Lama tak bercerita tentang Facebook. FB hari ini telah melalui 'bajilion' macam perubahan imej dan ciri-ciri rupa-muka untuk kemudahan penggunanya. Menganggu secara gurauan melalui FB masih menjadi satu perbuatan yang menjengkelkan. Dan kini terdapat sekurang-kurangnya 7 tabiat di FB yang perlu dihadapi oleh kita semua. Oh joy!
1) PARENTS JOINING FACEBOOK
Tahukah anda, adalah sesuatu yang baik untuk kedua ibubapa anda terlibat dengan FB untuk mengintip terlibat dengan hidup anak kesayangan mereka. Tapi saya rasa ibubapa juga harus menyedari persahabatan mereka dengan anak-anak juga turut membuka peluang untuk sahabat mereka menghantar friend request kepada anak-anak.
Bertambahlah dilema anak-anak. Apa yang patut mereka lakukan sekiranya kawan ibubapa mereka menghantar friend request? Jika menolaknya tentulah dianggap tidak sopan dan tidak hormat kawan ibubapa sendiri. Dan kalau menjadi kawan pula, tentulah janggal. Nanti, di pertemuan majlis keluarga tentu akan menimbulkan kejanggalan untuk berbual.
"Tunggu...bukankah itu rakan si Sumaya yang patutnya bertudung?"
"Ai, tengok foto-foto ni mak tak sangka yang anak lelaki Imam tu sungguh cekal dia berdakwah. Sampai ke kelab malam pun dia masuk. Emm..ramai ye isteri muda dia?"
"Mat dan terima belum Ayah punye "Farmville invite"? My farn is so..as you say, awesome!"
Andainya anda tidak add ibubapa, mereka masih boleh mencari anda di FB, dan kemudian akan mencadangkan anda agar menjadi kawan dengan mereka. FB tahu tentang perkara ni (tengok senarai: friends you might know). Haha...ia mahu musnahkan kehidupan keluarga anda dan menjadikan perbualan di meja makan lebih janggal. Ianya langkah pertama untuk menguasai dunia...muahaha..
2) UGLY MIRROR SHOTS
Elemen ini lebih berkait dengan golongan wanita, tetapi untuk sebab-sebab yang tidak diketahui, sesetengah jantan yang menganggap diri mereka "hot" juga turut suka berposing foto di depan cermin. Lihat mamat ni:
Yeah! Ianya menarik untuk melihat yang anda memiliki handphone untuk mengambil gambar. Anda memang lebih hebat berbanding kami semua. Lupakan mengambil foto alam sekitar dan peristiwa penting...apa yang anda ingin kami lihat di FB anda adalah foto-foto anda di bilik mandi, dalam gelap, ambil gambar diri sendiri di depan cermin dengan "making a kissing-face".
The world really needs more stupid mirror shots. Really. Saya ada dengar yang awak ada ambil mirror shot sebagai foto profil di FB. Bakal majikan dan rakan sekerja tentu boleh jengah FB anda dan berfikir yang anda memang kaya dengan karisma dan kepandaian dan mungkin berminat mengambil anda bekerja untuk mereka dengan segera. Anda patut mencubanya.
3) PEOPLE WHO ADD YOU FOR NO REASON
There sure are a lot of wierdos out there. Itu bukanlah bermaksud anda perlu menjadi orang yang baik dan menerima berkawan dengan sesiapa sahaja disebabkan tidak mahu mengecewakan perasaan orang lain. Tetapi percayalah yang wierdos don't have feelings. Sekiranya seseorang mahu menjadi sahabat maya anda disebabkan foto profil anda, jelaslah mereka ini tidak tertarik dengan buah fikiran anda (dalam status update) dan link jenaka yang anda masukkan di dalam FB. Ianya kelihatan lebih kepada sebuah persahabatan palsu.
Apa yang turut termasuk di bawah kategori ini adalah orang yang terdesak untuk adding someone tanpa terlebih dahulu memberi pengenalan tentang diri sendiri. Kalau kita jumpa seseorang yang meminta kita memberitahunya sudah pukul berapa, atau apakah kita ada pencucuh api (rokok), masih tidak melayakkan si polan itu menjadi kawan kita. Tetapi melalui FB, orang asing ini dengan satu klik sahaja mudah menjadi kawan. FB telah memberi definisi baru "kawan" kepada masyarakat moden hari ini.
Not that I mind people adding me though...I'm pretty awesome like that.
4) PDA (PUBLIC DISPLAY OF AFFECTIONS) I WISH I DIDN'T SEE
Sebelum adanya FB, pasangan Muslim beramah-mesra secara bersendiri di rumah dan NOBODY perlu tahu mengenainya. Pasangan tersebut sangat gembira. Orang lain juga amat gembira kerana mereka tidak terseksa oleh perlakuan PDA mereka. Ini kerana pasangan Muslim mempunyai semacam code of conduct in public. You know, like keeping the lovey-dovey stuff private atau hanya untuk TATAPAN PASANGAN SAHAJA?
Kemudian datanglah FB dan garisan mengenai apa yang sepatutnya menjadi privasi (hal di kamar tidur) dengan apa yang boleh dikongsi dengan rakan, menjadi kabur. Hari ini kita diseksa oleh tanda hati <3 untuk setiap harijadi dan ulangtahun, winky emoticons and other lame flirtatious techniques, bizarre nicknames you didn't know about dan tidak ketinggalan album percutian dan bulan madu yang tidak sepatutnya diupload (sumpah tak sengaja upload katanya) hingga menimbulkan fitnah seluruhnya.
"Tak apa lah. Sekurang-kurangnya mereka dah berkahwin. Semuanya Halal. Cute kan?"
"NO, ianya tak cute langsung. STOP IT. NOT ON FACEBOOK!"
<3 haha...<3 haha...
5) MUNDANE FUNPAGES
Okay. This was supposed to be a neat concept. Laman peminat (funpages) kini berguna untuk membantu organisasi, artis dan pelbagai pertubuhan untuk memiliki tapak di alam maya. Saya gembira sekiranya manusia tidak menyalahgunakan kemudahan dan ciri-ciri fanpages ini.
Oh wait! Apa ni? Fangaes untuk Pisang? Sedikit aneh..Mungkin ada kesilapan teknikal. Saya yakin lain-lain fanpages lebih normal.
Oh wait! Apa ni? Fanpages untuk kepala paip pecah di masjid? Wow, perlukah diwujudkan Fanpages juga?
Hari ini ramai orang sudah menyalahgunakan fungsi Fanpages dengan mencipta berbagai perkara yang mengarut 'beyond belief". Lame and dumb Fanpages itu telah menjadi terlalu biasa kita perhatian di FB.
Malah, ada juga segelintir Muslim yang tidak rasa bersalah membuat Fanpages untuk perkara seperti "Jannatul-Firdous".
Really? Siapa yang tak nak jadi Fan untuk Syurga Firdous? Why does it need its own Fanpage?
And why is it in the travel category?
6) LIKE, LIKE, LIKE, LIKE
Ianya seperti sesuatu yang amat besar lagi penting hari ini untuk LIKE semua perkara. "Liking" something is akin to saying "I agree" or "I approve" or "I'm down with that".
Cuma masalahnya ramai orang "like" saja semua perkara on their "newsfeed"...tanpa benar-benar sedar keperluan sebenar mengapa mereka sebenarnya "liking" benda tu.
Sekiranya seseorang membuat pengumuman berita kematian orang tersayang dan haiwan kesayangan, it's not the best idea to "like" it!
Dengan lain perkataan:
"That's the saddest Jenazah prayer I've ever-"
"HELL YEAH" - because you just LIKE the status.
7) ALMOST REAL-TIME STATUS UPDATES
Akhirnya, nampaknya ada sesetengah dari kita that are getting TOO used to the whole status update thing. Like we're literally posting every second of our day.
Semasa tengah bersin:
Ucapan orang selepas bersin:
Dan sekarang dengan keupayaan telefon pintar membolehkan anda updates your status. Orang literally boleh update status dia di manapun dia berada. Termasuklah tempat-tempat dan pada ketika yang anda fikir mustahil untuk menukar status anda.
Apa lagi trend yang menjengkelkan yang Facebook boleh wujudkan buat kita? Jeng, jeng, jeng....
Rencana asal: SINI
No comments:
Post a Comment