Jika pada bulan Julai yang lalu saya telah menghantar kereta untuk servis di Vigor Auto manakala kali ini, saya cuba menikmati servis yang ditawarkan oleh Autobacs, pusat sehenti bagi servis kereta yang terletak di Klang Central (selang sebatang jalan dari Vigor).
Ini merupakan kunjungan ke-2 saya ke Autobacs. Pertama kali adalah untuk menukar tayar pada awal bulan ini.
Ini merupakan kunjungan ke-2 saya ke Autobacs. Pertama kali adalah untuk menukar tayar pada awal bulan ini.
(Sumber foto: google images)
Selepas kunjungan pertama, persepsi saya terhadap kedai ini berubah dengan agak signifikan. Sebelum ini saya hanya melepasi kedai / bengkel ini untuk ke Giant Klang Central yang terletak bersebelahan dengannya. Justeru, apabila Vigor gagal mendapatkan tayar yang dikehendaki, kami singgah di Autobacs "sekadar nak survei harga" (tayar).
Rupanya harga tayar di sana telah ditawarkan berserta diskaun dan pilihannya juga lebih "meriah". Selain tayar, Autobacs juga "kaya" dengan koleksi pelbagai sport rims dan lain-lain barangan berkaitan kereta (bateri, minyak pelincir, pewangi, radio, atc). Harga tayar yang kami pilih, Silverstone juga lebih murah berbanding ditawarkan di Vigor iaitu murah RM10/tayar (sama jenama dan saiz).
(Sumber foto: google images)
Semalam (17/10/12) selepas pulang dari pejabat, saya singgah di Autobacs untuk servis memandangkan hayat minyak enjin menghampiri 8,000 km (saranan servis selepas 10,000 km). Berbagai seleksi minyak pelincir sintatik sepenuhnya (fully synthetic) ditawarkan termasuk pada harga diskaun.
Memandangkan tiada minyak Lexus 5W-40 (RM180.00 di Vigor), mekanik mensarankan agar saya mencuba minyak pelincir jenama Idemitsu "Extreme Touring" berharga RM138.00 (tetapi ada diskaun 10% = RM124.20), bersekali dengan tukar 1 oil filter (RM25.00) dan kos buruh (RM15.00). (Baru tahu: Pelincir jenama Idemitsu ini digunakan oleh kira-kira 40% kenderaan di negara Jepun).
Semasa kunjungan pertama, saya turut mendaftar sebagai ahli Autobacs dan menerima voucher (RM5 x 2) yang boleh ditolak daripada kos servis (konsep sama seperti Tesco Clubcard).
Semasa kunjungan pertama, saya turut mendaftar sebagai ahli Autobacs dan menerima voucher (RM5 x 2) yang boleh ditolak daripada kos servis (konsep sama seperti Tesco Clubcard).
(Sumber foto: google images)
Paling saya suka mengenai tempat ini adalah kerana ia:
1) Memiliki tempat menunggu yang selesa (ada TV, WIFI, air kosong, majalah), tandas yang super-kering dan bersih, kawasan permainan untuk anak-anak selain anda bebas berjalan di dalam kedai untuk view sport rims sementara menunggu kereta siap servis.
(Sumber foto: google images)
2) Polisi Autobacs "we always double-check our services for your safety and assurance". Kadang-kala untuk 1 kereta, akan ada 1-2 mekanik yang bekerja dan seorang penyelia yang memantau (tengok borang servis). Oleh kerana mereka "double-check" maka anda perlu menunggu sedikit lama di situ. Fair enough.
Malam tadi pun saya tunggu dengan satu Ah Beng yang menanti kereta Lexus nya siap dibuat allignment & balancing. Lazimnya selepas selesai, kenderaan akan dipandu keluar bengkel dan masuk semula untuk "double-check".

3) Semalam saya hanya membayar RM15.00 untuk kos buruh (tukar minyak dan oil filter), namun mereka turut membuat "Open Bonnet Service" iaitu memeriksa 12 komponen pada enjin (lihat borang). Selepas menerima borang servis, mekanik akan memanggil dan menerangkan kepada saya status minyak gear, tekanan tayar, air filter, coolant, brake fluid, bateri, etc. dan sama ada perlu ditukar (bila patut saya tukar) supaya dapat merangka tindakan untuk servis yang akan datang.
Di situ juga kita boleh minta mekanik tunjukkan komponen pada enjin yang kita tak tahu seperti mana alat sukat transmission fluid, coolant dan sebagainya. Si mekanik juga menunjukkan sama ada fluid itu masih cerah/gelap warnanya dan sama ada perlu ditukar/tidak, dan bila patut ditukar (jika perlu).

Keseluruhannya, saya membelanjakan RM 160.10 untuk servis kali ini dan tiba di rumah selepas azan Isyak.
No comments:
Post a Comment