Wednesday 10 October 2012

USS GEORGE WASHINGTON : Kapal Pengangkut Pesawat di Pelabuhan Klang Sekarang! (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


G-Dub!

USS George Washington, salah sebuah dari 10 buah kapal pengangkut kapal terbang milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Ianya kini sedang berlabuh di Perlabuhan Klang. George Washington ialah kapal ke-6 dalam kelas Nimitz dan sudah beroperasi sejak tahun 1992. 

Seperti kesemua kapal pengangkut kapal terbang kelas Nimitz, George Washington digerakkan oleh bahan api nuklear. USS George Washington mempunyai 6,102 orang anak kapal dan 90 buah pesawat pelbagai jenis di dalamnya. Ini bermakna ia mempunyai lebih banyak pesawat di dalamnya dari keseluruhan yang dimiliki Tentera Udara Diraja Malaysia. Dayyum! 

Kapal sepanjang 332.8 meter dan 76.8 meter lebar ini menjadikan Pengkalan Laut Yokosuka, Jepun sebagai pengkalan utamanya.



Laporan asal Facebook USS George Washington

No comments: