandaran telah 'ditarik' ke kampung beliau di Besut.
Kini, era D.S Mat Said pula, projek-projek pembangunan dan perbandaran sedang giat 'dipunggah' ke kampung halaman beliau di Kijal, Kemaman.
Kini usaha pembangunan Bandar Baru Kijal sedang giat dijalankan. Siapa yang rancang bandar baru? Jururancang bandar.
Jika di era Wan Mohktar dan Idris, adalah tidak begitu menghairankan jika Chukai dan Besut dibangunkan memandangkan kedua-dua kawasan terbabit merupakan pusat pertumbuhan yang signifikan di wilayah selatan dan utara negeri Terengganu.
Sedangkan pembangunan bandar baru di Paya Lasir ini, sedikit dipersoal kerana bukan sahaja secara demografinya (iaitu bilangan penduduk) Kijal (yang terkenal dengan Lemang Kijal dan Awana Kijal) tidak memerlukan pembinaan sebuah bandar baru, melainkan apa yang amat mendesak adalah untuk usaha menaiktaraf pelbagai kemudahan dan prasarana kepada lebih baik.
Malah, adalah lebih 'berbaloi' untuk pihak berkuasa menggunakan potensi bandar minyak Kerteh sebagai hub-perbandaran yang penting memandangkan kuasa beli yang tinggi di kalangan ribuan kakitangan dan pekerja syarikat minyak di sana.
Dikatakan juga, daerah Kemaman tidak berapa lama lagi bakal menerima sebuah lagi pasaraya/hypermarket baru iaitu Giant, yang ketiga dibina selepas Centre Point dan Mesra Mall.
Menjadi sesuatu yang menggelikan hati kerana sepanjang pengetahuan saya, bukan sedikit warga Kemaman yang lebih selesa berbelanja di Kuantan.
Namun, kerisauan lebih besar saya terhadap projek 'anak emas' Mat Said ini adalah setelah mengambilkira faktor siapnya LPT (Lebuhraya Pantai Timur), yang bakal menyambungkan terus Jalan Kuantan ke Kuala Terengganu.
Rasanya kita semua pernah lihat contoh bagaimana sesuatu bandar yang dahulunya berkembang, tetapi akhirnya suram dan hampir mati setelah PLUS disiapkan. Bandar di Johor seperti Tangkak hampir tersungkur, namun masih bernafas kerana strategi menjadikannya sebagai hub-tekstil berjaya mengangkat nama Tangkak sebagai 'bandar kain'. Begitu juga dengan Bandar Nilai, 'bandar kain' di Negeri Sembilan.
Tidak dapat saya bayangkan setelah siapnya LPT kelak di mana ribuan kenderaan setiap hari hanya akan 'melintas' bandar baru Kijal, tanpa menyedari apa yang sedang berlaku di bandar terbabit.
(9 susur keluar utama LPT fasa 2 sedang giat dinaiktaraf, termasuklah 'susur keluar' LPT ke Kijal melalui Bandar Seri Bandi, Sumber: SINI)
Apa-apapun perancangan telah dibuat, pembangunan sedang mengambil tempat. Jururancang hanya merancang dan mencadang, tetapi realitinya orang politik yang duduk di kerusi pembuat keputusan-lah yang berkuasa dan berpengaruh, untuk menjadikan ianya realiti atau tidak.
Cuma di dalam kes perbandaran di Kijal ini, realitinya boleh saya umpamakan seperti menggaru kepala yang tidak gatal di kemudian hari - iaitu tergaru-garu mencari di manakah puncanya yang tidak kena terhadap perancangan ini.
Sekian.

No comments:
Post a Comment