Monday, 13 October 2008

KEHILANGAN DI BULAN SYAWAL

Ada dua berita 'kehilangan' nak saya kongsikan bersama pembaca blog ini.

Pertama, adalah berita pemergian individu penting lagi dikasihi iaitu Tok Bak (Atok sebelah Isteri) pada pagi (waktu UK) atau tengah hari waktu Malaysia pada 12/10/08 (Ahad) akibat penyakit di bahagian pernafasan dan juga faktor sakit tua.

Sebelum Raya lagi beliau agak uzur sehingga perlu ditahan sementara di wad di Hospital Daerah Pontian, Johor. Sepanjang tempoh tersebut (bulan Ramadhan masa tu), arwah telah dijaga oleh Ibu and Ayah serta pakcik-pakcik yang lain. Beberapa hari kemudian, keadaan kesihatan beliau agak positif dan telah dibenarkan pulang ke rumah.

Sebagai menantu yang 'baru' dalam keluarga (11/2 tahun), saya bagaimanapun bersyukur kerana telah berpeluang bertemu dengan arwah semasa hayatnya. Ingat lagi, kali pertama bertandang ke rumahnya (masa tu belum kahwin - sebab ada kursus di UTM Skudai, so alang-alang pay a visit ke kampung 'bakal' isteri) arwah bertanya kepada saya soalan yang 'hampir sama' sehingga berbelas kali, cukup mengingatkan kepada arwah datuk saya dahulu. (arwah datuk saya dulu pun agak pelupa). Namun, tak tahulah kenapa sekarang ni saya begitu tersentuh hati setiap kali isteri saya menangis apabila dia terkenangkan arwah, seolah-olah saya juga memahami perasaan 'kehilangan' tu. Saya juga dapat rasakan rasa sedih isteri sewaktu membaca post beliau dalam blog (http://madam-teacher.blogspot.com)

Namun, apa yang penting dan yang perlu diberi perhatian ketika ini adalah memastikan kesihatan Tok Mak dan Mak dan (terutama) Ayah yang kadang-kala kurang sihat dan ditambah pula beliau orangnya cepat risau. Saya doakan Tok Mak, Mak dan Ayah sentiasa dibekalkan kesihatan berpanjangan dan terhindar dari penyakit berbahaya dan memudaratkan.

Buat arwah Tok Bak - doa dan sedekah bacaan Quran dan amal jariah yang mampu kami di sini titipkan. Moga Allah S.W.T menerima doa, bacaan Quran dan sedekah jariah atas nama arwah dan moga-moga pahala amal kebaikan ini sampai kepada arwah dan menjadi bekal tambahan bagi perjalanan semasa di sana. Amin.

===================

Kedua, juga berita sedih kepulangan ke Rahmatullah bekas pensyarah saya semasa menuntut di UTM iaitu Prof Dr Ahris Yaakub. Beliau dipanggil pulang oleh yang Maha Esa pada jam 1 pagi, Khamis 09/10/08 - Khamis ketika dalam lawatan/ziarah anak beliau di Christchurch, New Zealand.

Antara pelopor bidang G.I.S di Malaysia, dan tidak melampau jika saya intiraf beliau sebagai orang terawal yang membawa ilmu G.I.S ini masuk ke Malaysia (arwah grad dari Holland).

Saya masih teringat kisah arwah semasa zaman muda sebagaimana diceritakan oleh Dr. Ibrahim (mereka bertiga - bersama Cik Din Kechik), merantau ke South Africa. Adalah cerita dia.

Sebagai pendidik, beliau amat teliti dan mementingkan pemahaman terhadap konsep, bukan memilih jalan mudah bagi pelajarnya. Sebenarnya software GIS tu mudah dan hanya perlu klik-klik saja, namun pelajar akan hilang intipati dan tunjang teori ilmu itu. Justeru, pendepatan arwah dalam mengajar lebih kepada biar belajar susah, namun mantap dari segi spirit ilmu tu.

Di luar, arwah merupakan seorang yang mudah didekati dan suka berbual (jika ada masa lapang di luar waktu kelas dan jika beliau tidak sibuk atau keluar negara).

Apapun, UTM dan bidang GIS telah kehilangan permata yang berharga dengan pemergian beliau. Namun, saya yakin dengan ilmu yang dipegang dan diamal oleh bekas pelajar beliau, legasi ini akan terus berkembang di masa depan.

=====================

Al-Fatihah buat kedua-dua insan istimewa ini.

p/s: berita seperti ini turut mengimbau kenangan saya kepada arwah datuk dan tok di terengganu yang pergi lebih dulu meninggalkan kami. moga Allah memberi peluang dan ruang dan kemudahan untuk kami berkesempatan pulang menziarahi pusara mereka kelak. Wassalam.

2 comments:

madam teacher said...

abang,

thanks for always being there for me..

Al-Fatihah utk kedua2nye..

citra rasa said...

takziah atas kehilangan org tersayang...semoga kedua2 insan ini akan ditempatkan di kalangan org yg beriman...amin..